omniture

Building AQuisition Partners United Bawakan Pelabur Asia Ke Dalam Dana

Building AQuisition Partners United
2020-08-10 21:18 793

CHICAGO, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Building AQuisition Partners United Tosin Oduwole hari ini mengumumkan pelancaran dana hartanah bernilai $100,000,000 dengan strategi untuk memperoleh beratus-ratus hartanah di bahagian selatan Chicago. Pada masa ini, dana ini memberi tumpuan untuk membawa masuk pelabur Asia dari Hong Kong & Asia Tenggara untuk membantu pengambilalihan yang agresif terhadap apa yang boleh dikatakan sebagai hartanah yang paling bernilai di Amerika Syarikat.

 

Penduduk Hong Kong yang kaya telah meningkatkan pegangan tunai mereka ke paras tertinggi selama beberapa tahun memandangkan peperangan perdagangan dan pergolakan politik membayangkan berlakunya kemelesetan. Individu-individu kaya di bandar ini memegang hampir sepertiga daripada jumlah pegangan mereka secara tunai, suatu tahap yang tidak dilihat sejak krisis kewangan tahun 2008, menurut perunding Capgemini. Pejabat keluarga Hong Kong — penasihat yang melabur kekayaan mereka yang sangat kaya — juga telah beralih kepada tunai, dengan pegangan 12-14 sen, menurut kajian daripada bahagian pengurusan kekayaan UBS dan penyedia data Campden Wealth.

Perbincangan berkisarkan pelaburan selanjutnya di Hong Kong telahpun ditangguhkan ekoran pergolakan politik dan kebimbangan terhadap coronavirus. "Beberapa perbincangan utama yang berkaitan dengan pelaburan langsung telah ditangguhkan buat sementara waktu," kata Eva Law, pengasas dan pengerusi Association of Family Offices in Asia.

Ekoran daripada hal ini, orang kaya Hong Kong beralih ke sebuah firma pelaburan kurang dikenali yang terletak di AS untuk melabur wang tunai mereka dengan betul buat mereka. Building AQuisition Partners United, LLC ialah sebuah firma yang menghasilkan pulangan tahunan dan pecahan keuntungan yang besar untuk pelabur Asia melalui pemerolehan besar-besaran dan pembangunan bangunan pangsapuri bertingkat rendah, sederhana dan tinggi. Tumpuan mereka adalah untuk membeli aset-aset "Bernilai Tambah" dan stabil dengan tujuan untuk menaik taraf aset-aset ini dengan pantas kepada kelas aset seterusnya melalui kecekapan operasi yang memaksimumkan aliran tunai bulanan & pulangan bersih!

Building AQuisition Partners United ialah sejenis firma yang menjadi tumpuan keluarga-keluarga Hong Kong yang kaya raya seperti Lee Shau Kee, Joseph Lau, Kwong Siu-hing, Francis Choi & Peter Woo untuk mengembangkan dan memelihara modal mereka dengan betul.

Latar Belakang Building AQuisition Partners United, LLC

Building AQuisition Partners United ialah dana Regulation D 506© yang ditubuhkan oleh Tosin Oduwole, pembangun semula bandar yang mengembalikan semula kerancakan ekonomi bandar-bandar di seluruh negara melalui pemerolehan besar-besaran dan pembangunan bangunan pangsapuri bertingkat rendah, sederhana dan tinggi & hartanah komersial. BAP United mempunyai pengalaman selama bertahun-tahuan dalam pembangunan hartanah, perundingan hartanah komersial, jualan hartanah dan pengurusan harta. Organisasi ini mempunyai dorongan untuk membangunkan semula komuniti yang kehilangan reputasinya dan untuk membawanya ke dalam kehidupan abad ke-21, kesemuanya sambil membuktikan ia merupakan tempat yang selamat untuk individu-individu dengan nilai bersih ultra tinggi mengembangkan modal mereka dengan selamat. Tosin Oduwole boleh dihubungi terus di info@BAPUnited.com atau +1-973-832-3036. www.BAPUnited.com

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1225863/Building_AQuisition_Partners_United.mp4

Source: Building AQuisition Partners United
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Venture Capital