omniture

Penulis buku terlaris New York Times, Martin Lindstrom lancar e-buku panduan perjalanan selamat-COVID baharu

Intertek
2020-08-10 16:00 768

Bermula daripada beg tangan dan sarung kaki dalam pesawat kepada alat kawalan jauh dan penyangkut baju, Lindstrom beri pencerahan mengenai kesulitan tidak diduga untuk dielakkan semasa melakukan perjalanan dalam Dunia COVID-19 baharu ini

LONDON, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Penulis buku terlaris New York Times dan ahli psikologi tingkah laku, Martin Lindstrom, dengan kerjasama Intertek Protek, baru-baru ini melancarkan e-buku panduan perjalanan selamat-COVID berjudul "Travel Truth and Lies Unmasked".

E-buku percuma yang boleh dimuat turun di sini, menyediakan petua berguna kepada mereka yang melakukan perjalanan dalam era COVID-19 ini mengenai cara untuk mengendalikan kesulitan tidak diduga yang tersembunyi dalam perjalanan antarabangsa dengan yakin. Bacaan yang menarik dan sangat menghiburkan ini dapat menepis kisah yang bertujuan untuk menakut-nakutkan yang disokong oleh panduan praktikal mengenai cara untuk mengendalikan berbagai-bagai peraturan antarabangsa yang bercanggah, serta ruang fizikal yang kita lalui sepanjang perjalanan kita. 

Memandangkan keinginan global untuk mengembara bermula kembali, terdapat permintaan yang tinggi untuk sumber maklumat dan nasihat bebas yang dipercayai berkaitan dengan keselamatan COVID-19. Sebagai seorang yang sering berjalan ke merata dunia, Martin Lindstrom memulakan misi untuk menyelongkar rahsia perjalanan yang selamat dan dalam masa yang sama menceritakan beberapa kisah yang sangat menggelikan hati dan mungkin sedikit memalukan, sepanjang perjalanan berkenaan…

Tahukah anda bahawa, contohnya, kepala tali pinggang syarikat penerbangan anda, majalah dalam pesawat yang disorokkan dan kad keselamatan jarang terdapat dalam protokol sanitasi mana-mana syarikat penerbangan?

Begitu juga di hotel-hotel, kaca bilik mandi, penyangkut baju dan alat kawalan jauh sering didapati mempunyai kesan beberapa bahan yang hampir tidak dapat disebutkan! Sementara itu, kajian menunjukkan bahawa 20% daripada beg tangan dan dompet membawa lebih banyak bakteria daripada tandas, sementara yang lain lebih teruk!

Sarung kaki merupakan satu lagi zon bahaya: 20% penumpang syarikat penerbangan masuk ke tandas tanpa memakai kasut, bererti sarung kaki kita bertindak sebagai span kecil yang mengangkut bakteria secara tidak sengaja kembali ke tempat duduk kita, tangan kita (ketika kita mengurut sedikit kaki kita yang sakit), muka, meja dulang, bidai tingkap…dan banyak lagi!

Biasanya, tempat-tempat yang kita anggap sebagai paling tercemar biasanya merupakan tempat-tempat yang paling bersih, hanya disebabkan oleh langkah berjaga-jaga yang kita amalkan. Maka, dengan cara yang sama ini jugalah Lindstrom merujuk juruterbang, syarikat penerbangan, rangkaian hotel dan pakar Intertek Protek untuk menyediakan pelan tindakan mengenai cara untuk mengubah tingkah laku kita bagi menjadikan rutin kebersihan yang baharu sebagai tabiat yang begitu sebati dan bukannya suatu kesulitan harian. Buku beliau merupakan pendamping penting untuk sesiapa sahaja yang ingin mengembara dengan yakin dalam dunia COVID-19 baharu ini.

Buku ini telah ditulis dengan kerjasama pakar bidang khusus Intertek Protek. Protek ialah program jaminan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang pertama di dunia, yang bertujuan untuk melindungi orang ramai, tempat kerja dan ruang awam. Ia merupakan tawaran perkhidmatan jaminan pertama yang komprehensif yang diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada perniagaan, pekerja dan pengguna yang mereka perlukan untuk beroperasi dalam 'kebiasaan baharu' pasca COVID-19.

Martin Lindstrom, penulis, berkata: "Dunia perjalanan yang pernah kita kenali tidak lagi sama dan seperti mana semua orang saya mula tertanya-tanya, apakah realiti perjalanan hari ini? Selepas membuat carian yang pantas di Google mengenai 'Keselamatan Covid semasa terbang' saya mendapati bahawa hampir mustahil untuk mengetahui perkara sebenar. Maka, saya mula menulis sebuah buku yang akan melengkapkan orang ramai dengan sedikit petua berguna ketika mereka memulakan pengembaraan perjalanan pertama mereka dalam dunia 'kebiasan baharu' kita." Pada detik-detik yang tidak menentu ini, satu perkara yang pasti ialah, keutamaan nombor satu pengguna ialah kesihatan dan keselamatan mereka. Protek, program jaminan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pertama dunia ialah satu perkhidmatan yang hebat untuk syarikat-syarikat yang berharap dapat memberi pelanggan mereka dengan ketenangan minda yang sangat mereka perlukan agar berasa selesa untuk mengembara sekali lagi. Selamat mengembara."

Latar Belakang Intertek 

Kualiti Keseluruhan. Dijamin.

Intertek ialah penyedia Jaminan Kualiti Keseluruhan yang terkemuka untuk industri-industri di seluruh dunia. Jaringan kami dengan lebih 1,000 makmal dan pejabat serta 46,000 kakitangan di lebih 100 negara, membawakan penyelesaian Jaminan, Pengujian Pemeriksaan dan Perakuan yang inovatif dan ditempah khas untuk operasi dan rantaian bekalan pelanggan kami.

Intertek ialah sebuah syarikat berpandukan tujuan untuk Menghidupkan Kualiti, Keselamatan dan Kelestarian (Bring Quality, Safety and Sustainability to Life). Kami menyediakan penyelesaian jaminan kualiti misi kritikal 24/7 kepada pelanggan kami bagi memastikan mereka dapat beroperasi dengan rantaian bekalan yang berfungsi dengan baik dalam setiap operasi mereka.

Janji Pelanggan Kami: Kepakaran Jaminan Kualiti Keseluruhan Intertek, dibawakan secara tekal, dengan ketepatan, kecepatan dan kesungguhan, membolehkan pelanggan kami untuk maju ke hadapan dengan selamat.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1162691/Intertek_Logo.jpg?p=medium600

www.intertek.com 

www.intertek.com/protek 

 

Source: Intertek
Keywords: Airlines/Aviation Books Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service Retail Supplementary Medicine Travel New products/services