omniture

Berkuasa dan Terbukti: Pekerja Kesihatan Komuniti Dapat Membangunkan Kesihatan dan Kesaksamaan Semasa Pandemik & Lebih Dari Itu

Orb Media
2020-08-14 21:54 776

WASHINGTON, 14 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Laporan Orb Media baharu dan analisis data mengenai kadar kematian kanak-kanak di 160 buah negara memperlihatkan peranan pekerja kesihatan komuniti (CHW) yang serba boleh dan berpatutan dalam meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

Model global baharu menonjolkan alternatif yang mengejutkan
Model statistik baharu Orb Media membandingkan kadar kematian kanak-kanak dalam negara yang sebenar berbanding kadar "jangkaan", berdasarkan faktor infrastruktur kewangan dan kesihatan.

Dengan meneliti amalan negara luar, Orb mengenal pasti peranan global yang dapat dimainkan oleh CHW dalam membina masyarakat yang lebih saksama dan sihat.

Sokongan kesihatan CHW yang kurang dihargai
CHW adalah golongan masyarakat setempat yang disertai oleh rakan sebaya, pihak kerajaan, organisasi bukan untung, dan/atau NGO bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang penting kepada mereka yang mungkin tidak memerlukan. Dalam masa yang singkat, mereka dapat diarahkan untuk memenuhi keperluan masyarakat yang amat memerlukan dan sangat berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk yang kekurangan layanan.

  • Aturan kedudukan secara fleksibel dalam menghadapi COVID-19
    Penyelidikan Orb Media menunjukkan bahawa CHW dapat menyesuaikan diri dan mahir dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan tingkah laku, menyeru perbincangan global tentang bagaimana CHW dapat diatur kedudukan mereka dengan baik hari ini untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan berkesan.
  • Perkhidmatan kesihatan yang penting untuk penduduk yang kurang mendapat layanan  Kelebihan utama CHW ialah mereka berasal dari komuniti di mana mereka berkhidmat, dengan kelebihan yang tiada tandingannya kerana memahami cabaran yang dihadapi oleh pesakit mereka. Mereka sangat arif dalam mendengar secara kontekstual serta memberi didikan kepada mereka dengan cara yang di luar jangkauan mereka yang lebih arif dalam hal ini.

Program-program ini memberikan peluang untuk menyebarkan dan terus meningkatkan perkhidmatan kepada penduduk yang kurang mendapat layanan, seperti masyarakat pendatang dan pemastautin, di negara-negara yang mana sistem penjagaan kesihatan secara formal masih memiliki jurang dalam memberi rawatan.

Lihat laporan lengkap di Orbmedia.org.

Orb Media dengan sukacita menerbitkan kisah ini bersama-sama ahli Orb Media Network, sekumpulan media penyusun agenda global yang bersama-sama memberi maklumat kepada ratusan juta manusia di seluruh dunia dan merangkumi BBC, CBC, Die Zeit, SVT, Tempo.co, YLE, Dhaka Tribune, Folha de S.Paulo, The Hindu, Jagran New Media, The Express Tribune dan lain-lain.

Latar belakang Orb Media
Orb Media  membongkar pandangan global tentang bagaimana dunia kita hari ini dapat membentuk masa depan yang lebih mampan. Syarikat ini menggunakan kegigihan kewartawanan, analisis data dan rangkaian untuk mengubah isu-isu gobal dan jangka panjang persekitaran dan sosial yang mampan, kepada maklumat yang boleh diguna pakai di peringkat tempatan.

 

Source: Orb Media
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Children-related news Public Safety Survey, Polls & Research