omniture

HotForex Melancarkan ETF Berasaskan CFD dan Stock DMA di Platform MT5

HotForex
2020-08-13 12:00 825

Pedagang di broker pemenang anugerah HotForex kini dapat mempelbagaikan portfolio mereka dengan memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan ("CFD") di ratusan Saham DMA & ETF pada platform pelbagai-aset MT5!

PORT LOUIS, Mauritius, 13 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- HotForex, broker pelbagai-aset CFD antarabangsa yang terkenal, telah memperluas penawaran rangkaian produknya dengan pelancaran dana exchange-traded funds (ETF) dan saham akses pasaran langsung (DMA). Kelas aset baru hadir dengan keadaan perdagangan yang sangat baik dan eksklusif untuk platform MT5.

Ketua Pegawai Eksekutif HotForex George Koumantaris berkata: "Setiap produk baru yang kami tawarkan didorong oleh usaha berterusan kami untuk memberi pengalaman perdagangan yang lebih baik untuk pelanggan kami. Dengan penambahan dalam senarai 1000+ instrumen ini, kami memberi peluang kepada pelanggan kami untuk memperluas aktiviti perdagangan mereka dan memastikan mereka dapat mengakses produk pelaburan inovatif dan kos rendah pada setiap saat. "

Dengan produk CFD Saham DMA, pedagang boleh mendapat keuntungan daripada harga langsung dari pasaran. Tidak seperti CFD pada Saham, yang tidak dilindung nilai secara langsung di pasaran fizikal yang didagang, CFD Saham DMA bermaksud bahawa HotForex dapat membolehkan anda melihat dan berdagang dengan buku pesanan langsung bursa saham global.

ETF adalah sekumpulan aset berkaitan (basket) yang diperdagangkan di bursa saham, seperti saham. Manfaat utama ETF adalah memungkinkan anda untuk mempelbagaikan portfolio. ETF adalah cara yang ideal untuk melabur dalam sektor pasaran secara keseluruhan dan bukannya pada saham individu. Dengan CFD di ETF, pelabur HotForex mendapat pendedahan yang lebih baik terhadap pelbagai pasaran dengan satu perdagangan!

Nota untuk Media:

Mengenai HotForex 

Dengan asal usulnya sejak tahun 2010, HotForex adalah nama jenama HF Markets Group yang merangkumi entiti global dan terkawal yang beroperasi sebagai broker pelbagai aset yang menawarkan perkhidmatan perdagangan runcit dan institusi kepada pelanggan dari seluruh dunia. HotForex secara berterusan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran, fakta yang ditegaskan oleh:

  • Lebih 2,000,000 Akaun Langsung Dibuka
  • Lebih daripada 35 Anugerah Antarabangsa
  • Sokongan Pelanggan dalam 27+ Bahasa
  • Langkah Keselamatan Dana Teratas

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai HotForex, anda boleh lawati laman web kami disini.

Amaran risiko:

Berniaga Produk Leveraged seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda.

Hubungan Media:

HF Markets Ltd
marketing@hotforex.com
+44-2033185978

 

 

Source: HotForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology