BARCELONA, Sepanyol, 24 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pertunjukan antarabangsa yang terkemuka untuk fesyen pengantin yang dianjurkan oleh Fira de Barcelona akan mempersembahkan format maya baharu mulai 4 hingga 10 September dengan objektif untuk mewujudkan sinergi yang baharu antara semua saluran hubungan global, demi meningkatkan peluang bagi tujuan interaksi, pengantarabangsaan dan perniagaan.
Pertunjukan fesyen ini akan diprarakam di pentas 400 m2 yang inovatif, terdiri daripada skrin LED 7 m tinggi dan lebih 20 m lebar, berupaya untuk menyesuaikan keperluan artistik setiap pereka dan penyiar melalui penstriman bermula pada 4 September. Ia akan dapat diakses untuk khalayak global yang akan dapat mengalami pertunjukan ini dengan cara yang interaktif.
Justeru itu, pertunjukan fesyen ini akan menawarkan pementasan yang revolusioner dan inovatif melalui bahasa dan estetika yang begitu jelas daripada syarikat produksi teater dan pertunjukan La Fura dels Baus, yang bertanggungjawab untuk mencipta upacara perasmian Sukan Olimpik Barcelona (1992), pementasan opera dan produksi dalam talian.
Acara ini akan turut menampilkan bilik pameran digital yang akan menyediakan persekitaran baharu untuk memaparkan koleksi daripada firma-firma utama dalam industri pengantin kepada pembeli dari seluruh dunia dan mewujudkan pelbagai hubungan dan perjanjian komersial di peringkat antarabangsa. Aplikasi VBBFW akan direka bentuk dengan cara yang mudah dan intuitif agar pembeli dan pempengaruh boleh melayari, berbual dan bertemu dengan wakil jenama dengan cara maya, pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja, melalui telefon mudah alih atau komputer.
Dalam konteks ini, VBBFW menyediakan komuniti pengantin dengan platform digital fesyen baju pengantin terbesar yang akan berperanan sebagai hab untuk semua pengusaha dalam industri ini mempromosikan peluang perniagaan antarabangsa dan untuk menghubungkan jenama dan semua ahli profesional industri serta khalayak global.
VBBFW merupakan hab bagi penyelidikan, kesedaran dan pengetahuan untuk industri pengantin bagi menyokong jenama dan pereka dalam usaha pembangunan strategi komersial dan komunikasi mereka ke peringkat global.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/659718/Fira_Barcelona_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1217506/fira_de_barcelona_vbbfw.jpg?p=medium600