TORONTO, 28 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Canada Nickel Company Inc. (TSX-V: CNC) ("Canada Nickel" atau "Syarikat") dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan subsidiari milik penuh, NetZero Metals, untuk memulakan penyelidikan dan pembangunan kemudahan pemprosesan yang akan ditempatkan di Timmins, wilayah Ontario dengan matlamat untuk menggunakan teknologi sedia ada bagi menghasilkan produk nikel, kobalt dan besi karbon-sifar.
Syarikat ini telah memohon untuk tanda dagangan bagi istilah NetZero NickelTM, NetZero CobaltTM dan NetZero IronTM di A.S., Kanada dan bidang kuasa lain yang berkaitan dengan pengeluaran produk nikel, kobalt dan besi karbon-sifar.
"Industri kenderaan elektrik dan banyak sektor pengguna lain memerlukan logam karbon-sifar pada dekad ini – bukan dalam jangka masa 2020 yang masih samar-samar yang difikirkan oleh banyak syarikat sumber yang lain," kata Mark Selby, Kursi & Ketua Pegawai Eksekutif Canada Nickel.
"Hasil daripada kelebihan unik wilayah Timmins menerusi jarak dekatnya dengan hidroelektrik karbon-sifar dan projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford kami yang sebahagian besarnya terdiri daripada batu serpentin yang menyerap CO2 secara semula jadi apabila didedahkan ke udara, Canada Nickel berpotensi untuk membangunkan produk karbon-sifar yang diharapkan oleh pelanggan kami daripada sektor perlombongan. Dengan nikel sebagai logam pilihan untuk memberi kuasa kepada revolusi tenaga bersih, komitmen kami terhadap pengeluaran karbon-sifar merupakan langkah yang tepat untuk diambil demi alam sekitar, pengguna dan pelabur kami."
Batu serpentin, batuan perumah yang mengandungi lebih daripada 90 peratus jisim sumber di Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford1, mempunyai banyak kajian yang diselesaikan yang menyatakan bahawa batu ini menyerap karbon dioksida (CO2) secara semula jadi apabila didedahkan ke udara melalui proses yang berlaku secara semula jadi daripada pengkarbonatan mineral spontan.
Industri nikel menghadapi beberapa cabaran memandangkan pendekatan pemprosesan semasa bijih laterit dan sulfida menghasilkan jejak alam sekitar yang banyak dalam bentuk emisi SO2 dan CO2. Cabaran alam sekitar ini hanya akan bertambah buruk melihatkan profil bekalan industri dengan sejumlah besar pertumbuhan bekalan nikel baru-baru ini serta sumber utama pertumbuhan pengeluaran masa depan merupakan pengeluaran besi jongkong nikel di Indonesia, yang mana, menurut sumber industri, menggunakan 25-30 tan arang batu bagi menghasilkan setiap tan nikel, yang kemudiannya digabungkan dengan sumber-sumber CO2 yang lain, menghasilkan hampir kira-kira 90 tan emisi CO2 Skop 1 dan Skop 2 bagi setiap tan nikel yang dihasilkan. (lihat Rajah 1).
Untuk pek bateri kenderaan elektrik yang mengandungi 50kg nikel daripada sumber ini, ia akan mewakili kira-kira 4 tan emisi CO2 untuk kenderaan ini. Sumber-sumber pertumbuhan bekalan nikel lain yang mempunyai isu-isu jejak alam sekitar tambahan ialah projek-projek HPAL di Indonesia yang mempertimbangkan teknologi seperti pembuangan amang laut dalam yang mengakibatkan pelepasan lautan kira-kira sebanyak 100 tan bahan bagi setiap tan nikel.
Teknologi Utama Diterokai untuk Membangunkan Operasi Jejak Karbon-Sifar
Canada Nickel akan meneroka penggunaan pelbagai alternatif bagi mencapai objektif NetZero dalam setiap peringkat proses perlombongan: Perlombongan, Pengisaran dan Pemprosesan.
Perlombongan
Teknologi tunggal terbesar untuk mengurangkan jejak karbon daripada aktiviti perlombongan ialah penggunaan penyodok tali elektrik dan trak troli yang menggunakan kuasa elektrik, bukannya bahan api diesel, sebagai sumber kuasa. Memandangkan terdapat jarak yang hampir dengan kapasiti penjanaan hidroelektrik karbon sifar, kuasa elektrik yang digunakan bagi menggantikan bahan api diesel berpotensi untuk mengurangkan emisi karbon dengan ketara.
Penimbunan batuan sisa dan amang semasa proses perlombongan akan turut mendedahkan batu serpentin ke udara yang memberi potensi untuk bahan ini menyerap CO2 melalui pengkarbonatan mineral semula jadi dan mengimbangi sebarang emisi CO2 daripada projek ini. Jumlah dan kadar tepat CO2 dapat diserap daripada bahan yang dilombong di Crawford akan dianalisis semasa fasa kerja yang akan datang.
Pengisaran
Secara tradisi, pemprosesan bijih sulfida gred lebih rendah berskala besar menggunakan sejumlah besar tenaga elektrik. Sekali lagi, jarak dekat tempatan kepada hidroelektrik memberi potensi untuk meminimumkan emisi karbon untuk tahap pengeluaran ini.
NetZero Metals - Pemprosesan Konsentrat Nikel-Kobalt
Proses sedia ada untuk memproses konsentrat nikel-kobalt bagi menyingkirkan sulfur, besi dan bendasing lain telah menghasilkan penjanaan kuantiti CO2, SO2, dan bendasing lain yang signifikan untuk sebilangan pengeluar seluruh dunia.
Canada Nickel akan meneroka potensi untuk menghasilkan produk nikel dan kobalt daripada proses pirometalurgi sedia ada seperti pemanggangan, pemanggangan sulfat dan pengurangan menggunakan relau arka elektrik (menggunakan gas asli dan bukannya kok atau arang batu sebagai bahan penurun) dengan gas lepas ditangkap dan diarahkan semula bagi membolehkan CO2 diperangkap oleh batuan sisa dan amang daripada projek sulfida nikel-kobalt Crawford1. Syarikat ini akan turut melihat kepada proses hidrometalurgi sedia ada bagi menghasilkan produk nikel dan kobalt seperti Albion atau proses serupa yang lain, yang menghasilkan gas lepas yang minimum bagi mengeluarkan produk nikel dan kobalt. Gas lepas ini sekali lagi akan diperangkap dan diuruskan bagi memastikan emisi CO2 dan SO2 diminimumkan.
NetZero Metals - Pemprosesan Konsentrat Magnetit
Syarikat ini akan meneroka potensi bagi pengeluaran produk besi dengan menggunakan proses besi yang diturunkan langsung (DRI) sedia ada atau pengurangan relau arka elektrik yang menggunakan gas asli dan kemudian diarahkan semula bagi membolehkan CO2 diperangkap oleh batuan sisa dan amang daripada deposit.
Langkah-langkah Seterusnya
Syarikat ini akan mengumumkan beberapa perubahan kepimpinan penting di peringkat Lembaga bagi membantu memandu Syarikat dalam usaha yang penting ini. Pendekatan NetZero akan digabungkan ke dalam usaha yang dilakukan untuk kejuruteraan bagi Penilaian Ekonomi Awal yang telah diumumkan sebelum ini dan kini sedang dilaksanakan. Kajian tertentu untuk menganalisis kuantiti dan masa penyerapan CO2 oleh batuan perumah di Crawford dan reka bentuk proses untuk pemprosesan hiliran bahan nikel dan kobalt serta konsentrat magnetit akan diumumkan dan akan dimulakan sepanjang baki tahun ini.
1 Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford ialah projek penerokaan dan pembangunan tahap awal. Tiada sebarang jaminan bahawa projek ini akan mencapai tahap pembangunan atau pengeluaran lanjut. Daya maju ekonomi dan kebolehlaksanaan teknikal bagi Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford Syarikat ini belum diwujudkan pada sebarang tahap keyakinan yang disokong oleh PEA, PFS atau FS dan dengan itu pada masa kini tiada bukti untuk menyokong bahawa projek ini boleh menghasilkan jejak "karbon-sifar bersih". Syarikat kini merancang untuk menyempurnakan PEA menjelang akhir tahun 2020.
Latar Belakang Canada Nickel Company
Canada Nickel Company Inc. memajukan projek sulfida nikel-kobalt generasi seterusnya bagi menyediakan nikel dan kobalt yang diperlukan untuk memberi bekalan kepada pasaran kenderaan elektrik dan keluli tahan karat yang mengalami pertumbuhan tinggi. Canada Nickel Company telah memohon di beberapa bidang kuasa untuk mendapatkan tanda dagangan bagi istilah-istilah NetZero NickelTM, NetZero CobaltTM, NetZero IronTM dan meneruskan pembangunan proses bagi membolehkan pengeluaran produk nikel, kobalt dan besi karbon sifar. Canada Nickel menyediakan pelabur dengan leveraj untuk nikel dan kobalt dalam bidang kuasa risiko politik yang rendah. Canada Nickel kini diterajui oleh Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford utama yang dimiliki 100% di tengah-tengah kem perlombongan Timmins-Cochrane yang prolifik.
Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi maklumat tertentu yang mungkin merupakan "maklumat pandang ke hadapan" di bawah undang-undang sekuriti Kanada yang terpakai. Maklumat pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keputusan gerudi yang berkaitan dengan Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford, masa kajian ekonomi, potensi Projek Sulfida Nikel-Kobalt Crawford, potensi pembangunan pengeluaran nikel, kobalt dan besi karbon sifar, rancangan strategik termasuk keputusan penerokaan dan pembangunan masa depan, serta objektif korporat dan teknikal. Maklumat pandang ke hadapan ini semestinya berdasarkan beberapa andaian bahawa, meskipun dianggap munasabah, tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan serta faktor-faktor lain yang boleh mengakibatkan keputusan sebenar dan peristiwa masa depan berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh maklumat pandang ke hadapan berkenaan. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hasil termasuk, antara lain: harga masa depan dan bekalan logam, permintaan masa depan terhadap logam, hasil penggerudian, ketidakupayaan untuk mengumpul wang yang diperlukan bagi menanggung perbelanjaan yang diperlukan untuk mengekalkan dan memajukan hartanah, liabiliti alam sekitar (diketahui dan tidak diketahui), ketidaktentuan perniagaan am, ekonomi, persaingan, politik dan sosial, akibat daripada program penerokaan, masa anggaran sumber yang dikemas kini, risiko industri perlombongan, kelewatan mendapatkan kelulusan kerajaan dan kegagalan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia atau pemegang saham. Tiada sebarang jaminan bahawa maklumat berkenaan akan terbukti tepat, memandangkan keputusan sebenar dan peristiwa akan datang boleh berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan dalam maklumat berkenaan. Oleh yang demikian, pembaca tidak seharusnya terlalu bergantung pada maklumat pandang ke hadapan. Semua maklumat pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini diberikan setakat tarikh ini dan adalah berdasarkan pendapat dan anggaran pengurusan dan maklumat yang tersedia untuk pengurusan setakat tarikh ini. Canada Nickel menafikan sebarang hasrat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana maklumat pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Mark Selby, Kursi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Telefon: +1 647-256-1954, Emel: info@canadanickel.com