CHICAGO, 28 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pemvaksinan Flu (influenza) dan pneumonia dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit Alzheimer, menurut kajian baharu yang dilaporkan di Alzheimer's Association International Conference® (AAIC®) 2020.
Tiga kajian penyelidikan yang dilaporkan di AAIC 2020 mencadangkan:
"Dengan pandemik COVID-19, vaksin menjadi tumpuan dalam perbincangan kesihatan awam. Penting untuk meneroka faedahnya bukan sahaja bagi melindungi daripada jangkitan virus atau bakteria, tetapi juga meningkatkan hasil kesihatan dalam tempoh jangka panjang," kata Maria C. Carrillo, Ph.D., ketua pegawai sains Alzheimer's Association.
"Ia mungkin menjadi semudah jika anda menjaga kesihatan diri anda dengan cara ini — mendapatkan vaksin — anda juga menjaga diri anda dengan cara-cara yang lain dan kesemua ini menjadi penambahan kepada penuruan risiko untuk menghidap penyakit Alzheimer dan demensia lain," kata Carrillo. "Penyelidikan ini, biarpun awal, menyeru kajian-kajian selanjutnya dalam percubaan klinikal yang besar dan pelbagai untuk memaklumkan sama ada pemvaksinan sebagai strategi kesihatan awam dapat mengurangkan risiko kita untuk mengalami demensia apabila kita meningkat usia."
Vaksin Flu Bermusim Boleh Mengurangkan Insiden Demensia Alzheimer
Penyelidikan terdahulu telah mencadangkan pemvaksinan mungkin mempunyai faktor pelindung daripada kemerosotan kognitif, namun tiada kajian yang besar dan komprehensif yang memberi tumpuan terutamanya pada vaksin influenza (flu) dan risiko penyakit Alzheimer. Bagi menangani jurang ini, Albert Amran, seorang pelajar perubatan di McGovern Medical School di The University of Texas Health Science Center di Houston, dan pasukan, menyelidik set data rekod kesihatan warga Amerika yang besar (n=9,066).
Amran dan pasukan mendapati bahawa satu pemvaksinan flu dikaitkan dengan prevalens Alzheimer yang lebih rendah (nisbah ganjil 0.83, p<0.0001), dan antara pesakit yang diberi vaksin menerima vaksin flu yang lebih kerap dikaitkan dengan prevalens yang jauh lebih rendah terhadap penyakit Alzheimer (nisbah ganjil 0.87, p=0.0342). Justeru itu, individu yang tekal mendapat suntikan flu mereka setiap tahun mengalami risiko penyakit Alzheimer yang lebih rendah. Ini membawa kepada penurunan sebanyak hampir 6% risiko penyakit Alzheimer untuk pesakit antara umur 75-84 tahun selama 16 tahun.
Penyelidik-penyelidik itu mendapat perkaitan perlindungan antara vaksin flu dan risiko menghidap penyakit Alzheimer adalah paling kuat bagi mereka yang menerima vaksin pertama mereka pada usia lebih muda — sebagai contoh, individu yang menerima suntikan flu pertama mereka yang didokumentasikan pada umur 60 tahun mendapat lebih banyak manfaat daripada mereka yang menerima suntikan flu pertama mereka pada umur 70 tahun.
"Kajian kami menunjukkan bahawa penggunaan intervensi yang sangat mudah diakses dan agak murah secara berkala — suntikan flu — boleh mengurangkan dengan ketara risiko demensia Alzheimer," kata Amran. "Lebih banyak kajian diperlukan untuk meneroka mekanisme biologi untuk kesan ini — mengapa dan bagaimana ia berfungsi dalam tubuh — yang penting tatkala kita meneroka terapi pencegahan yang berkesan untuk penyakit Alzheimer."
Vaksin Pneumonia Boleh Mengurangkan Risiko Alzheimer Di Kemudian Hari
Penggunaan semula vaksin sedia ada boleh menjadi pendekatan yang memberi harapan untuk pencegahan penyakit Alzheimer. Svetlana Ukraintseva, Ph.D., Profesor Penyelidikan Bersekutu di Biodemography of Aging Research Unit (BARU) di Duke University Social Science Research Institute serta pasukan, menyelidik perkaitan antara pemvaksinan pneumokokus, dengan suntikan dan tanpa suntikan flu bermusim sertaan dan risiko penyakit Alzheimer antara 5,146 peserta berumur lebih 65 tahun daripada Kajian Kesihatan Kardiovaskular. Pasukan ini juga mengambil kira faktor risiko genetik yang diketahui untuk penyakit Alzheimer — alel rs2075650 G dalam gen TOMM40.
Penyelidik-penyelidik tersebut mendapati bahawa pemvaksinan pneumokokus antara umur 65-75 tahun dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer sebanyak 25-30% selepas pelarasan untuk jantina, bangsa, kohort kelahiran, pendidikan, tabiat merokok dan bilangan alel G. Pengurangan terbanyak dalam risiko penyakit Alzheimer (sehingga 40%) diperhatikan dalam kalangan individu yang diberi vaksin terhadap pneumonia yang bukan pembawa gen berisiko. Bilangan keseluruhan pemvaksinan terhadap pneumonia dan flu antara umur 65 dan 75 tahun turut dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer; walau bagaimanapun, kesannya tidak jelas untuk suntikan flu sahaja.
"Pemvaksinan terhadap pneumonia sebelum usia 75 tahun boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer di kemudian hari, bergantung pada genotip individu," kata Ukraintseva. "Data ini menunjukkan bahawa vaksin pneumokokus boleh menjadi calon yang memberi harapan untuk pencegahan penyakit Alzheimer peribadi, terutamanya bagi individu bukan pembawa gen risiko tertentu."
Jangkitan Meningkatkan Dengan Ketara Kadar Kematian bagi Individu yang menghidap Demensia
Individu yang menghidap demensia biasanya mengalami keadaan kesihatan yang lain termasuk jangkitan virus, bakteria dan lain-lain. Terdapat peningkatan trend dalam penyelidikan untuk mengkaji sama ada jangkitan mungkin bertambah buruk, lebih mengancam nyawa atau berkemungkinan menyebabkan demensia.
Janet Janbek, seorang pelajar Ph.D. di Danish Dementia Research Centre, Rigshospitalet dan University of Copenhagen di Denmark, serta pasukan, menggunakan data daripada pejabat pendaftaran kesihatan kebangsaan bagi mengkaji kadar kematian dalam kalangan penduduk Denmark melebihi umur 65 tahun (n=1,496,436) yang telah berkunjung ke hospital dengan jangkitan. Mereka mendapati individu yang menghidap demensia dan kunjungan ke hospital sedemikian meninggal dunia pada kadar 6.5 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang tidak mempunyai kedua-dua faktor ini. Peserta-peserta kajian sama ada dengan demensia sahaja atau kontak berkaitan jangkitan sahaja mengalami kadar peningkatan tiga kali ganda. Kadar kematian adalah tertinggi dalam tempoh 30 hari pertama susulan kunjungan ke hospital.
Penyelidk-penyelidik ini turut mendapati bahawa bagi individu yang menghidap demensia, kadar kematian tetap meningkat selama 10 tahun selepas kunjungan ke hospital yang berkaitan dengan jangkitan awal, dan kadar kematian daripada semua jangkitan (termasuk jangkitan major seperti sepsis hingga jangkitan telinga minor) adalah lebih tinggi berbanding dengan individu yang tidak menghidap demensia atau tanpa kunjungan ke hospital yang berkaitan dengan jangkitan.
"Kajian kami menyokong keperluan untuk menyelidik hubungan ini lebih lanjut; untuk mengetahui mengapa jangkitan dikaitkan dengan kadar kematian yang lebih tinggi terhadap individu yang menghidap demensia, terutamanya faktor-faktor risiko dan mekanisme biologi yang terlibat. Ini akan dapat membantu meningkatkan pemahaman kami mengenai peranan jangkitan dalam demensia," kata Janbek.
"Kajian kami mencadangkan bahawa sistem penjagaan kesihatan — serta saudara mara individu yang menghidap demensia — seharusnya meningkatkan kesedaran untuk individu yang menghidap demensia yang mendapat jangkitan, agar mereka mendapat rawatan perubatan yang diperlukan. Individu yang menghidap demensia memerlukan rawatan yang lebih khusus walaupun apabila kunjungan ke hospital mereka bukan secara langsung disebabkan oleh demensia, tetapi apa yang dilihat sebagai jangkitan yang tidak berkaitan," tambah Janbek.
Latar Belakang Alzheimer's Association International Conference (AAIC)
Alzheimer's Association International Conference (AAIC) ialah perhimpunan penyelidik-penyelidik yang terbesar di dunia dari seluruh dunia yang memfokuskan penyakit Alzheimer dan demensia lain. Sebagai sebahagian daripada program penyelidikan Alzheimer's Association, AAIC berperanan sebagai pemangkin untuk menjana pengetahuan baharu tentang demensia dan memupuk komuniti penyelidikan keserakanan yang penting.
Latar Belakang Alzheimer's Association
Alzheimer's Association ialah pertubuhan kesihatan sukarela seluruh dunia yang dikhususkan untuk penjagaan, sokongan dan penyelidikan penyakit Alzheimer. Misi kami adalah untuk menjadi peneraju bagi menghapuskan penyakit Alzheimer dan semua demensia lain dengan mempercepatkan penyelidikan global, mendorong pengurangan risiko dan memaksimumkan penjagaan dan sokongan yang berkualiti. Kunjungi alz.org atau hubungi 800.272.3900.
Albert Amran, et al. Influenza Vaccination is associated with a reduced incidence of Alzheimer's Disease (Pembiaya: U.S. National Institutes of Health, Christopher Sarofim Family Professorship, CPRIT RR180012, UT Stars award)
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1219566/AAIC_2020_Logo.jpg?p=medium600