SHENZHEN, China, 7 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Webinar Pembangun Huawei telahpun diadakan hari ini untuk memperkenalkan penyelesaian e-dagang secara langsung yang dipertingkatkan.
Dengan jualan e-dagang global yang semakin meningkat daripada $2.39 trilion pada tahun 2018 kepada $3.46 trilion pada tahun 2019[i] dan semakin banyak peruncit dan pengguna memilih strim dalam talian untuk menjual dan membeli, e-dagang langsung dijangka mewakili bahagian yang lebih besar daripada sektor runcit. Penyelesaian inovatif daripada Huawei direka bentuk untuk membantu pembangun membuka lebih banyak peluang dalam industri e-dagang yang berkembang pesat dan membolehkan peruncit untuk mengehoskan pengalaman strim langsung yang unggul: lebih mudah, lebih pantas dan lebih imersif.
Strim langsung mempunyai kadar penukaran pelanggan yang jauh lebih berjaya berbanding e-dagang tradisional dan lebih berkesan dalam mengaktifkan jualan dan membina kesetiaan. "Pandemik ini memaksa kita, sebagai pengguna, untuk mengubah tingkah laku kita ekoran kawalan dan sekatan pergerakan. Permintaan dalam talian semakin berkembang pesat dengan variasi produk dan kategori yang lebih luas dalam talian. Digital telah menjadi perniagaan teras bagi setiap jenis industri," kata Ketua Produk dan Kepintaran Perniagaan Dafiti, Roosevelt Nascimento, salah seorang jurucakap acara ini.
Menerusi penyelesaian strim langsung yang canggih ini, kit virtualisasi peranti Huawei membolehkan peranti kamera menjadi kamera tambahan pada telefon pintar dan membolehkan pertukaran yang mudah antara kamera dengan satu klik pada telefon hos. Produk-produk boleh dipaparkan dari pelbagai sudut dan dengan cara yang menarik. Teknologi ini cekap kos dan boleh dikendalikan dengan mudah daripada satu peranti.
Penyelesaian ini turut mengintegrasikan HUAWEI HiAI bagi meningkatkan pengalaman strim langsung e-dagang dengan mendayakan jualan berasaskan senario. Dengan pemprosesan latar belakang masa sebenar, penggantian latar belakang digital dapat dilakukan mengikut senario-senario yang berbeza, dapat menyediakan audiens dengan demonstrasi produk yang semula jadi dan intuitif.
Dengan keupayaan AR Huawei disepadukan dalam strim langsung, produk dapat dipaparkan dengan cara yang malah lebih jelas: umpamanya, struktur dalaman telefon pintar boleh dipaparkan untuk mendemonstrasikan reka bentuk dan ketukangan yang terperinci.
Selain daripada itu, dengan mengambil kira gangguan yang dibawa oleh pembekuan bingkai yang menjadi sangat menjengkelkan semasa strim langsung, keupayaan 5G dan Wi-Fi Huawei yang dipertingkat dapat mengurangkan kependaman dan meningkatkan kelajuan muat turun bagi memastikan pengalaman strim langsung yang lebih andal dan lebih cepat.
Teknologi ini bergabung untuk menjadikan strim langsung e-dagang lebih dapat dilaksanakan, canggih dan profesional buat pengguna harian.
Webinar dalam talian memperkenalkan "Program Kolaborasi Perintis" yang diwujudkan untuk menyokong pembangun yang berminat untuk membina penyelesaian strim langsung yang lebih canggih. Huawei akan membiayai lima rakan kongsi global dan membantu mereka membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam strim langsung e-dagang menerusi HMS Core yang inovatif.
Acara ini merupakan bahagian terkini dalam komitmen Huawei untuk mencipta sebuah ekosistem yang mendayakan pembangun untuk membuka peluang baharu dan membolehkan pengguna Huawei dan pengguna AppGallery merungkai pengalaman yang lebih inovatif dan unik https://www.youtube.com/playlist?list=PL0neYAtOrM68KQHOrcfLAIL7cQmFaYnZM.
[i] "Jualan edagang global bakal mencecah hampir $3.46 trilion pada tahun 2019," Digital Commerce 360, 13 November 2019. |
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200806/2878530-1?lang=0