omniture

Perubahan dalam corak penggunaan di ASEAN dipercepatkan oleh trend yang dibawa oleh COVID-19

Kajian oleh Bain & Company dan WEF menunjukkan bahawa kelas pertengahan dijangka berkembang kepada 70 peratus daripada populasi dan penggunaan akan meningkat sebanyak 2.2 kali ganda kepada hampir $4 trilion menjelang tahun 2030
Bain & Company
2020-08-11 14:10 698

SINGAPURA, 11 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- ASEAN membawakan peluang penggunaan yang dramatik pada tahun-tahun akan datang, dipacu oleh empat kuasa mega: trend demografi yang mantap; peningkatan tahap pendapatan; peralihan geopolitik yang meningkatkan pelaburan asing; dan kemajuan digital yang membuka pasaran pengguna baharu. Menjelang tahun 2030, akan terdapat lapan tema pengguna utama di ASEAN, termasuk penggandaan penggunaan dan pengaburan sempadan antara membeli belah premium dan bernilai. Beberapa tema ini akan dipercepatkan oleh COVID-19, termasuk penerimaan digital dan peralihan saluran runcit. Ini merupakan dapatan daripada laporan Bain & Company dan Forum Ekonomi Dunia, Future of Consumption in Fast-Growth Consumer Markets: ASEAN 2030 (Masa Depan Penggunaan dalam Pasaran Pengguna dengan Pertumbuhan Pesat: ASEAN 2030).

"Ketika ASEAN meneruskan laluannya sebagai salah satu persekitaraan penggunaan yang paling dinamik di dunia, pemimpin-pemimpin sektor swasta dan awam akan perlu menanggung akauntabiliti bersama bagi memastikan penggunaan sedemikian bersifat inklusif dan bertanggungjawab. Walaupun ketika kami berusaha untuk mengatasi cabaran segera ekoran COVID-19, saya yakin bahawa pandangan jauh yang strategik daripada laporan ini akan menyumbang untuk menginspirasikan tindakan dan merealisasikan masa depan jangka panjang yang makmur untuk ASEAN dengan faedah-faedah yang mampan untuk perniagaan dan masyarakat," kata Zara Ingilizian, Ketua Industri-industri Pengguna dan Masa Depan Platform Penggunaan, Forum Ekonomi Dunia.

ASEAN ialah ekonomi ketiga yang paling ramai penduduk di dunia dan dijangka berkembang sepanjang dekad yang akan datang untuk menjadi ekonomi keempat yang terbesar di dunia secara keseluruhan. Tahap pendapatan semakin meningkat dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita dijangka meningkat sebanyak 4 peratus tahunan kepada USD 6,600 pada tahun 2030, yang menyebabkan banyak kategori produk mencapai titik lengkok balas apabila penggunaan bermula. Penggunaan domestik, yang memberi kuasa kepada kira-kira 60 peratus KDNK hari ini, dijangka meningkat dua kali ganda kepada USD 4 trilion.

"Sepanjang dekad yang seterusnya, ASEAN akan menyaksikan 140 juta pengguna baharu, yang mewakili 16 peratus daripada pengguna dunia, yang kebanyakannya akan membuat pembelian dalam talian pertama mereka dan membeli produk mewah pertama mereka," kata Praneeth Yendamuri, rakan kongsi dan pengarang bersama laporan Bain & Company, "Namun begitu, ketika kisah pertumbuhan ini berjalan secara berperingkat-peringkat, organisasi-organisasi sektor awam dan swasta akan perlu mengatasi krisis kesihatan dan kemanusiaan yang dicetuskan oleh COVID dan implikasinya secara serta merta."

Penerimaan digital yang pesat di ASEAN akan berterusan, didorong oleh pengguna natif digital, pendanaan pelabur dalam inovasi teknologi dan program kerajaan untuk menyokong transformasi digital. Menjelang tahun 2030, akan adanya hampir 575 juta pengguna internet di rantau tersebut dan digital akan terdapat secara merata dalam perjalanan penggunaan harian. Tatkala fungsi digital mendekati komuniti luar bandar dan berpendapatan rendah, ia akan menghapuskan penghalang yang merencat pertumbuhan perniagaan kecil-kecilan dan mendayakan penghantaran perkhidmatan asas seperti rawatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan kewangan. Pandemik COVID-19 telah menonjolkan kesegeraan bagi menyediakan komuniti yang terabai dengan akses digital untuk memperoleh maklumat berkaitan-kesihatan dan memesan barang keperluan.

Tatkala landskap penggunaan berkembang sepanjang dekad yang akan datang, pemimpin-pemimpin sektor awam dan swasta akan menghadapi banyak peluang dan cabaran. Bagi menyerlahkan potensi penuh rantau ini, pemegang kepentingan perlu memastikan lima perkara dengan betul:

  1. Memastikan pemulihan daripada COVID-19 yang cekap dan berkesan dari segi kesihatan mahupun ekonomi.
  2. Memberi tumpuan pada pembangunan bakat dan keterangkuman sosioekonomi: Sepanjang dekad yang akan datang, seramai 40 juta orang di ASEAN akan mencecah umur bekerja, dengan pendigitalisan mengubah sifat dan bilangan pekerjaan. Anggaran 65 peratus kanak-kanak yang masuk ke sekolah rendah pada tahun ini akhirnya akan melakukan pekerjaan yang tidak wujud pada masa kini
  3. Pandemik COVID-19 akan mempercepatkan peralihan kepada perkhidmatan automatik. Ia akan menjadi sangat penting untuk mencipta peluang pekerjaan baharu, mengurangkan jurang kemahiran dan memberi akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan pemakanan bagi memastikan tenaga kerja masa depan yang kompetitif dan sihat.
  4. Menaik taraf infrastruktur untuk menyokong urbanisasi dan pengurusan sumber memandangkan permintaan yang berkembang pesat memberi tekanan kepada sumber ASEAN.
  5. Mendorong peraturan yang terbuka dan bersepadu, dengan pendekatan hiper-tempatan tatkala wilayah tersebut bersedia untuk mendapatkan keuntungan daripada ASEAN yang lebih saling terhubung dengan aliran barangan dan perkhidmatan, pelaburan, pengetahuan dan modal insan sekawasan yang lebih baik.

"Tingkah laku pengguna pantas berubah, dengan pengguna muda, bandar dan kelas pertengahan bagi tahun 2030 mencari pengalaman diperibadikan, nilai-untuk-wang, sosial dan integratif merentas saluran dalam talian dan luar talian," kata Encik Yendamuri. "Kita akan dapat melihat setiap pasaran ASEAN berkembang secara berbeza dan satu pendekatan "berbilang-tempatan" akan kekal penting untuk syarikat-syarikat yang berharap untuk menang dalam rantau yang sangat pelbagai ini."

"Tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar dengan ketidakpastian yang membimbangkan ekoran COVID-19. Dari sudut positifnya, ASEAN berada pada titik penting berlakunya perubahan yang besar, baik dari segi pertumbuhan ekonomi mahupun pembangunan bertumpu manusia untuk rakyatnya. Ketika kisah pertumbuhan ASEAN berjalan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh jangka panjang, mempercepatkan kolaborasi awam-swasta dapat menyerlahkan potensi penuh rantau tersebut bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pembangunan perdagangan dan sosioekonomi global," kata Mayuri Ghosh, Strategi & Perkongsian Awam-Swasta, Masa Depan Platform Penggunaan, Forum Ekonomi Dunia.

Perniagaan, kerajaan dan penggubal dasar akan mendapat pengaruh yang semakin meningkat dalam pasaran untuk memandu rantau ini ke arah masa depan penggunaan yang lestari. Pencapaian visi ini memerlukan kolaborasi yang berdedikasi daripada pemegang kepentingan, melalui model perniagaan yang inovatif dan inklusif yang disokong oleh persekitaran dasar yang menggalakkan. COVID-19 merupakan yang pertama daripada banyak ujian yang akan menambah ketidakpastian – dan mendedahkan kelemahan yang perlu diatasi. Perkongsian awam-swasta adalah sangat penting untuk menyerlahkan potensi penuh ASEAN dan bagi melindungi kisah pertumbuhannya sebagai salah satu pasaran pengguna yang berkembang paling pantas di dunia.

Latar Belakang Bain & Company 

Bain & Company ialah perunding global yang membantu pencetus perubahan yang paling bercita-cita tinggi di dunia menakrifkan masa depan. Merentas 58 pejabat dalam 37 negara, kami bekerjasama dengan pelanggan kami sebagai sebuah pasukan dengan cita-cita bersama untuk mencapai keputusan yang luar biasa, mengatasi persaingan dan menakrifkan semula industri-industri. Kami melengkapi kepakaran tersuai dan bersepadu kami dengan ekosistem rancak melibatkan penginovasi digital bagi membawakan hasil yang lebih baik, lebih pantas dan lebih tahan lama. Sejak penubuhan kami pada tahun 1973, kami telah mengukur kejayaan kami menerusi kejayaan pelanggan kami. Kami mengekalkan dengan bangganya tahap sokongan pelanggan yang tertinggi dalam industri ini dan pelanggan kami telah mengatasi pasaran saham dengan 4-kepada-1. Ketahui lebih lanjut di www.bain.com dan ikuti kami di Twitter @BainAlerts.

Latar Belakang Forum Ekonomi Dunia

Forum Ekonomi Dunia ialah Organisasi Antarabangsa untuk Kerjasama Awam-Swasta. Forum ini menghubungkan pemimpin politik, perniagaan, budaya dan lain-lain yang paling utama daripada masyarakat untuk membentuk agenda global, serantau dan industri. Ia ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai sebuah yayasan bukan untung dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Ia bebas, saksama dan tidak terikat kepada mana-mana kepentingan khas.

Source: Bain & Company
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Real Estate Survey, Polls & Research