omniture

Terhubung demi Lebih Baik; Tumpuan AACSB untuk Impak Masyarakat Positif

AACSB International
2020-08-04 21:00 410

Perikatan pendidikan perniagaan terbesar dunia berusaha untuk tonjolkan perubahan memberi kesan 

TAMPA, Florida, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB) mengumumkan komitmen pendidikan perniagaan yang diperbaharui dan tumpuan untuk mewujudkan perubahan masyarakat yang positif, seraya menunjukkan bahawa sekolah perniagaan terhubung demi yang lebih baik. AACSB mengetuai perbualan mengenai peranan sekolah perniagaan sebagai kuasa yang mendorong kebaikan dalam masyarakat, komponen teras dalam piawaian akreditasi perniagaan 2020 yang diumumkan baru-baru ini, bermula dengan kertas taklimat, Connected for Better: Exploring the Positive Societal Impact of Business Schools (Terhubung demi yang Lebih Baik: Terokai Impak Masyarakat Positif daripada Sekolah Perniagaan).

"Mendemonstrasikan impak masyarakat yang positif merupakan ciri penentu sekolah perniagaan yang berkualiti, dengan sekolah berakreditasi AACSB memimpin jalannya," kata Caryn L. Beck-Dudley, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Sebagai penghubung dan penganjur dalam industri pendidikan perniagaan, AACSB teruja untuk memperkukuhkan usaha luar biasa anggota-anggota kami dalam komuniti yang mendapat khidmat mereka, di peringkat tempatan mahupun global. Hubungan kami bersama-sama akan mewujudkan perkongsian yang mantap dan inovatif antara pelajar, dalam universiti dan merentas perniagaan dan kerajaan demi faedah yang lebih besar untuk masyarakat."

Berlandaskan tema Visi Kolektif untuk Pendidikan Perniagaan organisasi ini, AACSB mengenal pasti lima aspek yang membolehkan sekolah perniagaan mewujudkan kesan masyarakat yang positif:

  • Menghubungkan perniagaan, komuniti dan kerajaan bagi membawa hasil 
  • Menyelesaikan masalah berasaskan perkongsian-pengetahuan dan penyelidikan 
  • Membina pemimpin didorong tujuan dengan visi untuk menangani cabaran yang paling sukar 
  • Mencipta hab untuk pembelajaran sepanjang hayat bagi menggalakkan kesejahteraan dan meningkatkan ekonomi
  • Menginspirasikan inovasi dengan kuasa untuk mengubah dunia

Bagi menggalakkan kolaborasi antara sekolah perniagaan, rakan kongsi mereka dan pemegang kepentingan mereka, kertas taklimat AACSB menyediakan rangka kerja untuk sekolah perniagaan menakrifkan, memahami dan merealisasikan impak yang ingin dicapai oleh mereka melalui pengurusan strategik, pengalaman pembelajaran, kepimpinan pemikiran dan penyelidikan serta usaha bantuan dan keutamaan. Ia mengenal pasti selanjutnya cabaran biasa yang dihadapi oleh sekolah perniagaan dalam menakrifkan dan mengukur impak masyarakat serta menawarkan latihan untuk berfungsi sebagai pemula perbualan mengenai isu ini.

Sepanjang 12 bulan yang akan datang dan selanjutnya, AACSB akan terus menghubungkan kumpulan pemegang kepentingan di seluruh dunia dengan berkongsi pandangan serta inisiatif—termasuk yang menonjolkan alumni berpengaruh dan inovasi yang menginspirasikan—bagi mengetengahkan usaha pendidikan perniagaan untuk dihubungkan demi yang lebih baik. Untuk melihat kertas taklimat dan mengetahui lebih lanjut, kunjungi aacsb.edu/societal-impact.

Latar Belakang AACSB International

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB ialah perikatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mencipta generasi pemimpin hebat yang akan datang. Dengan kehadiran di lebih 100 negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan memperkukuhkan impak dalam pendidikan perniagaan. Ketahui bagaimana AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/492010/AACSB_International_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: AACSB International
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Survey, Polls & Research