omniture

American Wave Machines Umum PerfectSwell® Boa Vista di São Paulo

American Wave Machines, Inc.
2020-07-29 21:40 574

Kediaman dan Hotel Mewah dirancang sebagai Sebahagian daripada Projek Boa Vista Village yang Berwawasan

SOLANA BEACH, California, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- American Wave Machines, Inc. (AWM) mengumumkan PerfectSwell® Boa Vista bersama rakan kongsi berlesen JHSF di Brazil. Sebahagian daripada projek Boa Vista Village berkeluasan 370 ekar yang sangat luas berhampiran São Paulo, kolam luncur air akan bersaiz hampir dua kali ganda sebesar pemasangan PerfectSwell® di Waco, Texas. Selain daripada plot tanah kediaman, Kediaman di Padang Golf (Golf Residences) dan pembangunan akan datang yang lain, projek fasa pertama melibatkan The Surf Lodge Hotel dan The Surf Lodge Residences yang direka oleh arkitek-arkitek yang terkenal Sig Bargamin dan Pablo Slemenson. Sebahagian daripada tawaran Boa Vista Village kepada penduduk ialah padang golf 18 lubang yang ditandatangani oleh Rees Jones, dipilih sebagai salah satu daripada 5 pereka padang golf terbaik oleh Golf Digest, serta struktur dan arena tenis yang mengagumkan untuk perlawanan peringkat antarabangsa. Dengan tumpuan khusus terhadap kelestarian dan teknologi, projek ini melibatkan struktur untuk pertanian organik dan pengeluaran makanannya sendiri. Klik di sini untuk menonton video.


"JHSF sentiasa menginovasikan portfolio hartanahnya dan Boa Vista Village akan menjadi salah satu aset berharga kami," kata Thiago Alonso, Ketua Pegawai Eksekutif JHSF. "Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan AWM dan benar-benar sejajar dengan budaya integriti dan inovasi mereka. Kami berharap dapat mentransformasikan sukan raja-raja ini bersama-sama."

"Ini merupakan satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan individu yang cemerlang di JHSF. Dengan Golf dan Tenis menjadi sebahagian daripada projek ini, PerfectSwell® benar-benar menepati visi besar di Boa Vista Village," kata Mike Lopez, Naib Presiden Kanan AWM yang bertanggungjawab untuk Strategi Global. "Visi kami untuk rangkaian kolam luncur air berprestasi tinggi global menjadi kenyataan dengan São Paulo menambah lokasi penting ke rangkaian AWM yang semakin berkembang."

Latar Belakang JHSF   

JHSF Participacoes SA ialah sebuah syarikat induk berpangkalan di Brazil yang terlibat dalam industri hartanah. Syarikat ini terlibat, melalui subsidiari-subsidiarinya, dalam pembangunan, pembelian dan penjualan, serta pemajakan harta kediaman dan komersial; pembinaan dan pengendalian pusat membeli belah; penyediaan perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan kontrak serta operasi hotel, aktiviti pelancong dan operasi lapangan terbang penerbangan perniagaan. Untuk maklumat lanjut kunjungi jhsf.com.br 

Latar Belakang American Wave Machines 

American Wave Machines ialah syarikat teknologi luncur terkemuka yang menghasilkan pengalaman luncur yang asli. Lokasi-lokasi SurfStream® mempunyai kapasiti ratusan manakala kolam luncur air PerfectSwell® berkeluasan lebih 1 ekar dengan kapasiti dalam ribuan. Sejak tahun 2007 lebih 3,000,000 sesi telah dinikmati di lokasi-lokasi American Wave Machines serata dunia. Kunjungi  AmericanWaveMachines.com  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1219553/boavistarenderingannotated.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1058606/American_Wave_Machines_Logo.jpg?p=medium600

Source: American Wave Machines, Inc.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel Licensing/marketing agreements New products/services