omniture

Langganan Auto-Tune® Baharu Bawa Alat Produksi Vokal Kualiti Profesional kepada Orang Ramai

Antares Audio Technology (Auto-Tune)
2020-08-19 09:44 530

Auto-Tune Unlimited kini tersedia pada harga $24.99 sebulan untuk peningkatan tanpa had. 

SANTA CRUZ, California, 18 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Antares Audio Technologies, pencipta Auto-Tune® dan peneraju global dalam pembetulan nada dan kesan vokal, memperkenalkan Auto-Tune Unlimited, suit produksi vokal yang pertama seumpamanya, yang tersedia secara ekslusif melalui langganan.

 

Penawaran langganan istimewa menjadikan keseluruhan suit alat produksi vokal profesional Antares lebih mudah diakses bagi pencipta kandungan di setiap peringkat kemahiran. Diiktiraf dengan meluas sebagai alatan paling penting bagi menghasilkan vokal yang tiada cela, Auto-Tune telah membantu pemuzik, penerbit, dan pereka suara mengekspresikan suara terbaik mereka selama lebih 20 tahun.

Selain Auto-Tune, suit ini turut merangkumkan penjana harmoni automatik, pemodelan mikrofon, kesan gred profesional yang lain, serta peningkatan percuma tanpa had dan akses pilihan pemalam baharu daripada Antares.

"Dengan pelancaran Auto-Tune Unlimited, kami telah menyediakan set lengkap alatan produksi vokal terbaik kami menerusi langganan bulanan yang mampu dimiliki. Jika anda bekerja dengan audia untuk muzik, permainan, audio siar, atau pasca-produksi, Auto-Tune Unlimited memberikan anda alat profesional yang diperlukan." ~ Steve Berkley, Ketua Pegawai Eksekutif, Antares Audio Technologies

Auto-Tune Unlimited  boleh dilanggani dengan harga USD$24.99/sebulan dengan komitmen minimum 2 bulan atau langganan prabayar tahunan dengan harga USD$249.90/setahun.

Langganan Auto-Tune Unlimited termasuk pemalam berikut: 

  • Auto-Tune Pro – Edisi Auto-Tune paling canggih dan berciri penuh
  • Auto-Tune Artist – Kuasa Auto-Tune dioptimumkan untuk kegunaan persembahan langsung, di atas pentas dan di dalam studio
  • Auto-Tune EFX+ – Satukan ciri penting Auto-Tune dengan rak berbilang kesan Auto-EFX dan penjana corak melodi
  • Auto-Tune Access – Ciri Auto-Tune penting dalam jejak CPU ultra-ringan
  • Auto-Key  – Percepat aliran kerja Auto-Tune anda dengan pengesanan nada dan skala automatik
  • Aspire  – Pemproses Hingar Aspirasi
  • Articulator  – Kotak Bicara Digital
  • Choir  – Penambahan Berganda Vokal
  • Duo  – Pendua Vokal
  • Harmony Engine  – Penjana Harmoni Automatik
  • Mic Mod  – Pemodel Mikrofon
  • Mutator  – Pereka Suara Ekstrem
  • Punch  – Peningkat Impak Vokal
  • Sybil  – Frekuensi Boleh Ubah De-Esser
  • Throat  – Pereka Suara Pemodelan Fizikal
  • Warm  – Penepu Tiub Vintaj

Auto-Tune Unlimited juga termasuk kelebihan berikut: 

  • Penaiktarafan tanpa had bagi pemmalam yang disediakan
  • Akses percuma untuk memilih pemalam masa depan daripada Antares
  • Sokongan pelanggan VIP
  • Sumber pendidikan dan latihan

Untuk mereka yang mahukan sampel tawaran Auto-Tune Unlimited, percubaan percuma 14-hari disediakan. Ketahui lebih lanjut di sini.

Latar Belakang Antares Audio Technologies
Antares Audio Technologies (Auto-Tune) ialah pembangun dan standard industri muzik terkemuka untuk pembetulan nada dan pemprosesan vokal. Selama lebih 20 tahun, Auto-Tune® telah mengubah studio, pentas, dan peranti untuk artis, jurutera, dan penerbit merentas semua genre. Selain Auto-Tune, Antares menawarkan rangkaian produksi vokal yang mantap yang merangkumi pengesanan nada dan skala, pemodelan mikrofon/vokal, pengharmonian, dan kesan vokal lain yang tersedia melalui lesen atau langganan yang berterusan. Pemalam Auto-Tune serasi dengan semua DAW terkemuka dan antara muka audio. Ketahui lebih lanjut di www.autotune.com.

Hubungan: Zeynep Yasar
Pegawai Seranta Kanan: rock paper scissors, inc.
marketing@antarestech.com 
Tarikh Siaran: 8/17/20 

Express your voice with the ultimate collection of professional vocal effects.
Express your voice with the ultimate collection of professional vocal effects.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=KK5qPxqGYu8
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1228701/auto_tune_unlimited.jpg?p=medium600

 

Source: Antares Audio Technology (Auto-Tune)
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Music New products/services