omniture

CES 2021 Beralih ke Pengalaman Digital-Sepenuhnya

Consumer Technology Association
2020-07-29 22:34 641

ARLINGTON, Virginia, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Consumer Technology Association (CTA)® mengumumkan CES® 2021 –6-9 Januari 2021 – akan menjadi pengalaman digital-sepenuhnya yang menghubungkan pempamer, pelanggan, pemimpin pemikiran dan rakan media dari seluruh dunia. Format baharu ini akan membolehkan peserta mendengar daripada penginovasi teknologi, melihat teknologi yang canggih dan pelancaran produk yang terkini serta berhubung bersama jenama global dan syarikat baharu dari seluruh dunia.

"Di tengah-tengah pandemik dan kebimbangan kesihatan global yang semakin meningkat mengenai penularan COVID-19 ini, bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan untuk menghimpunkan puluhan ribu orang dengan selamat di Las Vegas pada awal Januari 2021 untuk bertemu dan berurus niaga secara peribadi," kata Gary Shapiro, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CTA. "Teknologi membantu kita semua bekerja, belajar dan berhubung semasa pandemik – dan inovasi berkenaan juga akan membantu kami memperbaharui semula CES 2021 dan menghimpunkan komuniti teknologi dengan cara yang bermakna. Dengan beralih kepada platform digital-sepenuhnya pada tahun 2021, kami dapat membawa pengalaman unik yang dapat membantu pempamer kami berhubung dengan audiens sedia ada dan baharu."

CES 2021 akan menjadi pengalaman imersif yang baharu, yang mana hadirin akan berada dalam jarak yang dekat untuk menerokai dan melihat teknologi yang terkini. Pengalaman yang amat diperibadikan ini akan membawa acara global dengan keselesaan dan keselamatan di rumah atau pejabat anda.

Selama lebih 50 tahun, CES telah menjadi pentas global untuk inovasi. Matlamat CTA untuk CES 2021 adalah untuk menyediakan platform yang menarik untuk syarikat-syarikat bersaiz besar dan kecil bagi melancarkan produk, membina jenama dan menjalin perkongsian dan dalam masa yang sama mengutamakan kesihatan serta keselamatan. Anggota-anggota dalam komuniti teknologi berkembang maju dengan berhimpun bersama-sama, berkongsi idea dan memperkenalkan produk yang akan membentuk masa depan kita.

Catatkan pada kalendar anda dalam minggu pertama pada bulan Januari dan nantikan berita yang lebih menarik mengenai CES 2021. Kami merancang untuk kembali ke Las Vegas bagi CES 2022, menggabungkan elemen terbaik dalam acara fizikal dan digital.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Sila pastikan diri anda kekal sihat dan selamat.

Latar Belakang CES:
CES® ialah acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia – tempat percubaan untuk teknologi perintis dan penginovasi global. Di sinilah jenama-jenama yang terbesar di dunia berurus niaga serta bertemu rakan kongsi baharu manakala penginovasi yang paling pintar muncul di pentas. Dimiliki dan diterbitkan oleh Consumer Technology Association (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek dalam sektor teknologi. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di sosial.

Latar Belakang Consumer Technology Association:
Sebagai persatuan perdagangan teknologi yang terbesar di Amerika Utara, CTA® ialah sektor teknologi. Anggota-anggota kami merupakan penginovasi yang terkemuka di dunia – bermula daripada syarikat baharu hinggalah jenama global – membantu menyokong lebih daripada 18 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia. Cari kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1220497/Consumer_Technology_Association_CES_Logo.jpg?p=medium600

Source: Consumer Technology Association
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Broadcast feed announcements Trade show news Future Events