omniture

Caprion-HistoGeneX dan Viroclinics-DDL umum perkongsian strategik tawarkan perkhidmatan bersepadu, pelengkap untuk majukan penyelidikan penyakit berjangkit dan pembangunan terapi COVID-19

Caprion Biosciences
2020-08-07 20:44 702

Caprion-HistoGeneX, CRO khusus yang menyediakan perkhidmatan imunologi, proteomik, histopatologi dan genomik serta Viroclinics-DDL, penyedia perkhidmatan ujian praklinikal dan klinikal untuk pembangunan vaksin, antivirus dan diagnostik, dengan sukacitanya mengumumkan satu perkongsian baharu yang akan menawarkan perkhidmatan global yang bersepadu untuk menyokong penemuan dan pembangunan terapi vaksin dan antivirus.

MONTREAL dan ROTTERDAM, Belanda, 7 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Caprion-HistoGeneX dan Viroclinics-DDL mengumumkan satu perkongsian strategik yang baharu untuk meluaskan keupayaan global mereka bagi memenuhi keperluan baru muncul untuk penyelesaian terapi dan profilaksis bagi menyasarkan penyakit berjangkit termasuk COVID-19. Perkongsian ini menggabungkan kepimpinan dua organisasi penyelidikan kontrak terkenal yang menawarkan perkhidmatan kepada komuniti farmseutikal dan bioteknologi menerusi cerakinan khusus dan teknologi yang berkaitan dengan kajian klinikal dan praklinikal yang bertujuan untuk membangunkan vaksin serta terapi-terapi lain untuk penyakit berjangkit.

Caprion-HistoGeneX
Caprion-HistoGeneX

Dengan menggabungkan kepakaran masing-masing, kedua-dua syarikat menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan khusus bagi menyokong kajian vaksin dan antivirus berserta kehadiran global yang luas, termasuk lokasi-lokasi di Belanda, Kanada, AS, Belgium, UK, Australia dan China.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Caprion-HistoGeneX dan menggabungkan kekuatan unik syarikat-syarikat kami bagi menyediakan perkhidmatan penyelidikan kontrak kelas pertama kepada pelanggan kami untuk membangunkan modaliti yang inovatif bagi memerangi penyakit berjangkit," kata Davide Molho DVM, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Viroclinics-DDL.       

Perkongsian ini membolehkan pengalaman perkhidmatan yang lancar dan bersepadu disediakan kepada pelanggan di seluruh dunia, menerusi tawaran perkhidmatan luas yang mencakupi semua tahap pembangunan vaksin dan antivirus, bermula daripada model penyelidikan praklinikal dan in-vitro kepada penggunaan cerakinan fungsian yang dibangunkan khas dan tersedia untuk memantau keberkesanan vaksin. Selain daripada memanfaatkan seleksi luas platform khusus seperti peneutralan virus, sitometri aliran, ELISpot dan imunocerakinan, perkongsian ini akan turut memberi akses kepada jaringan kemudahan pemprosesan sampel klinikal global yang diperluaskan merentas Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Asia, berserta perkhidmatan operasi dan logistik termasuk pengurusan sampel serta kit pensampelan.

"Dengan kecekapan pelengkap kami, kami dapat memenuhi keperluan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyumberan klinikal pasaran. Ekoran daripada pandemik COVID-19 semasa, kami percaya bahawa inisiatif bersama ini akan membawa ujian vaksin dan antivirus ke tahap selanjutnya," kata Martin LeBlanc, Ketua Pegawai Eksekutif Caprion-HistoGeneX.

Latar Belakang Caprion Biosciences Inc.   
Caprion - HistoGeneX ialah penyedia perkhidmatan perubatan jitu khusus yang terkemuka untuk industri biofarmaseutikal termasuk pemantauan imun sitometri aliran dan jisim, spektrometri jisim kuantitatif, pemprofilan molekul serta imunohistokimia kuantitatif. Memanfaatkan platform bersepadunya, Caprion-HistoGeneX menyokong seluruh kitar pembangunan ubat-ubatan, bermula daripada penemuan kepada ujian klinikal. Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia dengan makmal-makmal terletak di Kanada, AS, Belgium, UK, Australia dan China.
Untuk maklumat lanjut: www.caprion.com dan www.histogenex.com

Latar Belakang Viroclinics-DDL       
Viroclinics-DDL ialah organisasi penyelidikan kontrak virologi global yang terkemuka, menawarkan perkhidmatan kepada komuniti biofarmaseutikal dengan rangkaian luas penyelidikan praklinikal, diagnostik klinikal, pembangunan cerakinan dan perkhidmatan logistik ujian klinikal. Pengalaman luas Viroclinics dengan kajian klinikal serta praklinikal untuk virus termasuk pengkhususannya dalam virus pernafasan, meletakkan syarikat ini sebagai peneraju dalam menyokong pembangunan vaksin, antibodi dan sebatian antivirus yang menyasarkan penyakit berjangkit virus. Makmal-makmal BSL-2 dan BSL-3 praklinikal serta klinikal dalaman kami yang canggih membolehkan eksperimen yang rumit dijalankan terhadap organisma yang sangat patogenik. Viroclinics berpangkalan di Rotterdam, Rijswijk, Schaijk, (Belanda) dan menggaji lebih daripada 270 saintis yang terlatih dan berdedikasi serta pakar teknikal. Untuk maklumat lanjut: www.viroclinics.com dan www.ddl.nl

Hubungan Media: Viroclinics-DDL, Sander Verkerk, Pengurus Pemasaran & Komunikasi, Viroclinics-DDL, marketing@viroclinics.comHubungan Media: Caprion Biosciences Inc.,
Guylaine Galipeau, Pengarah Pemasaran Global, Caprion Biosciences Inc., info@caprion.com

Viroclinics-DDL
Viroclinics-DDL

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1224618/caprion_biosciences_caprion_histogenex_and_viroclinics_ddl_annou.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1224779/caprion_biosciences_caprion_histogenex_and_viroclinics_ddl_annou.jpg?p=medium600 

Source: Caprion Biosciences
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries