omniture

Malibu & DJ Dillon Francis Adun Semula Sensasi Internet menjadi Antem Musim Panas yang Tak Dapat Anda Abaikan

Malibu
2020-08-05 01:51 677

Mengikut rentak The Coconut Nut Malibu Remix, lebih 30 Duta Malibu dari seluruh dunia bakal cetuskan kegilaan tarian #TheCoconutChallenge.

NEW YORK, 5 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Malibu membawa secebis keriangan kepada dunia pada musim panas ini melalui satu perkongsian dengan DJ Amerika Jualan Platinum dan penerbit Dillon Francis serta lebih 30 Duta Malibu dari tujuh negara berbeza sempena pelancaran #TheCoconutChallenge. Personaliti media dan pencipta seperti pelawak Hannah Stocking, penyanyi dan penyampai radio Fleur East, serta pengarah kreatif Ashley Banjo akan memulakan #TheCoconutChallenge dengan mempersembahkan gerakan tarian The Coconut Nut Malibu Remix, dicipta oleh pereka tari terkenal Matt Steffanina.


"#TheCoconutChallenge menonjolkan keseronokan musim panas dan semangat untuk berkumpul bersama," kata Johan Radojewski, Naib Presiden Pemasaran Global untuk Malibu di The Absolut Company. "Perkongsian duta-duta kami dari seluruh dunia dan bakat-bakat Dillon Francis memberi peluang kepada kami untuk berkongsi secebis keriangan."

Bukan itu sahaja! Peminat-peminat yang berkongsi gerakan tarian mereka mengikut rentak The Coconut Nut Malibu Remix menandakan hantaran mereka dengan #TheCoconutChallenge berpeluang untuk ditampilkan dalam muzik video bersumber ramai, yang dijadualkan untuk ditayangkan buat julung kalinya pada lewat musim panas ini.

"The Coconut Nut ialah antem menghiburkan yang sangat sesuai untuk suasana musim panas, maka saya berharap agar adunan semula Malibu baharu dan #TheCoconutChallenge dapat memberi detik yang melegakan sewaktu semua yang terjadi di dunia kelihatannya masih sangat tidak menentu," kata Dillon Francis.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.maliburumdrinks.com/en/thecoconutchallenge dan www.youtube.com/maliburum

Ikuti @malibu_rum di Instagram
#TheCoconutChallenge #MalibuRum

Latar Belakang Malibu 

Malibu ialah jenama minuman alkohol berperisa nombor satu di peringkat global. Sebagai rasa musim panas yang menyegarkan, Malibu telah mengekalkan kejayaan selama 30 tahun dan dijual di lebih daripada 130 negara di seluruh dunia, termasuk AS, UK, Perancis, Jerman dan Kanada. Malibu memiliki rasa uniknya hasil daripada campuran halus antara rum Caribbean, rasa kelapa dan gula berkualiti tinggi.

Malibu mengetahui bahawa musim panas ialah waktu apabila orang ramai merasakan waktu mereka yang paling lapang dan gembira, justeru semua komunikasi pemasaran daripada Malibu bertumpu untuk membebaskan semangat musim panas, membantu orang ramai untuk melewati musim panas sebaik mungkin. Portfolio produknya mencerminkan misinya untuk membantu orang ramai menonjolkan "diri musim panas" mereka, menggambarkan suasana santai musim ini. Rangkaian produk yang luas terdiri daripada pelbagai rasa menyegarkan yang merangkumkan intipati musim panas, termasuk: Malibu Original, minuman musim panas ikonik yang begitu sempurna untuk mencipta koktel musim panas; dan seleksi tin sedia diminum yang menawarkan keseronokan dan rasa yang menyegarkan di mana-mana, sesuai untuk detik musim panas yang spontan bersama rakan-rakan.

Malibu dihasilkan dan dipasarkan oleh The Absolut Company, sebahagian daripada Pernod Ricard, yang memegang salah satu portfolio jenama yang paling berprestij dalam sektor ini.

Virtue - Agensi kreatif oleh VICE ialah agensi rekod untuk Malibu dan pencipta kempen ini

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ciarra Lee
Pengurus PR Bersekutu di PRUSA
Ciarra.lee@pernod-ricard.com
Mudah Alih: +1 (917) 605- 0313
 
Claire Marshall
Eksekutif Kanan Akaun di Ketchum
Claire.marshall@ketchum.com
Mudah Alih: +1 (770) 402-1801

Photo by Thomas Falcone
Photo by Thomas Falcone

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1222522/malibu_summercampaign2020_final_4x5_us__1.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1222523/dillon_press_photo_4.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222045/Malibu_Logo.jpg?p=medium600

Source: Malibu
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Music Retail Licensing/marketing agreements