omniture

SEKISUI Diagnostics Labur £14.4 Juta dalam Kapasiti CDMO Biofarmaseutikal cGMP

Sekisui Diagnostics
2020-07-29 22:24 610

BURLINGTON, Massachusetts, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Sekisui mengumumkan keputusan untuk melabur sebanyak £14.4 Juta dalam perniagaan CDMO biofarmaseutikalnya yang menyasarkan pengembangan kapasiti mikrob cGMP di tapak sedia ada di Maidstone, Kent yang akan disiapkan menjelang separuh kedua tahun 2022. Pelaburan ini ialah susulan pelaburan sebanyak $1.9 juta dalam Pusat Inovasi Bioproses baharunya, yang siap pada Oktober 2019 dan merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan jangka panjang untuk mengembangkan bahagian pasaran CDMO biofarmaseutikal mikrob.

Dahulunya merupakan sebahagian daripada Genzyme Corporation, perniagaan Enzim Sekisui Diagnostics melancarkan tawaran perkhidmatan CDMO biofarmaseutikal mikrobnya, BioProduction by Sekisui, pada tahun 2017, mengasaskan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang ini. Pengembangan kemudahan dan penaiktarafan cGMP akan membolehkan Sekisui untuk memeterai kontrak pembuatan bahan ubat-ubatan untuk program-program yang memasuki fasa ujian klinikal. Rangkaian penapaian dan penulenan mikrob yang diperakui cGMP baharu ini akan menampung skala pengeluaran sehingga 1,000L, melengkapi keupayaan sedia adanya yang bermula daripada skala penapaian 20L hingga 5,000L.

Sekisui mempunyai pengalaman yang luas menerusi projek-projek daripada peringkat praklinikal kepada pengkomersialan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem rekombinan seperti E. coli dan Pichia pastoris serta teknologi penulenan dan analitikal yang berkaitan. Kepakaran utamanya terletak pada penghasilan enzim. Walau bagaimanapun, keupayaannya juga sesuai untuk plasmid, serpihan antibodi dan penghasilan protein yang lain.

"Pelaburan ini menonjolkan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Biofarmaseutikal kami dengan kapasiti pengeluaran CDMO mikrob cGMP yang amat diperlukan," kata Robert Schruender, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Sekisui Diagnostics dan Ahli Lembaga Perubatan Sekisui. "Selama bertahun-tahun kami telah membina kecekapan teknikal mahupun operasi serta kepakaran dalam penghasilan enzim dan penapaian mikrob. Tatkala pasaran CDMO Biofarmaseutikal berkembang, kami menyasarkan untuk memanfaatkan selanjutnya keupayaan ini untuk mengembangkan bahagian kami dalam pasaran ini."  

Latar Belakang Sekisui Diagnostics:
Sekisui Diagnostics ialah sebuah syarikat global yang komited untuk menambah baik kehidupan pesakit dengan menyediakan diagnostik perubatan yang inovatif kepada pakar perubatan dan makmal melalui jaringan komersial global. Barisan produk merangkumi kimia klinikal dan sistem koagulasi, reagen, kit ujian pantas dan sistem tempat jagaan. Perniagaan Enzim membentuk sebahagian daripada kumpulan ini dan sebagai tambahan kepada BioProduction by Sekisui, menawarkan portfolio luas Enzim diagnostik dan bahan mentah kritikal.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1220877/BioProduction_by_Sekisui_Diagnostics_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sekisui Diagnostics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Contracts