![]() |
SHANGHAI, 22 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tatkala tingkah laku pengguna beralih ke produk yang lebih hijau dan lebih lestari atas kesedaran mengenai perubahan iklim, syarikat semakin berusaha untuk mengintegrasikan pendekatan yang lebih lestari terhadap perniagaan mereka. Pemimpin pasaran seperti Nike, Adidas, H&M & Amazon sudah meletakkan kelestarian di barisan hadapan strategi produk dan pemasaran global mereka.
Untuk membantu syarikat mendigitalkan dan meningkatkan kecekapan untuk amalan perniagaan lestari, VeChain, platform rantaian blok mesra perusahaan terkemuka, secara rasmi melancarkan Penyelesaian Lestari Didayakan Rantaian Blok. Penyelesaiannya dibina berdasarkan platform Rantaian Blok sebagai Perkhidmatan (BaaS) data sehenti VeChain ToolChain™.
Rantaian Blok + Kelestarian: Memastikan Kecekapan & Keuntungan Jangka Panjang yang Boleh Dipercayai Untuk Jenama
Penyelidikan oleh World Economic Forum telah menunjukkan bahawa risiko bagi syarikat akan meningkat disebabkan oleh kesan langsung perubahan iklim terhadap operasi perniagaan dan rantaian bekalan. Telah ada tuntutan berkaitan untuk ketelusan terhadap kegiatan mampan, dengan pengawal selia kewangan, pembuat polisi mengusulkan undang-undang pendedahan risiko iklim wajib, dan litigasi terhadap perusahaan yang gagal untuk mendedahkan risiko iklim.
Sementara itu, majoriti pelanggan menuntut produk yang lebih lestari daripada jenama, menunjukkan kesediaan kuat untuk mengubah tabiat membeli mereka untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, terutama di kalangan Generasi Z. Pelanggan ini juga cenderung membeli produk yang mempunyai ketetapan dasar kelestarian yang jelas.
Penyelesaian Kelestarian didayakan Rantaian Blok VeChain berpusat pada usaha membangunkan pendekatan dipacu nilai untuk perniagaan menyelaraskan amalan lestari semasa proses rantaian bekalan dan pembuatan. Teknologi rantaian blok membolehkan perniagaan menunjukkan amalan lestari dengan andal dan tepat bukan hanya kepada pengguna, tetapi juga pengawal selia kewangan dan pembuat dasar.
Cadangan Nilai VeChain ToolChain™ Tentang Kelestarian
Penyelesaian Kelestarian didayakan Rantaian Blok VeChain dibina di atas platform Rantaian Blok sebagai Perkhidmatan (BaaS) VeChain, iaitu VeChain ToolChain™. VeChain ToolChain™ dicirikan oleh pemiawaian yang tinggi, biaya ringan dan pembayaran yang fleksibel dalam pasaran, dan mudah dilaksanakan oleh perniagaan di setiap sektor.
Yang paling penting, VeChain ToolChain™ juga menawarkan alat yang disesuaikan dan perkhidmatan label putih, di mana syarikat dapat melaksanakan Perkhidmatan Kelestarian mereka untuk pelanggan mereka sendiri. Cadangan nilai utama VeChain ToolChain™ dalam sektor lestari merangkumi:
Sebagai platform rantaian blok mesra perusahaan yang terkemuka di dunia, VeChain berkongsi visi dengan perusahaan untuk perniagaan hijau masa depan, dan telah mengumpulkan pengetahuan dan teknologi halus dalam kes yang terbukti dalam banyak sektor perniagaan. Berganding bahu dengan rakan strategiknya seperti PwC dan DNV GL, VeChain bertujuan untuk membawa teknologi rantaian blok kepada perniagaan di setiap sektor.
Latar Belakang VeChain
Sebagai syarikat rantaian blok mesra perusahaan terkemuka, VeChain bermula pada tahun 2015 dan bertujuan untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia nyata dengan menyediakan perusahaan dengan penyelesaian rantaian blok yang sesuai untuk keperluan perniagaan mereka. Dengan VeChain ToolChain™, platform BaaS data sehenti, VeChain akan terus membantu pelanggan perusahaan dalam transformasi digitalisasi, dan akhirnya merealisasikan visi jangka panjang untuk mengaktifkan ekonomi sebenar.
VeChain ialah pelopor aplikasi perniagaan dunia nyata, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Beijing, Paris, Amerika, Itali dan San Francisco. Dengan panduan kepatuhan profesional rakan strategik kami, PwC dan DNV GL, VeChain telah menjalin kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka dalam pelbagai industri, termasuk Walmart China, Bayer China, BMW, BYD Auto, H&M, Shanghai Gas, LVMH, DIG dll. maklumat lanjut, layari: www.vechain.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1231193/vechain_toolchain.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738233/Vechain_Logo.jpg?p=medium600