omniture

MHI RJ Aviation Group Persembah Anugerah Prestasi Kebolehpercayaan Syarikat Penerbangan Siri CRJ 2019

MHI RJ Aviation Group
2020-08-22 21:25 488

MONTRÉAL, 22 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- MHI RJ Aviation Group dengan sukacitanya mengumumkan lima Syarikat Penerbangan yang telah mencapai prestasi luar biasa sebagai pemenang Anugerah Prestasi Kebolehpercayaan Syarikat Penerbangan Siri CRJ 2019. Anugerah-anugerah ini berfungsi sebagai pengiktirafan kepada pengendali jet serantau Siri CRJ seluruh dunia yang telah mencapai kadar kebolehpercayaan hantaran terkemuka di industri sebanyak 99 peratus atau lebih baik di sepanjang 2019. MHI RJ Aviation Group (MHIRJ), dengan pemerolehan Program Pesawat Siri CRJ pada bulan Jun, berbangga dapat bekerjasama dengan kumpulan syarikat penerbangan serantau yang terkenal dan meneruskan tradisi mengiktiraf prestasi yang unggul.

MHI RJ Aviation Group
MHI RJ Aviation Group

Pemenang-pemenang ialah Air Nostrum (dicalonkan dua kali), Air Wisconsin, China Express Airlines dan Jazz Aviation. Untuk butiran lebih lanjut tentang pemenang dan hadiah, sila rujuk kepada lampiran di akhir siaran akhbar ini.

Berikutan kebimbangan pandemik COVID-19 global, MHIRJ tidak akan mengadakan acara sambutan seperti yang dilaksanakannya pada masa lalu, sebaliknya memaklumkan pemenang dengan trofi mereka, secara individu.

"Anugerah-anugerah ini menunjukkan keupayaan unggul Syarikat Penerbangan Serantau, kekuatan pasukan mereka, dan menekankan kerjasama berpanjangan antara pengendali, pembekal dan pasukan MHIRJ," kata Ismail Mokabel, Naib Presiden Kanan, Ketua Selepas Pasaran untuk MHI RJ Aviation Group. "Komitmen kami untuk bekerjasama dengan pelanggan kami dan mengekalkan kejayaan keluarga pesawat Siri CRJ untuk tahun-tahun akan datang tetap menjadi keutamaan kami".

Anugerah Kebolehpercayaan Syarikat Penerbangan Siri CRJ 2019 meneruskan tradisi mengiktiraf prestasi hebat dan kekuatan perniagaan Syarikat Penerbangan Serantau," kata Hiroaki Yamamoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk MHI RJ Aviation Group. "Ini menunjukkan kekaguman kami yang berterusan terhadap pelanggan kami dan bakat kami yang komited di sini di MHIRJ yang membantu mereka mencapai sasaran prestasi mereka."

Pemenang-pemenang Anugerah Kebolehpercayaan Syarikat Penerbangan 2019 disenaraikan dalam Lampiran A.

Latar Belakang MHI RJ Aviation Group
MHI RJ Aviation Group (MHIRJ) membekalkan penyelesaian operasi, kejuruteraan dan sokongan pelanggan kritikal yang komprehensif yang termasuk penyelenggaraan, pembaikan, penerbitan teknikal, pemasaran dan aktiviti-aktiviti jualan bagi industri pesawat serantau global. Beribu pejabat di Montreal, Kanada, dan didukung oleh Pusat Kejuruteraan Aeroangkasa, rangkaian pusat perkhidmatan MHIRJ, pejabat sokongan dan depot alat gantian ditempatkan di hab penerbangan penting di A.S., Kanada dan Jerman. MHI RJ Aviation Group ialah anak syarikat milik penuh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.

Untuk maklumat lanjut tentang MHI RJ Aviation Group, sila lawati: www.mhirj.com

Latar Belakang MHI
Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), beribu pejabat di Tokyo, ialah salah sebuah daripada firma perindustrian terkemuka di dunia dengan 80,000 pekerja kumpulan dan pendapatan gabungan tahunan sekitar US$38 bilion. Untuk lebih daripada 30 tahun, syarikat ini telah menyalurkan pemikiran yang besar ke dalam penyelesaian yang inovatif dan bersepadu yang membawa dunia ke hadapan. MHI memiliki portfolio perniagaan yang unik meliputi darat, laut, udara dan malah angkasa. MHI membawakan penyelesaian inovatif dan bersepadu merentas pelbagai industri dari penerbangan komersial dan pengangkutan ke loji kuasa dan turbin gas, dan dari mesin dan infrastruktur ke sistem pertahanan dan angkasa bersepadu. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang MHI: www.mhi.com/index.html

*CRJ, Siri CRJ dan MHIRJ ialah tanda dagang MHI RJ Aviation ULC atau sekutu-sekutunya.

Lampiran A

Pemenang-pemenang Kebolehpercayaan Syarikat Penerbangan 2019



Program Pesawat CRJ100/200

Kebolehpercayaan Hantaran %




Eropah:

Air Nostrum

99.5




Amerika Utara:

Air Wisconsin

99.2




Program Pesawat CRJ700/CRJ900/CRJ1000  

Kebolehpercayaan Hantaran %




Eropah:

Air Nostrum

99.6




Asia Pasifik:

China Express Airlines

99.8




Amerika Utara:

Jazz Aviation

99.0

HUBUNGAN AKHBAR: Nathalie Scott, MHI RJ Aviation ULC, 1. 514.518.7542, Nathalie.Scott@mhirj.com, press@mhirj.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1231436/mhi_rj_aviation_group_mhi_rj_aviation_group_presents_the_2019_cr.jpg?p=medium600

 

Source: MHI RJ Aviation Group
Keywords: Airlines/Aviation Travel Awards