LONDON, 26 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tickmill Group mengakhiri tahun 2019 dengan mencatatkan pertumbuhan ketara dalam metrik kewangan yang digariskan seperti di bawah:
Berdasarkan keputusan berkenaan, Mukid Chowdhury, Ketua Pegawai Kewangan Tickmill Group, berkata: "Kemajuan yang dibuat oleh Tickmill Group pada tahun 2019 menunjukkan penambahbaikan berterusan yang dicapai dalam seluruh bidang perniagaan, bermula daripada inisiatif pemasaran dan penjenamaan kami hinggalah tumpuan terhadap khidmat pelanggan kelas pertama dan inovasi yang diperkenalkan terhadap teknologi dan produk kami. Walaupun terdapatnya beberapa keadaan perdagangan yang mencabar semasa tahun 2019, penambahbaikan ini telah membolehkan Tickmill untuk terus menarik minat pelanggan baru dan meluaskan lagi operasinya."
En. Chowdhury menambah: "Pelaburan oleh Kumpulan, pihak pengurusan dan kakitangan Tickmill untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami telah membolehkan Tickmill berupaya untuk menyampaikan pertumbuhan pendapatan yang tekal. Kami kekal komited untuk meneruskan pelaburan ke arah pembangunan kakitangan, produk dan perkhidmatan kami serta untuk menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang diharapkan oleh mereka demi memastikan Tickmill menjadi penyedia pilihan mereka untuk keperluan perdagangan mereka. Ini merupakan bahagian penting dalam strategi kami untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan."
Prestasi 2020
Melangkah ke tahun 2020, landskap global telah berubah dengan ketara susulan pandemik dunia yang dilihat semasa separuh pertama tahun ini.
Semasa tempoh perintah kawalan pergerakan yang dialami merentas pelbagai negara, semua entiti Tickmill kekal beroperasi sepenuhnya dan terus memastikan agar pelanggannya menerima perkhidmatan dan sokongan penuh yang tersedia di samping membangunkan produk dan perkhidmatan baru untuk tahun akan datang.
Lebih-lebih lagi, pada H1-2020 Tickmill Group telah menyaksikan peningkatan di semua metrik utama dengan pendapatan perdagangan bersih untuk separuh pertama tahun ini pada $54.3 juta dan keuntungan sebelum cukai pada $35.4 juta. Jumlah dagangan terus meningkat dengan jumlah bulanan purata $132 bilion pada H1-2020.
Hasil ini menunjukkan komitmen tegas Tickmill kepada pelanggannya, memastikan keperluan mereka dipenuhi setiap masa.
LATAR BELAKANG TICKMILL
Tickmill adalah penyedia perkhidmatan pelaburan Forex dan CFD yang menawarkan produk perdagangan kelas pertama melalui empat entiti globalnya, Tickmill UK Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh UK FCA, Tickmill Europe Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh CySEC, Tickmill Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Seychelles FSA dan Tickmill Asia Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Labuan FSA.
CFD merupakan instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan pantas ekoran leveraj. 73% dan 76% akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila memperdagangkan CFD masing-masing dengan Tickmill UK Ltd and Tickmill Europe Ltd. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda sanggup untuk mengambil risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.tickmill.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1231921/tickmill_group_growth_stats_infographic.jpg?p=medium600
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/623527/Tickmill_Logo.jpg