omniture

MagniProtect oleh Magniflex: koleksi tidur antivirus pertama dunia diuji terhadap COVID-19 Dibuat di Itali

Magniflex
2020-08-04 16:34 445

FLORENCE, Itali, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Teknologi inovatif yang dibangunkan oleh Magniflex merencat ketekalan bakteria dan virus pada fabrik dan telah diuji khusus terhadap SARS-COV-2.

MagniProtect by Magniflex is the world’s first sleep collection tested against COVID-19. It includes mattresses, pillows and toppers of different sizes and features. Find more on www.magniflex.com
MagniProtect by Magniflex is the world’s first sleep collection tested against COVID-19. It includes mattresses, pillows and toppers of different sizes and features. Find more on www.magniflex.com

Daripada jabatan penyelidikan dan inovasi Dibuat di Itali Magniflex, koleksi tidur pertama yang mana keberkesanannya telah diperakui oleh makmal Itali dan antarabangsa yang bebas.

Kita sedang melalui waktu-waktu sukar, yang mana perlindungan terhadap kesihatan menjadi salah satu keutamaan tertinggi. Atas sebab inilah Magniflex, sebuah syarikat Itali yang terkemuka dengan pengalaman selama lebih 50 tahun dalam pembuatan tilam serta aksesori tidur, dengan bangganya memperkenalkan MagniProtect, koleksi tidur pertama dengan tindakan antivirus dan antibakteria yang diperakui, yang telah diuji khusus terhadap SARS-COV-2.

Direka bentuk dan dikilangkan 100% di Itali, MagniProtect mengaplikasikan teknologi inovatif yang dibangunkan oleh Magniflex yang berupaya untuk merencat pertumbuhan dan ketekalan bakteria serta virus pada fabrik hasil daripada gabungan tindakan antara agen peneutralan teras virus lipid dan perencat replikasi bakteria dan virus, yang mencegah dan mengurangkan risiko kontaminasi dengan ketara.

Ujian-ujian terkini yang dijalankan oleh Consiglio Nazionale delle Ricerche (CNR) Itali dan University of Pisa – serta penyelidikan bebas dalam makmal AS terhadap bakteria biasa dan virus flu – telah mengesahkan keberkesanan khusus MagniProtect terhadap SARS-COV-2 (bertanggungjawab untuk jangkitan COVID-19), dengan kejayaan penyingkiran sebanyak lebih 99% virus pada fabrik dalam masa 60 minit.

Ini merupakan kali pertama ujian seumpama ini telah dijalankan dan berjaya – bagi produk tidur.

MagniProtect telah melepasi ujian AATCC100, ISO 20743:2013 dan ISO 18184:2019 (aktiviti antibakteria dan antivirus pada produk tekstil) dan telah memperoleh perakuan OEKO-TEX® "STANDARD 100"/Classe1 (ketiadaan bahan yang toksik serta berbahaya kepada manusia dan alam sekitar) dan "Step" (Pengeluaran Tekstil Lestari).

Koleksi MagniProtect merangkumi tilam, alas tilam dan bantal serta disediakan untuk pembelian dalam talian serta di semua kedai dan penjual Magniflex di serata dunia. Ketahui lebih lanjut di www.magniflex.com

Ditubuhkan di Tuscany pada tahun 1960-an dan kini mempunyai kehadiran global menerusi lebih 4000 pengedar dalam 99 negara antarabangsa, Magniflex mereka bentuk dan mengeluarkan tilam, tapak katil, bantal dan aksesori tidur yang menggabungkan inovasi, prestasi dan gaya Itali. Rehat yang sangat baik, tumpuan pada kesejahteraan dan penghargaan terhadap alam sekitar merupakan nilai-nilai korporat yang utama. Setiap hari, Magniflex mengeksport kelegaan "tidur Dibuat di Itali" ke seluruh dunia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1220966/Magniflex_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1220967/magniprotect_mattress.jpg?p=medium600

Pertanyaan media: Pejabat Akhbar Magniflex - Aida Partners / Giada Mentegari, giada.mentegari@aidapartners.com, +393487960835, Pertanyaan komersial: info@magniflex.com

 

 

Source: Magniflex
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services