omniture

Tanla umum keputusan kewangan tidak diaudit untuk Suku Pertama FY2021

Tanla Solutions Ltd
2020-08-14 11:35 788

HYDERABAD, India, 14 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Lembaga Tanla Solutions Limited (NSE: TANLA) (BSE: 532790) pada Mesyuarat Lembaganya yang diadakan pada 12 Ogos 2020 mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit untuk suku berakhir pada 30 Jun 2020 bagi FY21.

  • Pendapatan pada ₹455.5 kror meningkat sebanyak 15% secara berturutan dari suku pertama FY20.
  • Margin kasar pada ₹105.3 kror meningkat sebanyak 37% secara berturutan dari suku pertama FY20.
  • Keuntungan bersih pada ₹78.6 kror meningkat sebanyak 204% secara berturutan dari suku pertama FY20.
  • EPS pada ₹5.17, meningkat sebanyak 196% secara berturutan dari suku pertama FY20.
  • Tanla dan semua anak syarikatnya kekal bebas hutang.
  • Peruntukan sebanyak ₹3.7 kror untuk kerugian pelaburan dalam dana cari dan peruntukan sebanyak ₹2.92 kror dibuat untuk hutang ragu dalam FY20, telah diterbalikkan pada suku semasa, kerana ia telah direalisasikan
  • Bayaran balik cukai sebanyak ₹1.44 kror telah diterima dalam Suku Pertama FY2021.
  • Pendapatan faedah sebanyak ₹3.42 kror terdiri daripada ₹1.4 kror sebagai faedah ke atas TDS dan ₹2.02 kror direalisasikan sebagai faedah daripada simpanan tetap yang dibuat di HDFC Bank.

"Prestasi suku tahunan Tanla meningkatkan trend di tengah-tengah pandemik yang tersebar yang mengganggu ekonomi dunia," kata Uday Reddy, Pengerusi & Pengarah Urusan Tanla. "Pasaran unik kami berdiri sebagai pemain Komunikasi Digital dan Awan terkemuka telah menyebabkan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang kukuh tahun ke tahun dan suku ke suku."

Mengulas arahan TRAI untuk pelancaran komersial perkhidmatan DLT dari 1 September 2020, Uday Reddy berkata, "Dengan pelancaran komersial Trubloq yang dijadualkan untuk 1 September, platform yang didayakan rantaian blok ini mempunyai kemampuan untuk menjadi piawaian terbaik dalam ruangnya. Untuk Pengawalselia, Telko dan Perusahaan mengumpamakan spam dan risiko penipuan mudah alih boleh dikurangkan dan seterusnya memberikan pengguna akhir dengan kuasa untuk memilih." 

Sorotan Perniagaan

  • Dalam Suku Pertama FY21, 80 pelanggan baharu didaftarkan dengan potensi pendapatan tahunan sebanyak ₹80 kror, yang terdiri daripada campuran pelanggan yang sihat dari vertikal terkemuka (e-dagang, BFSI, EdTech, Telecom dan lain-lain) termasuk jenama terkemuka hingga ke syarikat baru yang berpotensi tinggi.
  • Tanla telah dianugerahkan satu kontrak oleh penyedia perkhidmatan telekom terkemuka di Dubai kerana melaksanakan sistem pengurusan kebenaran pelanggan untuk SMS promosi/pukal yang berasaskan teknologi rantaian blok.

Korporat dan Sorotan lain

Kemaskini mengenai Pembelian-balik 

  • Dalam tawaran pembelian balik, 1.67 Cr jumlah saham ditawarkan, mewakili 87.80% daripada saiz pembelian balik, yang menyebabkan pengurangan dalam modal saham berbayar kepada 13.55 Cr saham ekuiti bernilai ₹1/ setiap satu daripada *15.22 Cr saham ekuiti ₹1/setiap satu.
  • Pasca pembelian balik, jumlah pemegang saham berkurang seramai 3614 pemegang saham dari 50,711 pada 12 Jun 2020 kepada 47,097 pada 31 Julai 2020.
  • Jumlah hasil pembelian balik sebanyak ₹135.2 kror dikeluarkan kepada pemegang saham pada 22 Julai 2020 dan cukai pembelian balik ₹29.5 kror dibayar pada 5 Ogos 2020.
  • Corak pemegang saham sebelum dan pasca pembelian balik diberikan seperti di bawah:

 


Sebelum Pembelian Balik (pada 12 Jun 2020) 

Pasca Pembelian Balik (pada 31 Julai 2020) 

Butiran

Jumlah Pemegang Saham 

Jumlah Saham

% Pemegangan Saham 

Jumlah Pemegang Saham

Jumlah Saham

% Pemegangan Saham 

Promoter

6

5,36,10,558

35.21

6

5,36,10,558

39.55

Banyan Investments Limited

1

2,19,99,824

14.45

1

2,19,99,824

16.23

Kakitangan

45

85,32,785

5.6

42

80,47,835

5.94

Awam

50,659

6,81,14,390

44.74

47,048

5,19,06,588

38.27

Jumlah

50,711

*15,22,57,557

100.0

47,097

13,55,64,805

100.0

*Nota: Kelulusan penyenaraian daripada BSE Limited belum selesai untuk penyenaraian 62,85,858 Saham Ekuiti diperuntukan pada 3 April 2020 berikutan penukaran waran

Kemaskini mengenai Penggabungan 

  • Anggota Yang Berhormat NCLT Hyderabad, meluluskan penggabungan Karix Mobile Private Limited ("Karix") dan Unicel Technologies Private Limited ("Unicel") dengan Tanla Corporation Private Limited ("Tanla") pada 30 Jun 2020.
  • Menurut Perintah NCLT, tarikh yang ditetapkan untuk penggabungan ialah 9 April 2019.
  • Seperti yang diluluskan dalam Perintah NCLT, Tanla akan dinamakan sebagai Karix tertakluk kepada kelulusan kawalselia.
  • Sebagai kesan dari Penggabungan, Goodwill berjumlah sehingga ₹158.4 kror kini tersedia sebagai perbelanjaan yang dibenarkan cukai untuk Tanla

Kemaskini HR

Penilaian tahunan kakitangan telah dilakukan dan kakitangan telah menerima kenaikan gaji dan pangkat seperti Dasar Syarikat, untuk FY2021, yang menyebabkan jumlah kos sumber meningkat sebanyak ~ 10%.

Untuk kemaskini Kewangan Lanjut, layari https://tanla.com/investors.html

Juru Audit

Juru Audit Dalam: Deloitte Touche Tohmastu India LLP
Juru Audit Berkanun: MSKA & Associates

Latar Belakang Tanla

Tanla ialah syarikat yang beribu pejabat di Hyderabad, India, ditubuhkan dalam tahun 1999. Ia merupakan peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu daripada penyedia Komunikasi Awan terbesar, mengendalikan lebih 200 bilion komunikasi perniagaan setahun. Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, meningkatkan bar secara berterusan melalui peningkatan kelajuan, kemudahan, dan kesederhanaan penyelesaian Komunikasi Awan, menggunakan teknologi canggih seperti rantaian blok, Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin untuk memenuhi keperluan bijak pelbagai pelanggan, dari perusahaan ke syarikat penerbangan merentas geografi. Tanla sentiasa menggunakan teknologi baharu dan memiliki banyak paten untuk namanya termasuk "Trubloq", rantaian blok pertama di dunia yang berdasarkan timbunan komunikasi komersial untuk menangani kebimbangan yang semakin meningkat terhadap spam dan penipuan. Tanla bekerjasama dengan semua Telko terkemuka di India untuk mewujudkan Rangkaian Rantaian Blok Telekom pertama di India. Tanla ialah syarikat berhad awam yang tersenarai di bursa saham terkemuka India (NSE: TANLA & BSE: 532790).

Kenyataan 'Safe Harbor': 

Pembentangan ini mungkin mengandungi 'kenyataan pandang ke hadapan' yang berdasarkan kepada jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran semasa kami tentang Tanla Solutions Limited ("Syarikat"), industri kami, keadaan ekonomi dalam pasaran di mana kami beroperasi, dan perkara-perkara tertentu yang lain. Kenyataan ini termasuk, antara lain, perbincangan tentang strategi perniagaan kami dan jangkaan berhubungan kedudukan pasaran kami, operasi masa hadapan, margin, keuntungan, kecairan dan sumber modal. Kenyataan ini tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain dan mereka bergantung kepada peristiwa dan keadaan akan datang. Kenyataan sepertinya tidak menjamin keputusan atau pembangunan masa hadapan dan keputusan atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material dari apa yang disampaikan oleh kenyataan pandang ke hadapan ini. Risiko dan ketidaktentuan berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidaktentuan berhubung turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar pertukaran asing, keupayaan kami untuk menguruskan pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat, termasuk faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kelebihan kos kami, peningkatan gaji, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan profesional berkemahiran tinggi, masa dan kelebihan kos pada harga yang ditetapkan, tempoh kontrak yang ditetapkan, konsentrasi pelanggan, sekatan ke atas imegresen, konsentrasi segmen industri, keupayaan kami unutk menguruskan operasi antarabangsa kami, penurunan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, keupayaan kami untuk berjaya menyelesaikan dan mengintegrasi pemerolehan berpotensi, tanggungjawab untuk kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat di mana Syarikat telah membuat pelaburan strategik, penarikan atau tamat tempoh insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, perubahan peraturan, sekatan undang-undang untuk meningkatkan modal atau pemerolehan syarikat di luar India, dan penggunaan hak milik intelek kami yang tidak dibenarkan dan keadaan ekonomi umum yang mempengaruhi industri kami. Berikutan dengan ini dan ketidaktentuan lain, anda tidak patut menyimpulkan bahawa keputusan atau hasil yang dirujuk dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini akan tercapai. Semua kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang tersedia untuk kami pada tarikh ini, dan kami tidak menjamin untuk mengemaskini kenyataan pandang ke hadapan ini untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan masa hadapan melainkan diminta oleh undang-undang.

Hubungi: marketing@tanla.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/627459/Tanla_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Tanla Solutions Ltd
Related Stocks:
Bombay:532790 Bombay:TANLA.BO India:EQTANLA India:TANLA India:TANLA.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Earnings Data Analytics