omniture

Ketua Pegawai Eksekutif: Perubahan Pasca Covid adalah kekal dan banyak lagi akan datang

PwC
2020-08-12 13:48 865

- Tinjauan PwC baharu ke atas Ketua Pegawai Eksekutif di seluruh dunia melihat pada pandangan pertumbuhan dan impak pandemik COVID-19 ke atas cara perniagaan-perniagaan beroperasi kini dan di masa akan dating.

- Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, perubahan ke arah bekerja jarak jauh, automasi dan pejabat berkepadatan rendah akan kekal.

- Perubahan iklim, keselamatan rantaian bekalan dan menyesuaikan pengalaman pelanggan adalah antara trend tambahan yang mendorong perubahan jangka panjang seterusnya.

LONDON, 12 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Keperluan untuk pemimpin perniagaan dan penggubal dasar untuk secara dasarnya memikirkan semula cara mereka merancang, melabur dan beroperasi di masa akan datang ditekankan dalam tinjauan baharu ke atas 699 Ketua Pegawai Eksekutif global yang dikeluarkan oleh PwC.

Tinjauan ini menunjukkan sebahagian besar Ketua Pegawai Eksekutif percaya bahawa pandemik COVID-19 mendorong peralihan ke arah kerjasama jarak jauh (78%), automasi (76%) dan tidak ramai orang bekerja dari pejabat (61%), akan kekal. Keseluruhannya, 61% menyatakan model perniagaan mereka akan menjadi lebih digital di masa akan datang – satu perubahan yang dipercepatkan oleh pandemik ini.

Maklum balas menunjukkan infrastruktur digital, bekerja yang fleksibel dan kesejahteraan pekerja akan menjadi agenda utama bilik lembaga ketika mereka merancang semula operasi perniagaan untuk menjamin pertumbuhan dalam 12 bulan akan datang dan seterusnya. Lima puluh lapan peratus daripada Ketua Pegawai Eksekutif berkata memastikan keselamatan rantaian bekalan akan tetap sebagai tumpuan, mendorong pelaburan teknologi untuk membolehkan penjejakan produk dari pengeluaran ke penghantaran dan untuk memastikan pembekal-pembekal dan rakan kongsi mereka bertahan di waktu krisis. 

"Pemimpin perniagaan perlu secara serentak mengekalkan operasi syarikat mereka dan pada dasarnya memikirkan semula strategi mereka untuk hari esok, supaya mereka boleh keluar dari pandemik ini bersedia untuk merancang semula perniagaan mereka untuk maju dalam dunia yang sangat berbeza. Dan mereka perlu melakukannya, berfikir bukan hanya tentang pencepatan COVID-19 ke atas perubahan dalam masyarakat dan harapan semakin meningkat dari pihak berkepentingan mereka yang lebih luas, tetapi juga isu lain yang akan pada dasarnya membentuk semula masa depan perniagaan – dari perubahan iklim hingga populisme," kata Bob Moritz, Pengerusi Global, PricewaterhouseCoopers International Limited.

Dalam cabaran untuk peningkatan globalisasi selama beberapa dekad, hampir dua dalam lima (39%) daripada Ketua Pegawai Eksekutif percaya akan ada peralihan kekal ke arah pengambilan pekerja dari luar dan sumber dalaman, dan jumlah yang sama menjangkakan peningkatan nasionalisme yang berkekalan.

Kristin Rivera, Pemimpin, Forensik & Krisis Global, PwC AS, mengulas:

"Pandemik COVID-19 ini mengingatkan Ketua Pegawai Eksekutif tentang kepentingan untuk membina ketahanan dalam model operasi mereka. Firma-firma yang dapat menggunakan amalan digital atau mengalihkan rantaian bekalan mereka dengan lebih cepat akan dapat bertahan dari kejutan ini dengan lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif kini perlu berdepan dengan perkembangan pandemik ini dan memikirkan semula bagaimana mereka beroperasi di masa hadapan secara serentak. Bukan setiap inovasi yang dibangunkan dalam krisis ini tepat untuk jangka masa panjang, tetapi ada banyak lagi untuk dipelajari."

Ketua Pegawai Eksekutif secara semulajadinya berhati-hati dengan prospek pertumbuhan pendapatan mereka sendiri dalam tahun akan datang (45% agak yakin: 15% sangat yakin). 65% meramalkan penurunan dalam pertumbuhan global. Kebimbangan terhadap ekonomi global adalah tertinggi di Afrika, Eropah Tengah & Timur, Asia dan Amerika Latin.

Pemimpin perniagaan juga percaya bahawa pandemik ini meningkatkan kepentingan memberi maklum balas kepada pelbagai isu pihak berkepentingan, terutamanya pekerja. Langkah-langkah sokongan pekerja termasuk kesihatan dan keselamatan (92%), kesejahteraan (61%) dan sokongan kewangan (24%). Empat puluh dua peratus membuat sumbangan kepada organisasi komuniti dan hampir sepertiga (32%) pemimpin perniagaan mengurangkan bayaran mereka sendiri. Ketua Pegawai Eksekutif ini yang memaksimumkan pengekalan (36%) dan melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja (92%) percaya ia akan memberikan kesan positif ke atas reputasi jangka panjang organisasi mereka. 

Bhushan Sethi, Ketua Bersama, Orang dan Organisasi Global, PwC AS, mengulas: 

"Peralihan yang dipercepatkan untuk waktu bekerja yang fleksibel bernilai untuk banyak syarikat. Apa pun model baharu yang muncul, jelas bahawa dasar yang berorientasikan pekerja yang melabur dalam keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan boleh menjadi pembeza baharu untuk perekrutan, pengekalan dan reputasi syarikat."

Perubahan yang didorong oleh COVID-19 memberi penambahan ketara kepada agenda yang sudah cukup padat untuk Ketua Pegawai Eksekutif. Perubahan iklim tetap sebagai trend berpengaruh bagi pengguna dan perniagaan. Apabila ditanya sekiranya perubahan kepada pengurangan perubahan iklim akan bertahan, sebahagian besar daripada pemimpin perniagaan (47%) berkata ia akan kekal. Pemimpin perniagaan percaya peningkatan jangka pendek dalam barangan boleh buang (termasuk pensanitasi, pelitup muka) dan pengurangan dalam penggunaan ekonomi perkongsian hanya bersifat sementara.

Percutian terhad dari bandar

Walaupun sebilangan besar Ketua Pegawai Eksekutif (61%) percaya bahawa akan ada kepadatan tempat kerja yang lebih rendah daripada sebelumnya, mereka tetap tak sependapat tentang apa peranan yang akan dimainkan oleh bandaraya di masa akan datang: 34% percaya peralihan ke arah deurbanisasi akan berterusan; 38% percaya ia adalah sementara.

Berbeza pendapat tentang peranan kerajaan

Pemimpin perniagaan tidak mengharapkan sokongan kerajaan yang panjang, dengan sebilangan besar (57%) percaya campur tangan negeri akan menjadi fungsi sementar, walaupun ada potensi untuk kerajaan menggunakan sokongan untuk mempengaruhi pemulihan COVID-19 dan dasar yang memberi kesan kepada perniagaan. Kurang dari satu dalam tiga (30%) percaya sokongan kerajaan akan berkekalan, walaupun pandangan suram ke atas prospek pertumbuhan global dan organisasi dalam 12 bulan akan datang. Satu daripada lima responden berkata mereka menolak sokongan yang dijamin kerajaan untuk perniagaan mereka semasa pandemik ini.

Komen Bob Moritz:

"Beberapa Ketua Pegawai Eksekutif mungkin berasa seperti mereka telah lulus ujian kritikal ini, Yang penting sekarang adalah mereka menggunakan pengetahuan penting yang mereka perolehi tentang organisasi mereka secara berkesan untuk perniagaan dan masyarakat. Peralihan yang paling berpanjangan dalam pandemik ini adalah kenyataan yang ia tidak boleh lagi menjadi pilihan antara jangka panjang dan pendek. Kita perlu menangani kedua-duanya."

Latar belakang tinjauan:

Tinjauan Panel Ketua Pegawai Eksekutif PwC, yang dijalankan dalam bulan Jun dan Julai 2020 sebagai lanjutan kepada Tinjauan Ketua Pegawai Eksekutif Global PwC – mencerminkan pandangan 699 Ketua Pegawai Eksekutif terhadap model perniagaan yang sedang muncul dan trend utama yang terhasil dari COVID-19. Mereka adalah pemimpin perniagaan swasta dan syarikat-syarikat awam, firma kecil dan perusahaan bernilai lebih $1 bilion, dan mewakili pelbagai syeksen industri, negara dan wilayah. Responden berasal dari 67 negara/wilayah termasuk: Eropah Barat (42% responden): Amerika Utara (7%); Timur Tengah (3%).

Latar Belakang PwC

Di PwC, matlamat kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah yang penting. Kami ialah rangkaian firma di 157 negara dengan lebih 276,000 orang yang komited untuk menyampaikan kualiti dalam perkhidmatan jaminan, perundingan dan cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kami apa yang penting bagi anda dengan melayari kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih dari firma ahlinya, yang masing-masing ialah entiti sah yang berasingan. Sila lihat www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut.

© 2020 PwC. Hak cipta terpelihara

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1121790/PWC_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PwC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research