omniture

Hospital-hospital pertama di A.S. implan alat jantung generasi seterusnya untuk kurangkan risiko strok

Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) at St. David’s Medical Center; Los Robles Health System
2020-08-10 10:08 668

 Texas Cardiac Arrhythmia Institute di St. David's Medical Center, Los Robles Health System menjalankan pengimplanan hampir serentak Penutupan Apendaj Atrium Kiri (LAAC) WATCHMAN FLX™

AUSTIN, Texas, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Pada 5 Ogos 2020, pakar perubatan di Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di St. David's Medical Center di Austin, Texas, serta Los Robles Health System di Thousand Oaks, California, menjadi yang pertama di negara ini untuk mengimplan satu-satunya alat yang diluluskan FDA bagi mengurangkan risiko strok dalam kalangan pesakit yang menghidap pemfibrilan atrium bukan valvular (A Fib). Pakar perubatan di hospital-hospital ini, kedua-duanya merupakan kemudahan Penjagaan Kesihatan HCA, menjalankan pengimplanan hampir serentak Penutupan Apendaj Atrium Kiri (LAAC) WATCHMAN FLXTM.

Andrea Natale, M.D., F.H.R.S., F.A.C.C., F.E.S.C., pakar elektrofisiologi jantung dan pengarah perubatan eksekutif TCAI, serta Saibal Kar, M.D., pakar kardiologi intervensi di Los Robles Health System, menjalankan prosedur pertama di Thousand Oaks, California, manakala Rodney Horton, M.D., pakar elektrofisiologi jantung di TCAI, mengendalikan kes pertama di Austin, Texas. Di samping itu, Dr. Kar merupakan penyelidik utama untuk ujian PINNACLE FLX praklinikal sebelum mendapat kelulusan FDA, yang menilai prestasi alat WATCHMAN FLX sebagai kaedah alternatif kepada antikoagulan oral antagonis bukan vitamin K (NOAC) jangka panjang dan ubat-batan antikoagulan oral yang lain.

"Alat ini dihasilkan berdasarkan alat LAAC yang paling banyak dikaji dan diimplan di dunia sebagai pilihan rawatan untuk individu yang mengalami A Fib yang bukan disebabkan oleh masalah injap jantung, yang turut dikenali sebagai A Fib bukan valvular," kata Dr. Kar. "Ia membolehkan kami untuk membantu merawat lebih ramai pesakit dengan selamat dan berkesan demi memastikan hasil yang terbaik."

Sehingga enam juta warga Amerika dianggarkan menghidap A Fib, iaitu degupan jantung tidak sekata yang terasa seperti jantung bergetar. Individu yang menghidap A Fib mengalami risiko strok lima kali ganda lebih tinggi berbanding mereka dengan rentak degupan jantung yang normal.

"Alat ini berperanan sebagai kaedah alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan risiko strok buat pesakit yang menghidap A Fib bukan valvular, terutamanya mereka yang mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mengambil ubat cair darah," kata Dr. Horton.

Teknologi ini direka untuk mengurangkan risiko strok dengan menutup secara kekal satu bahagian pada jantung yang dikenali sebagai apendaj atrium kiri (LAA) untuk mengelakkan darah beku berbahaya yang boleh terbentuk dalam LAA daripada memasuki aliran darah dan berpotensi mengakibatkan strok. Dengan menutup LAA, risiko strok boleh dikurangkan dan dari masa ke masa, pesakit berupaya untuk tidak lagi mengambil ubat cair darah, seperti warfarin.

"Reka bentuk bulat membolehkan kami untuk masuk dan mengendalikan dari dalam LAA dengan selamat, lalu memberikan peletakan optimum dan kestabilan jangka panjang," kata Dr. Natale. "Ia juga tersedia dalam pilihan saiz yang lebih luas berbanding alat generasi terdahulu, yang membolehkan kami untuk merawat kumpulan pesakit yang lebih luas."

Prosedur ini dijalankan di bawah pembiusan penuh dan mengambil masa sejam. Pesakit biasanya bermalam di hospital semalaman dan keluar hospital pada hari berikutnya.

Hubungan Media:
Erin Ochoa
St. David's HealthCare
EOchoa@EChristianPR.com
512-788-1616

Daphne Yousem
Los Robles Health System
805-390-7111
Daphne.Yousem@HCAHealthcare.com

 

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) at St. David’s Medical Center; Los Robles Health System
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals