omniture

MegaFon lancar tinjauan luar pesisir sebagai sebahagian daripada projek Arctic Connect

MegaFon
2020-07-24 13:41 3914

MOSCOW, 24 Julai 2020 /PRNewswire/ -- MegaFon memulakan peringkat pertama tinjauan luar pesisirnya sebagai sebahagian daripada projek Arctic Connect yang bertujuan untuk membina pautan telekomunikasi bawah laut trans-Artik yang akan menghubungkan Eropah dan Asia.

MegaFon dan Cinia, pengendali infrastruktur Finland, menandatangani satu memorandum untuk mewujudkan konsortium antarabangsa bagi membina pautan telekomunikasi trans-Artik yang pertama seumpamanya pada Jun 2019.

"Projek Arctic Connect ini melibatkan pembinaan pautan gentian optik yang akan menghubungkan benua di mana 85% daripada penduduk dunia bertumpu. Rancangan kami adalah untuk memberi masa penghantaran isyarat yang singkat dan kependaman minimum yang belum pernah disediakan sebelum ini, mengatasi semua pautan sedia ada. Tinjauan luar pesisir diperlukan untuk memilih laluan optimum untuk pautan ini. Pada tahun 2020, kami akan menjalankan tinjauan awal terhadap profil dasar laut bagi mengenal pasti laluan yang selamat di laut Artik; pada tahun 2021, kami akan menjalankan fasa kedua tinjauan ini, yang akan melibatkan pemeriksaan terperinci mengenai parameter kejuruteraan untuk pemasangan kabel bawah laut, termasuk kajian mengenai batu dasar laut. Tinjauan yang serupa akan dijalankan untuk bahagian-bahagian pautan telekomunikasi yang terletak di luar perairan wilayah Rusia," kata Frederic Vanoosthuyze, Penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif MegaFon untuk Projek-projek Infrastruktur Strategik.

MegaFon telah bekerjasama dengan Rosgeologiya untuk menjalankan tinjauan luar pesisir. Kapal penyelidikan Profesor Logachev yang dikendalikan oleh syarikat ini akan meliputi jarak sejauh 6,500 km, memberi tumpuan pada bahagian-bahagian laluan yang dicirikan dengan keadaan ais yang paling mencabar di Barents, Kara, Laptev, Siberia Timur dan Laut Chukchi. Ekspedisi ini akan bermula pada 5 Ogos 2020 di Murmansk dan akan berjalan selama tiga bulan.

Trafik data antara benua berkembang dengan pesat. Permintaan dihasilkan oleh perkhidmatan OTT, penyedia kandungan, pengendali telekomunikasi antarabangsa dan pelanggan korporat utama. Pelancaran pautan telekomunikasi dengan daya pemprosesan 200 Tbit/s akan membantu memenuhi permintaan ini. Pautan gentian optik baharu ini akan melalui sepanjang dasar Laut Artik di sepanjang pantai Artik Rusia. Sambungan daripada laluan utama juga akan menyediakan fungsi ketersambungan kepada pelanggan di Artik dan Timur Jauh.

 

Source: MegaFon
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts Joint ventures New products/services