omniture

Celgard Berjaya di Mahkamah UK dan Diberi Injunksi Ke Atas Import Pemisah Bateri Senior Melalui Perbicaraan

Polypore International, LP
2020-08-07 22:54 721

CHARLOTTE, Carolina Utara, 7 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Ekoran daripada kebenaran oleh mahkamah United Kingdom (UK) pada 7 Mei 2020 berhubung injunksi interim ke atas Shenzhen Senior Technology Material Co., Ltd. (Senior) sebagaimana yang dipohon oleh Celgard, LLC (Celgard), subsidiari Polypore International, LP (Polypore) dan perintah mahkamah UK bertarikh 21 Mei 2020 untuk meneruskan kesan injunksi interim, mahkamah UK mengeluarkan Penghakiman pada 30 Julai 2020 bagi memberi injunksi melalui perbicaraan dan akan membuat satu perintah menurut syarat-syarat yang dipohon oleh Celgard yang menyekat import Pemisah Bateri Senior ke UK menerusi perbicaraan.

Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.
Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.

Penghakiman mahkamah yang memihak kepada Celgard bukan sahaja memberi injunksi ke atas Senior, ia juga memutuskan bahawa Celgard telah mencetuskan satu isu serius untuk dibicarakan bahawa Senior telah menggunakan rahsia perdagangannya bagi membangunkan dan mengeluarkan pemisah bateri dan England merupakan forum yang sesuai untuk pertikaian pengimportan. Celgard bercadang untuk meneruskan sepenuhnya kes rahsia perdagangannya ke atas Senior.

Pada 30 April 2020, Celgrad memfailkan permohonan untuk injunksi segera ke atas Senior di Mahkamah Tinggi Keadilan di London, England. Pada 7 Mei, secara ex parte, mahkamah UK memberi injunksi interim bagi menghalang Senior daripada mengimport pemisah bateri tertentu ke UK.

Terdahulu pada 2 Mac, Celgard memfailkan Aduan ke atas Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior-China), Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Xiaomin (Steven) Zhang, Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC, dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan WDNC) di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Barat California Utara (WDNC) atas penyalahgunaan rahsia perdagangan, amalan perdagangan yang tidak jujur dan mengelirukan serta persaingan tidak adil, konspirasi awam, pengayaan tak patut dan penukaran. 

Di samping itu, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Kedua ke atas Defendan-defendan termasuk Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California) dan lain-lain (secara keseluruhannya, Defendan-defendan NDCA) atas pelanggaran paten, kemungkiran kontrak dan kemungkiran waad tersirat berniat baik dan urusan yang adil di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California (NDCA).

Aduan WDNC mendakwa bahawa Defendan-defendan WDNC, termasuk bekas pekerja Celgard, Xiaomin (Steven) Zhang, yang kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Senior-China yang menukar namanya kepada Bin Wang atas permintaan Senior-China, menyalahgunakan dengan sengaja dan menyalahi undang-undang rahsia perdagangan serta maklumat sulit Celgard dan terus berbuat demikian. Beberapa pencabulan undang-undang yang lain juga turut didakwa.

Aduan Pindaan Kedua NDCA mendakwa Defendan-defendan NDCA melanggar Paten Keluaran Semula Amerika Syarikat Celgrad RE47,520 (paten '520), dahulunya Paten Amerika Syarikat 6,432,586 (paten '586) dan Paten Amerika Syarikat Celgard No. 6,692,867 (paten '867). Lihat Siaran

Pada Disember 2019, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Pertama di NDCA yang menambah kepada saman tersebut Defendan-defendan Farasis, Sun Town dan Global Venture. Lihat Siaran

Pada September 2019, Celgard memfailkan saman ke atas Senior yang menjual pemisah ke seluruh dunia yang dihasilkan oleh mereka di Shenzhen, China. Aduan oleh Celgard mendakwa Senior telah melanggar paten '520 dan '867 A.S. Celgrad dan melesapkan serta menyalahgunakan rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard secara menyalahi undang-undang, antara pencabulan lain dan menuntut pampasan ganti rugi. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah pelanggaran paten ke atas Targray International. Lihat Siaran. Celgard juga berjaya menyelesaikan dua saman pada bulan Jun 2019 ke atas MTI Corporation. Lihat Siaran.

Penghakiman UK dan keputusan yang berjaya bagi kes-kes Targray dan MTI mengukuhkan lagi integriti harta intelek (IP) Celgard berhubung pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri ion-litium. Celgard akan terus menghalang eksploitasi yang tidak adil terhadap teknologi dan IPnya bagi melindungi aset serta pelanggannya.

Latar Belakang Celgard dan Polypore

Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah yang merupakan komponen utama bateri ion-litium. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting untuk prestasi bateri ion-litium untuk kenderaan pemanduan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi-aplikasi lain.

Celgard, LLC ialah subsidiari milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.

Polypore ialah syarikat bertaraf global yang mempunyai kemudahan di sembilan negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan nanoelektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi khusus. Kunjungi www.celgard.com dan www.polypore.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1224376/celgard.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/798399/PolyPore_Logo.jpg?p=medium600

Source: Polypore International, LP
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Legal issues