omniture

Secretariat perluas Amalan Ganti rugi & Penilaian Ekonomi Terhadap Asia dengan penambahan Pengarah-pengarah Urusan Chaitanya Arora and Jonathan Ellis di Singapura

Secretariat
2020-08-23 01:18 726

SINGAPURA, 21 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Secretariat mengumumkan penubuhan amalan Ganti rugi & Penilaian Ekonomi yang baharu hari ini, yang tertumpu di Asia dengan penambahan pakar yang berpangkalan di Singapura, Chaitanya Arora dan Jonathan Ellis. Dengan kedatangan mereka, firma ini terus memperluaskan rangkaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan di seluruh wilayah.

"Bukan setiap hari anda berpeluang mendapat bakat seperti Chaitanya dan Jonathan yang berkaliber dalam pasukan anda," kata Pengarah Urusan Secretariat Don Harvey. "Dengan meningkatkan kemampuan kami untuk menangani isu ganti rugi, penilaian dan pertikaian di seluruh Asia telah menjadi objektif yang strategik bagi kami – dan kami telah mendapatkan pasukan yang sempurna untuk menjadikan perkara ini satu kenyataan kepada para pelanggan."

Chaitanya Arora, yang menyertai firma ini sebagai Pengarah Urusan, ialah seorang saksi pakar dalam hal ganti rugi dan penilaian ekonomi. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perkhidmatan profesional yang merangkumi pelbagai peranan dalam audit, penasihat kewangan dan perunding perniagaan. Beliau telah bertindak sebagai pakar kewangan dalam pertikaian yang rumit dan telah memberi keterangan mengenai perkara ini di Singapura dan India. Disenaraikan dalam 'Who's Who Legal Arbitration – Expert Witnesses 2020', beliau mendapat banyak pujian untuk "pendekatan terhadap sesuatu perkara secara menyeluruh dan kritis" dan "memberi perhatian luar biasa terhadap butiran terperinci." Chaitanya berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah dan Bendahari Kehormat untuk cawangan 'The Chartered Institute of Arbitrators' di Singapura. Beliau menyertai firma Secretariat dari FTI Consulting. Sebelum bersama syarikat FTI, beliau ialah Rakan Kongsi Pengurusan bagi pejabat Accuracy di India.

Jonathan Ellis juga menyertai firma ini sebagai Pengarah Urusan. Dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun, beliau mengkhususkan diri dalam ganti rugi dan penilaian ekonomi dengan fokus yang mendalam dalam konteks pertikaian bagi litigasi, timbangtara dan penentuan kepakaran. Beliau memiliki pengalaman memberi keterangan yang signifikan dalam prosiding timbangtara dan mahkamah dan telah melakukan penyiasatan perakaunan bebas. Jonathan diiktiraf oleh Who's Who Legal sebagai Arbitrary – Expert Witnesses 2020 dalam Pemimpin Pemikiran Global Elit di mana satu sumber mencatat: "Pertimbangan, pengalaman dan keyakinan beliau mengagumkan saya." Sebelum Secretariat, Jonathan ialah Pengarah dan ketua bersama pejabat Accuracy di Singapura.

Keupayaan pertikaian, timbangtara antarabangsa dan litigasi komersial telah meningkat dengan ketara dari segi saiz dan jangkauan geografik selama 18 bulan terakhir. Chaitanya Arora dan Jonathan Ellis menyertai Amalan Ganti Rugi dan Penilaian Ekonomi yang juga disertai oleh Pengarah Urusan Howard Rosen dan Chris Milburn di Kanada, Bob Broxson, Rob Hurchins dan Paul Marcus di AS dan Mark Taylor dan Andrew Maclay di London.

Latar Belakang Secretariat

Secretariat ialah sebuah firma perunding perkhidmatan dan litigasi pakar bebas global yang terkemuka. Firma ini memberikan pelbagai jenis pelanggan global, yang mengkhususkan diri dalam timbangtara dan litigasi antarabangsa; pertikaian pembinaan berskala besar dengan tumpuan kepada analisa kuantum dan kelewatan; ganti rugi ekonomi; perakaunan forensik; dan kontrak kerajaan. Beribu pejabat di Atlanta, Secretariat beroperasi dari banyak pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah, Australia, Asia dan Timur Tengah. Firma ini telah memperoleh beberapa kecemerlangan, termasuk kedudukan kedua dalam Indeks Kuasa Firma Saksi Pakar GAR 100 global Arbitration Review yang berprestij, dan "Firma Terbaik untuk Bekerja" daripada majalah Consulting.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati secretariat-intl.com, berhubung dengan kami di LinkedIn, atau hubungi kami di info@secretariat-intl.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/408636/Secretariat_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Secretariat
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements Legal Services