omniture

THRIVE II: This Is What It Takes siarkan treler 8 Ogos dalam 15 bahasa untuk susulan salah satu dokumentari paling banyak ditonton sepanjang zaman

ThriveOn
2020-08-09 01:06 716

LOS ANGELES, 8 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- THRIVE: What on Earth Will it Take? ialah salah satu dokumentari yang paling banyak ditonton dalam sejarah dengan lebih 90 juta tontonan dalam 27 bahasa berbeza. Disiarkan pada November 2011, dokumentari tidak konvensional ini mendedahkan mengenai apa yang benar-benar berlaku dalam dunia kita dengan membongkar penyatuan kuasa global dalam hampir setiap aspek dalam kehidupan kita.

 

THRIVE I menghubungkan penemuan penting dalam sains, kesedaran dan aktivisme, menawarkan penyelesaian sebenar, memperkasakan kita dengan strategi-strategi yang belum pernah terjadi sebelum ini dan berani bagi menuntut kembali kehidupan dan masa depan kita. Penciptanya, Foster Gamble dan Kimberly Carter Gamble, menyediakan treler yang hebat untuk ditayangkan pada 8 Ogos 2020 untuk susulan mereka yang menjawab "apa yang benar-benar diperlukan" menerusi THRIVE II: This Is What It Takes. 

THRIVE II: This Is What It Takes membawa penonton meninjau di sebalik tabir bersama individu dan inovasi yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan untuk semua orang. Ia mengikuti perjalanan ke seluruh dunia bagi menyelidik penyelesaian yang paling meyakinkan dalam tenaga, kesihatan, kesedaran dan swaurus tanpa paksa di samping membongkar sains, prinsip dan strategi mendasari yang menjadikannya dapat dijayakan. Penyelesaian transpolitik, akar umbi dan terpencar yang menginspirasikan, THRIVE II menawarkan alatan praktikal untuk menuntut kembali hak ke atas kehidupan kita, satu usaha yang lebih ketara lantaran kegagalan kerajaan dan institusi berwibawa semasa berlakunya pandemik ini dan kekacauan awam yang melanda dunia. Filem ini akan dilancarkan pada 26 September 2020 dalam 15 bahasa untuk dunia yang kecewa dengan status quo dan dahagakan harapan, berasaskan penyelesaian.

Berikutan pelancaran filem pertama, lebih seribu penginovasi dari serata dunia menghubungi pasukan ThriveOn kerana ingin berkongsi hasil ciptaan mereka dan menyertai gerakan berkenaan.

"Ramai yang bimbang hasil ciptaan mereka sangat mencabar status quo yang mana mereka telahpun atau mungkin akan ditindas," kata Foster Gamble. "Sambutan yang menggalakkan itu mendorong saya dan Kimberly untuk menjelajah ke serata Afrika, China, Thailand, Mesir, Eropah, Costa Rica, Mexico dan seluruh Amerika Syarikat bersama-sama sepasukan jurutera, doktor dan pakar-pakar lain untuk menilai pelbagai penemuan ulung."

Interaksi bersama penginovasi global ini diiringi oleh ulasan di kamera daripada saintis dan ahli falsafah ternama seperti Nassim Haramein, Gregg Braden, Dr. Kelly Brogan, Bruce Lipton, Larken Rose dan lain-lain.

Dalam era baharu ini yang mana sistem lama jarang berfungsi untuk sesiapa sahaja selain elit kewangan yang mempertahankannya, THRIVE II: This Is What It Takes menawarkan penyelesaian yang boleh diambil tindakan, tayangan di sebalik tabir yang menonjolkan inovasi penemuan ulung yang berani, memperkasa paradigma baharu bagi mewujudkan dunia yang mana setiap orang berpeluang untuk berkembang maju.

Latar Belakang ThriveOn:
ThriveOn bermatlamat untuk mendidik, memperkasa dan menghidupkan potensi manusia bagi mengembalikan keharmonian sistem semula jadi, selaras dengan bidang berpadu dan dengan satu sama lain bagi mewujudkan dunia yang berkembang maju.
Kit Akhbar THRIVE II: https://www.thriveon.com/thrive-ii-press-kit
Permohonan Akhbar THRIVE II: https://www.thriveon.com/request-form/
Untuk maklumat lanjut bagi menjadi ahli gabungan kunjungi: https://www.thriveon.com/affiliate-sign-up

Video - https://www.youtube.com/watch?v=EaA7WCb4_H4

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1225280/Thrive_II_Logo.jpg?p=medium600

Source: ThriveOn
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television New products/services