omniture

Syarikat Berkuasa Teknologi Kewangan berpangkalan di Singapura GoBear jalin kerjasama dengan Netcore tingkatkan Penglibatan dan Pengekalan Pelanggan berbilang saluran

Netcore Solutions Pvt. Ltd
2020-08-12 13:11 801

SINGAPURA, 12 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Netcore Solutions, platform pengautomatan pemasaran dan pemperibadian yang terkemuka mengumumkan bahawa GoBear, salah sebuah syarikat Teknologi Kewangan yang terbesar di Asia telah memilih Netcore Smartech untuk memberi kuasa kepada kempen pengautomatan pemasaran dan penglibatan berbilang salurannya, bagi memastikan pengekalan pelanggan yang tiada tandingan.

Ditubuhkan pada tahun 2014, GoBear ialah platform perkhidmatan kewangan yang terkemuka di Asia. Ia beroperasi dalam 7 pasaran di seluruh Asia dengan lebih 55 juta pengguna yang mencari lebih daripada 2,000 produk kewangan peribadi.

Netcore telah menjadi pengusaha yang hebat dalam bidang pengautomatan pemasaran di seluruh dunia dengan tumpuan khusus pada Asia Tenggara. 75% daripada syarikat unikorn Asia mempercayai Netcore menerusi kempen penglibatan pelanggan mereka dalam pelbagai saluran.

Platform berkuasa AI Netcore Smartech menggabungkan CDP, pengurusan kempen berbilang saluran, pembina perjalanan yang komprehensif, penghantaran emel berasaskan AI dan Tolakan Pintar (Smart Push) untuk pemberitahuan tolak, dengan lapisan AI dalam seluruh platform, lantas menjadikan Smartech sebagai rakan kongsi pilihan untuk jenama-jenama memberi tumpuan bagi memastikan kempen pengekalan pelanggan tepat.

Azril Arif, Pengarah Pemasaran Prestasi berkata, "GoBear sedang memasuki fasa penglibatan pelanggan yang seterusnya dan kami percaya bahawa semua penglibatan perlu bersifat peribadi. Netcore Smartech akan membolehkan kami untuk memahami pengguna kami dengan lebih baik, mengkonsepsikan strategi-strategi penglibatan dan menggunakan penglibatan diperibadikan secara meluas. Kami menjangkakan hal ini akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kami."

"Industri Teknologi Kewangan membawa peluang yang luar biasa untuk penglibatan dan pengekalan pelanggan di seluruh dunia. GoBear ialah nama yang masyhur dalam bidang Teknologi Kewangan dan kami teruja untuk memberi impak kepada KPI pengekalan dan penglibatan utama serta menyumbang kepada kisah pertumbuhan luar biasa mereka," tambah Abithab Bhaskar, Ketua Pegawai Eksekutif - Perniagaan Antarabangsa, Netcore Solutions.

Latar Belakang Netcore Solutions:
Netcore Solutions, syarikat penyelesaian teknologi pemasaran yang terkenal di dunia membolehkan pemasar untuk menggariskan perjalanan pelanggan mereka bagi mencapai pengalaman pelanggan 1:1 yang luar biasa. Netcore telah memberi ROI pemasaran selama lebih daripada dua dekad kepada jenama-jenama yang terkemuka di dunia dan berperanan sebagai rakan kongsi strategik untuk perusahaan dan perniagaan bersaiz sederhana dalam banyak industri di Amerika Syarikat, India, SEA dan EMEA.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1176346/Netcore_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Media:
Rohit Srivastav
rohit.srivastav@netcore.co.in  
+91-8873207821

 

Source: Netcore Solutions Pvt. Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts Financial Technology