omniture

Kenyataan Gramercy berhubung Perjanjian Antara Argentina dan Kreditornya

Gramercy Funds Management LLC
2020-08-05 21:25 582

GREENWICH, Connecticut, 5 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Gramercy Funds Management mengeluarkan kenyataan berikut setelah Kerajaan Argentina mengumumkan satu perjanjian yang telah dicapai hari ini antara Argentina dan subset kreditornya yang penting.

"Kami percaya bahawa kemajuan konsensual ini merupakan satu lagi blok binaan penting dalam pendekatan kolaboratif yang diperlukan untuk membantu mengatasi cabaran hutang Argentina," kata Robert Koenigsberger, pengasas dan Ketua Pegawai Maklumat Gramercy. "Perjanjian ini akan membolehkan negara ini mengekalkan pertumbuhan yang tinggi, mengurangkan masalah kemiskinan dan membolehkan lebih ramai rakyat Argentina memenuhi aspirasi sah mereka demi taraf hidup yang lebih baik buat keluarga mereka – kesemuanya juga penting untuk meningkatkan kepercayaan kredit dan memecahkan kitar pembiayaan luaran letus-lawas (boom-bust)."

"Gramercy akan terus bekerjasama dengan erat bersama pihak berkuasa Argentina dan pemegang kepentingan lain dengan tujuan bukan sahaja untuk memuktamadkan perjanjian hutang yang penting ini, tetapi juga bagi membuka jalan untuk pelaburan yang lebih mengalami pro-pertumbuhan dan mampan dari segi kewangan di Argentina," simpul Koenigsberger.

Latar Belakang Gramercy Funds Management
Gramercy ialah pengurus pelaburan pasaran baru muncul khusus yang berpangkalan di Greenwich, Connecticut dengan pejabat-pejabat yang terletak di London dan Buenos Aires. Firma bernilai $4.75 bilion, ditubuhkan pada tahun 1998, berusaha untuk menyediakan pelabur dengan pulangan terlaras risiko yang unggul melalui pendekatan komprehensif untuk pasaran baru muncul yang disokong oleh platform institusi yang telus dan mantap. Gramercy menawarkan baik strategi alternatif mahupun jangka panjang sahaja dalam kelas aset pasaran baru muncul termasuk penyelesaian modal, kredit persendirian, hutang distres, hutang mata wang USD dan tempatan, hutang hasil tinggi/korporat dan keadaan khas. Gramercy ialah Penasihat Pelaburan Berdaftar dengan SEC dan Penandatangan Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI). Gramercy Ltd, satu gabungan, berdaftar dengan FCA. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.gramercy.com

Source: Gramercy Funds Management LLC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Financing agreements