omniture

VeChain Umum Penyelesaian Keselamatan Makanan Rantaian Blok Sedia Pasaran Dikuasakan Oleh VeChain ToolChain™

VeChain
2020-08-14 10:00 795

SHANGHAI, 14 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- COVID-19 telah mempercepatkan keperluan untuk syarikat-syarikat makanan membina rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan dan telus untuk mengatasi cabaran-cabaran dari pasaran yang sentiasa berkembang. Ia kini lebih mendesak berbanding sebelumnya untuk memiliki rangka kerja yang sesuai yang akan membolehkan kerjasama yang berkesan di kalangan semua pihak berkepentingan dalam rantaian bekalan makanan. Teknologi rantaian blok, dikenali sebagai "Trust Machine", adalah pilihan terbaik yang ada.


Sebagai platform dan syarikat rantaian blok awam mesra perusahaan yang terkemuka di dunia, VeChain secara rasmi melancarkan penyelesaian keselamatan makanan yang didayakan oleh rantaian blok sedia pasarannya yang berdasarkan platform Rantaian Blok-sebagai-satu-Perkhidmatan (Baas) data sehentinya, VeChain ToolChain™.

Penyelesaian ini membolehkan teknologi rantaian blok diterapkan dalam sektor makanan dengan tempoh masa terpantas berbanding dengan mana-mana platform lain dalam industri ini. Penyelesaian Keselamatan Makanan yang dikuasakan oleh VeChain ToolChain™ menggabungkan teknologi terkemuka industri VeChain dan pengalaman dengan ciri-ciri teknikal sedia untuk perniagaan, menyelesaikan keperluan yang paling mendesak untuk industri makanan dalam era baharu ini.

Merantaiblokkan Sektor Makanan dalam "Normal Baharu"

Kebimbangan tentang keselamatan makanan telah menjadi tumpuan utama berikutan wabak coronavirus. Perubahan tingkah laku pengguna yang disebabkan oleh COVID-19 telah menyebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk produk makanan yang selamat dan boleh dijejaki. Menurut satu kajian IBM, 71% daripada pengguna sanggup membayar tambahan premium purata sebanyak 37% untuk syarikat-syarikat yang menawarkan ketelusan dan kebolehjejakan sepenuhnya.

Teknologi rantaian blok berada di kedudukan yang baik untuk mengatasi masalah semasa kerana ia menyediakan Data Boleh Dipercayai Tidak Berubah. Data boleh dipercayai tidak berubah ini ialah komponen penting untuk membolehkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan yang paling penting kepercayaan antara semua peserta dalam rantaian bekalan dari pembekalan bahan mentah hingga pengguna akhir.

Beberapa contoh di mana ia boleh digunakan adalah sewaktu berlakunya penarikan semula makanan yang memerlukan titik data yang ketat untuk pematuhan atau keperluan untuk syarikat mengurus berbilang pembekal dengan mudah melalui pengumpulan data tahan gangguan.

Sebagai tambahan, satu laporan terbaharu oleh Cointelegraph Consulting melihat dengan lebih dekat transformasi yang berlaku dalam industri makanan oleh kerajaan dan pihak berkepentingan dan bagaimana penyelesaian "Rantaian Blok + IoT" dapat mengurangkan kos dengan ketara untuk industri makanan global:

  • Platform IoT & rantaian blok boleh meningkatkan kepercayaan, ketelusan dan koordinasi di seluruh rantaian bekalan makanan, berpotensi menghasilkan $155 bilion setahun dalam penjimatan.
  • Penjejakan yang lebih baik akan meransang perdagangan makanan antarabangsa melebihi $100 juta setiap tahun
  • Penyelesaian IoT & rantaian blok boleh menghasilkan sehingga $47 bilion setiap tahun dalam peningkatan pendapatan.

Ringkasnya, bersama dengan penerapan peranti IoT untuk mengumpul data, teknologi rantaian blok dapat menyelaras proses perniagaan dan membolehkan syarikat-syarikat untuk menonjol dalam pasaran yang sesak sambil menetapkan piawaian biasa yang akan membentuk rantaian bekalan masa hadapan.

VeChain ToolChain™ Membolehkan Penerapan Pesat Teknologi Rantaian Blok Untuk Perusahaan  

Walaupun banyak perniagaan yang telah berusaha untuk melaksanakan teknologi rantaian blok dalam perniagaan semasa mereka, banyak halangan masuk yang menghalang pelaksanaan. Sebagai contoh, perniagaan sering terpaksa membina aplikasi rantaian blok mereka sendiri dari mula dan bergelut dengan kerumitan yang dikaitkan dengan teknologi.

Sebilangan besar platform BaaS dan syarikat-syarikat dalam pasaran hanya memberikan bantuan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan rangka kerja berperingkat tinggi (seperti pelaksanaan nod). Halangan masuk yang besar ini menghalang penggunaan rantaian blok dalam sektor makanan. Dengan VeChain ToolChain™, aplikasi rantaian blok sedia digunakan ini boleh diterapkan dan dilaksanakan dengan cepat untuk menyelesaikan keperluan perniagaan sebenar.

VeChain meletakkan dirinya sebagai pendaya untuk memacu pelaksanaan teknologi yang akan membawakan nilai perniagaan ketara untuk perusahaan. Dengan menggunakan templat terbina dalam dan sedia digunakan yang dimodelkan mengikut banyak penyelesaian yang telah diterapkan oleh pelanggan perusahaan, setiap perusahaan makanan dapat mencapai penjejakan kitar hayat penuh untuk rantaian bekalan mereka, meliputi dari ladang ke runcit dan ke tangan pelanggan. Penjejakan boleh bermula dari penanaman, pemprosesan, pembungkusan, logistik, hingga ke runcit dan banyak lagi.

Saranan Nilai VeChain ToolChain™ untuk Perniagaan

Penyelesaian keselamatan makanan yang dikuasakan VeChain ToolChain™ dicirikan oleh pemiawaian yang tinggi, jimat kos dan pembayaran fleksibel dalam pasaran. Paling penting, VeChain ToolChain™ juga menawarkan alatan yang boleh disesuaikan dan perkhidmatan label putih, di mana syarikat-syarikat perunding boleh mendapatkan dan melaksanakan Perkhidmatan Pengurusan Keselamatan Makanan untuk pelanggan mereka sendiri.

Saranan nilai utama VeChain ToolChain™ termasuk:

Nilai 1: Membolehkan Perusahaan Untuk Memperkenalkan Dan Melengkapkan Bukti-Konsep Rantaian Blok dengan Cekap.

Penyelesaian keselamatan makanan yang didayakan rantaian blok yang dikuasakan oleh VeChain ToolChain™ boleh menyediakan perusahaan industri makanan dengan pelbagai templat penjejakan yang telah disahkan dengan cekap, termasuk penjejakan asal, penjejakan merentas sempadan, penjejakan proses penuh, dan banyak lagi.

Penyelesaian meliputi kes penggunaan dan sub-sektor yang luas dalam industri F&B, termasuk makanan segar, produk tenusu, alkohol dan wain, makanan yang diimport, FMCG untuk pasaraya dan runcit, dan banyak lagi. Syarikat-syarikat boleh melakukan pengesahan dengan cepat pada tempoh masa yang pendek atau tiada tempoh masa dan menikmati potensi penuh teknologi rantaian blok untuk sub-sektor masing-masing mereka.

Nilai 2: Memudahkan Perantaian Blok Berskala Besar Dalam Cara yang Cepat Dan Menjimatkan Kos.

VeChain ToolChain™ menyediakan alatan boleh disesuaikan yang mudah digunakan. Syarikat-syarikat makanan boleh membina proses perniagaan eksklusif mereka semudah "geser dan letak", yang sangat menjimatkan pelaburan pembangunan, memendekkan tempoh masa projek dan mencapai skala.

Nilai 3: Meningkatkan Imej Jenama Dan Keyakinan Pengguna Terhadap Produk Makanan.

Penyelesaian keselamatan makanan yang didayakan rantaian blok yang dikuasakan oleh VeChain ToolChain™ boleh meningkatkan komunikasi dan merangsang kepuasan pelanggan. Para peruncit boleh memilih untuk melibatkan pelanggan dengan menyediakan akses kepada produk dan maklumat pemasaran yang berkaitan yang disimpan dalam rantaian blok. Ini memberikan keterlihatan yang dipertingkatkan kepada asal produk, pengeluar, kualiti, dan seumpamanya, yang seterusnya boleh membina kesetiaan pelanggan dan menyumbang kepada hubungan perniagaan-pelanggan yang lebih kuat.

Nilai 4: Mengeluarkan Nilai Perniagaan Baharu Oleh Data Di Platform Rantaian Blok

Penyelesaian keselamatan makanan yang didayakan rantaian blok yang dikuasakan oleh VeChain ToolChain™ boleh membantu syarikat makanan memanfaatkan nilai melalui data yang dijana oleh perniagaan mereka sendiri. Data yang tidak berubah di rantaian blok ini membolehkan syarikat-syarikat meningkatkan kecekapan semakan pematuhan, pemantauan kerajaan, logistik dan penilaian pembekal dan banyak lagi. Syarikat-syarikat juga akan mendapat akses kepada perkhidmatan pihak ketiga terkemuka di dunia melalui rangkaian rakan kongsi global VeChain, yang termasuk DNV GL, PwC dan Deloitte, dan ramai lagi, lantas sangat mengurangkan kos perkhidmatan pensijilan, audit, insurans atau kewangan rantaian bekalan.

Sebagai syarikat dan platform rantaian blok awam mesra perusahaan yang terkemuka di dunia, VeChain kini memiliki pengkhususan dalam penjejakan F&B berdasarkan kepada teknologi pengetahuan yang terkumpul dan lebih baik. Bekerjasama dengan rakan kongsi strategiknya, PwC dan DNV GL, VeChain berhasrat untuk memperluaskan perniagaan secara global untuk menangani keperluan perniagaan untuk lebih banyak perusahaan dalam industri makanan.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan perniagaan, sila hubungi: bd@vechain.com

Latar Belakang VeChain

Sebagai platform rantaian blok awam yang mesra perusahaan terkemuka, VeChain bermula dalam tahun 2015 dan bertujuan untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia sebenar dengan menyediakan kepada perusahaan penyelesaian-penyelesaian rantaian blok yang sesuai untuk keperluan perniagaan mereka dan membina platform ekosistem perniagaan bebas kepercayaan dan teredar untuk nilai perniagaan. Dengan VeChain ToolChain™, platform BaaS data sehenti, VeChain akan terus mempromosi aplikasi teknologi rantaian blok berskala besar, membantu pelanggan perusahaan dalam transformasi pendigitalan, dan akhirnya merealisasikan visi jangka panjang untuk medayakan ekonomi sebenar.

VeChain ialah perintis aplikasi perniagaan dunia sebenar, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Beijing, Paris, Amerika, Itali dan San Francisco. Dengan kemampuan pembangunan bebas yang mantap, dan bimbingan pematuhan profesional rakan kongsi strategik kami, PwC (satu daripada empat firma perakaunan teratas di dunia) dan DNV GL (persatuan penilaian dan pensijilan global yang terkemuka), VeChain telah menjalin kerjasama kukuh dengan banyak perusahaan terkemuka dalam pelbagai industri, termasuk Walmart China, Bayer China, BMW, BYD Auto, PICC, H&M, ENN, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi www.vechain.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1227856/vechain_toolchain.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738233/Vechain_Logo.jpg?p=medium600

Source: VeChain
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services Blockchain