omniture

'Thru' bolehkan para tetamu daftar masuk ke hotel guna telefon bimbit sendiri

DigiValet Inc.
2020-08-19 14:15 820

- Penyelesaian daftar masuk berasaskan awan tanpa sentuh hujung ke hujung pertama di dunia daripada DigiValet

NEW DELHI, 19 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- DigiValet - arkitek teknologi inovatif mendepani tetamu di hotel-hotel mewah, melancarkan Thru, penyelesaian berasaskan awan menyeluruh untuk para tetamu hotel menyelesaikan keseluruhan proses daftar masuk dengan mudah menggunakan peranti peribadi mereka sendiri, tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi atau perisian. Dengan memudahkan daftar masuk jarak jauh, dari mana saja di dunia, Thru menghilangkan semua titik sentuh konvensional yang digunakan oleh para tetamu dan kakitangan hotel. Thru amat mudah untuk digunakan.

Thru memastikan tiada lagi barisan yang panjang di kaunter penerimaan tetamu hotel dan pertukaran kad pengenalan, borang dan kad kredit fizikal, membolehkan pengalaman yang lancar dan selamat hanya dalam empat langkah.

  1. 48 jam sebelum waktu daftar masuk yang dijadualkan oleh tetamu, Thru menghantar SMS yang mengundang para tetamu untuk menggunakan perkhidmatan ini.
  2. Setelah mengklik pautan, para tetamu diminta untuk mengimbas kad pengenalan mereka yang digunakan oleh Thru untuk mengisi ruangan kad pendaftaran secara automatik.
  3. Tetamu kemudian boleh menyemak semua butiran, menandatangani secara digital dan bahkan membayar jumlah pra-kebenaran dengan selamat menggunakan kaedah pembayaran pilihan mereka.
  4. Kod pengesahan mengesahkan selesainya proses. Semasa ketibaan, para tetamu hanya perlu menunjukkan kod ini dan mengambil kunci yang telah disanitasi dan menuju ke bilik mereka.

Bukan hanya tetamu, Thru membantu hotel dengan meningkatkan kecekapan operasi mereka, mengurangkan kos tenaga kerja dan mencegah lobi dan meja sambutan tetamu daripada sesak semasa waktu puncak daftar masuk dan daftar keluar. Sokongan berbilang bahasa Thru memastikan bahawa bahasa tidak lagi menjadi penghalang bagi pelancong moden.

Mengumumkan pelancaran, Rahul Salgia, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, DigiValet berkata, "Thru dirancang untuk membolehkan penggunaan cepat dan pelaksanaan yang lancar. Ia dapat dilaksanakan di mana-mana hotel hanya dalam satu hari menggunakan proses pendaftaran sepenuhnya dalam talian. Hotel tidak perlu beli apa-apa perkakasan atau perisian tambahan. Lebih jauh lagi, Thru tidak mempunyai sebarang yuran penggunaan atau susun atur modal yang terlalu tinggi. Malah, model per daftar masuk Thru bermaksud bahawa perkhidmatan itu membayar untuk kegunaannya sendiri."

Thru memanfaatkan kepakaran DigiValet dalam menyediakan penyelesaian perhotelan terkemuka untuk memperkasakan pasaran perhotelan yang lebih besar dengan teknologi berharga yang secara sejarahnya melayan beberapa nama paling berprestij di seluruh dunia.

Latar Belakang Syarikat: 

Ditubuhkan pada tahun 2009, DigiValet telah merevolusikan pengalaman di dalam bilik untuk tetamu hotel selama-lamanya. Hari ini, DigiValet ialah syarikat reka bentuk pengalaman tetamu nombor satu di dunia yang terkenal dengan kebijaksanaan interaksi tetamu yang intuitif. Hotel global yang ikonik seperti Armani di Dubai dan Milan, Raffles di Singapura, Bvlgari Paris, Amanpuri Phuket, Aventura, Orlando - USA dan W Hotel, London telah sebulat suara mengiktiraf Digivalet kerana menetapkan penanda aras pengalaman; menjadi penginovasi yang boleh dipercayai dan penggerak pertama dalam ruang teknologi hospitaliti. DigiValet mempunyai portfolio yang pelbagai dan menawarkan penyelesaian untuk industri Hospitaliti, Hospital, Kediaman Senior & Kediaman Berservis. Dengan pejabat utamanya di India, DigiValet mempunyai kehadiran di seluruh Amerika Syarikat, UK, Singapura, UAE, & Australia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1229274/DigiValet_THRU_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: DigiValet Inc.
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel New products/services