omniture

Tinjauan FICO: 74% Bank Malaysia Percaya AI Akan Hentikan Lebih Banyak Pengubahan Wang Haram

FICO
2020-08-25 09:00 685

26 peratus kini mengalami susah payah ketara mengubah suai sistem pematuhan pencegahan pengubahan wang haram (AML) berdasarkan peraturan sedia ada mereka

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Ogos 2020 /PRNewswire/ --

Sorotan utama: 

  • 74 peratus bank Malaysia percaya AI akan menghentikan lebih banyak pengubahan wang haram.
  • 87 peratus bank Malaysia masih percaya dengan teknologi berasaskan peraturan lama untuk pematuhan AML, meskipun 26 peratus berkata mereka mengalami kesukaran yang signifikan untuk mengubah suai sistem ini.
  • Di Malaysia, 91 peratus bank berkata mereka akan melabur dalam pematuhan jenayah kewangan pada tahun akan datang dan 30 peratus merancang untuk meningkatkan pelaburan ini dengan ketara pada tahun 2021.

Maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/executive-brief/adopting-integrated-approach-aml-compliance

Satu tinjauan terkini oleh firma perisian analitik global FICO telah mendedahkan bahawa meskipun 74 peratus bank Malaysia percaya bahawa AI akan mengukuhkan usaha pencegahan pengubahan wang haram, banyak bank yang masih tidak pasti bagaimana untuk mengendalikan teknologi canggih.

Sebaliknya, apabila ditanyakan mengenai keberkesanan teknologi berdasarkan peraturan yang lebih lama, 87 peratus bank Malaysia berkata mereka masih percaya dengan kebolehan sistem AML ini, biarpun 26 peratus berkata mereka mengalami kesukaran yang signifikan untuk mengubah suai sistem berkenaan.

"Sistem pematuhan berdasarkan peraturan terus menjadi tenaga penggerak untuk bank-bank di Asia Pasifik apabila memerangi jenayah kewangan," kata Timothy Choon, Ketua Bahagian Jenayah Kewangan FICO di Asia Pasifik. "Walau bagaimanapun, beberapa pengambil guna awal mula menerima dunia AI yang baharu dan menyedari bahawa sistem berdasarkan peraturan berusia sedekad tidak dapat menyaingi ancaman sofistikated dengan sendiri.

"Faktor utama adalah mengendalikan teknologi AI yang canggih dan menjadikannya dapat berfungsi secara berdampingan dengan sistem berdasarkan peraturan. Bahkan, 20 peratus responden menyatakan teknologi ini sebagai halangan utama mereka dalam memenuhi sasaran pengurangan risiko jenayah kewangan."

Tinjauan ini menunjukkan bahawa cabaran utama untuk penyelesaian pematuhan AML sedia ada di seluruh rantau ini ialah: kebolehan untuk memenuhi jenis risiko pematuhan baharu dalam saluran dan produk; kapasiti untuk menyediakan penyelesaian pematuhan bersepadu hujung-ke-hujung; dan kemudahan untuk mengemas kini perubahan peraturan dengan pantas.

Di seluruh Asia pasifik, bank-bank multinasional yang lebih besar lebih berkemungkinan menggunakan penyelesaian vendor untuk AML, manakala penggunaan sistem dalaman adalah lebih lazim dengan bank-bank domestik.

Pemacu utama strategi jenayah kewangan 

Salah satu penunjuk utama yang memacu perubahan dalam strategi jenayah kewangan ialah pengalaman pelanggan. Lebih dua-dalam-lima responden menyenaraikan penunjuk ini bagi pertimbangan utama mereka dengan 17 peratus bank Asia Pasifik memetiknya sebagai faktor utama di sebalik pendekatan semasa dan akan datang.

"Kami dapat melihat bahawa menangani keperluan pematuhan peraturan yang bersaing dan pengalaman pelanggan kekal menjadi tindakan pengimbangan untuk kebanyakan institusi," kata Choon. "Bank-bank dicabar oleh keperluan untuk lebih banyak maklumat bagi menangani kadar amaran yang tinggi daripada sistem yang tidak berkesan dan dalam masa yang sama tidak menyusahkan pelanggan dengan soalan-soalan usaha wajar yang tidak henti-henti."

Pertimbangan tambahan disenaraikan di tempat kedua dan ketiga oleh bank-bank termasuk, kemusnahan reputasi dan kerugian kewangan secara langsung. Apabila melibatkan cabaran jenayah kewangan hampir separuh responden memetik kepantasan bertindak balas terhadap ancaman baharu, manakala sepertiga percaya mencapai pengesanan yang tepat kekal menjadi ujian yang signifikan.

Penyelesaian pematuhan komprehensif FICO menggabungkan teknik-teknik pembelajaran mesin termaju yang direka bentuk untuk menangani cabaran ini dengan meningkatkan ketepatan pengesanan dengan signifikan melalui model-model analitik termaju berpaten seperti Salah Jajaran Kelompok Lunak (Soft Clustering Misalignment) dan Skor Ancaman (Threat Score) yang dapat membantu institusi-institusi kewangan mengendalikan AI dalam strategi pematuhan sedia ada mereka.

Pelaburan dalam teknologi pematuhan 

Sebilangan besar bank (93%) bank di seluruh Asia Pasifik berkemungkinan untuk meneruskan perbelanjaan teknologi mereka sama ada dengan menaik taraf atau meningkatkan sistem pematuhan mereka. Walau bagaimanapun, di pusat kewangan serantau utama di Singapura dan Hong Kong hanya dua pertiga daripada responden menyatakan bahawa bank-bank mereka berkemungkinan untuk memulakan pelaburan baharu dalam teknologi pematuhan, boleh jadi ekoran perbelanjaan mereka yang lebih ketara dalam bidang ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di Malaysia, 91 peratus bank berkata mereka akan terus melabur dalam pematuhan pada tahun akan datang manakala 30 peratus merancang untuk meningkatkan dengan ketara pelaburan ini pada tahun 2021.

Tahap pelaburan keseluruhan dalam teknologi pematuhan oleh bank-bank di Asia Pasifik dijangka meningkat pada tahun 2021. 49 peratus responden berkata belanjawan akan meningkat, dengan tambahan 34 peratus menjangkakan peningkatan yang ketara. Menariknya, bank-bank asing lebih cenderung ke arah perbelanjaan baharu berbanding dengan rakan-rakan sejawat domestik. Indonesia, Australia, Thailand dan Filipina merupakan pasaran yang menyatakan mereka akan melabur paling banyak pada tahun 2021.

"Tinjauan ini, yang dijalankan pada bulan Mei, menunjukkan bahawa walaupun dalam keadaan kemerosotan ekonomi baru-baru ini yang dicetuskan oleh pandemik ini, bank-bank tetap komited terhadap perbelanjaan bersasaran yang meningkatkan pertahanan pematuhan AML mereka," kata Choon. "Terdapat peningkatan kesediaan untuk melihat pematuhan dan penipuan sebagai risiko jenayah kewangan biasa – penipu lebih berkemungkinan untuk mengubah wang haram dan sebaliknya."

"Penumpuan ini merupakan satu trend global. Bank-bank di AS dan UK sedang dalam usaha untuk mengintegrasikan sepenuhnya fungsi-fungsi pematuhan dan penipuan mereka, menyatukan pasukan, pemimpin dan teknologi. Kami percaya bahawa bank-bank di Asia Pasifik menumpukan perhatian pada pasaran ini untuk melihat apa yang akan berfungsi, dengan rancangan untuk diikuti dengan pantas dalam 24-36 bulan akan datang."

Tinjauan Pematuhan AML Bersepadu FICO dihasilkan pada Mei 2020 menggunakan tinjauan kuantitatif secara dalam talian melibatkan 256 eksekutif kanan daripada bank-bank merentas sebelas buah negara yang dijalankan bagi pihak FICO oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas. Negara-negara yang disoal selidik ialah Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Latar Belakang FICO

FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang dapat membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Diasaskan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor bagi penggunaan analitik prediktif dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih 195 paten AS dan luar negara untuk teknologi-teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan untuk perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan, pengilangan, telekomunikasi, rawatan kesihatan, peruncitan dan banyak lagi industri lain. Dengan menggunakaan penyelesaian FICO, perniagaan-perniagaan di lebih 100 negara dapat melakukan segala-galanya bermula dengan melindungi 2.6 bilion kad bayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai memperoleh kredit, bagi memastikan berjuta-juta kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul, tepat pada masanya.

Ketahui lebih lanjut di www.fico.com.

Sertai perbualan di Twitter melalui @FICOnews_APAC.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/450763/FICO_Logo.jpg?p=medium600

Source: FICO
Related Stocks:
NYSE:FICO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research Financial Technology