omniture

INX Limited Umum Keberkesanan Token Sekuriti IPO

INX Limited
2020-08-25 15:29 1040

NEW YORK, 25 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- INX Limited hari ini mengumumkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah menyatakan berkuat kuasa penyata pendaftaran pada Borang F-1 yang difailkan dengan tawaran awam awal ("Penawaran") sehingga 130 juta Token Sekuriti INX ("Token INX" atau "Token"). INX telah menetapkan harga penawaran pada US$0.90 per Token dengan pelaburan minimum sebanyak US$1,000. Adalah dijangkakan bahawa Penawaran akan bermula pada 25 Ogos 2020 jam 10 pagi Waktu Siang Timur di laman web  https://token.inx.co/

 

 

INX bertujuan untuk menggunakan sebahagian daripada hasil bersih yang diperolehi semasa penjualan Token INX dalam Penawaran ini untuk pengembangan dan operasi berterusan Penyelesaian Perdagangan INX, penyelesaian terkawal bagi perdagangan aset blok rantai, termasuk mata wang kripto, token sekuriti, dan derivatif yang lain, dan juga untuk penubuhan dana simpanan tunai.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan hal-hal sekuriti ini diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada 20 Ogos 2020. Salinan penyata pendaftaran boleh diakses dengan melayari laman web SEC di sec.gov. Penawaran itu dibuat hanya melalui prospektus. Prospektus akhir yang menerangkan syarat-syarat penawaran telah diajukan kepada SEC dan membentuk sebahagian daripada penyata pendaftaran yang berkesan. Salinan prospektus akhir yang berkaitan dengan Penawaran boleh diperolehi secara percuma dengan melayari EDGAR di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov (klik di sini). Sebagai alternatif, salinan prospektus akhir boleh diperolehi secara percuma dengan menghantar e-mel kepada INX di investors@inx.co.

Siaran akhbar ini bukan sebuah prospektus dan bukan merupakan tawaran untuk penjualan atau permohonan tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa, di mana tawaran atau permohonan penjualan tersebut tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau mana-mana bidang kuasa tersebut.

Latar Belakang INX Limited

INX Limited, sebuah syarikat swasta berpangkalan di Gibraltar yang ditubuhkan pada tahun 2017, sedang membangunkan Penyelesaian Perdagangan INX, satu titik masuk bagi pelanggan kami untuk perdagangan mata wang kripto, token sekuriti, dan derivatif yang lain.

Siaran akhbar ini dikeluarkan menurut dan mengikut Peraturan 124 di bawah Akta Sekuriti 1933. Tidak ada pihak berkuasa pengawal selia sekuriti yang meluluskan atau tidak meluluskan kandungan siaran akhbar ini.


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1232458/INX_Limited_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Media:
Alona Stein
ReBlonde untuk INX  
alona@reblonde.com



Source: INX Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Offerings Blockchain