omniture

Penginovasi Teknologi Tekstil Utama Bersatu Cipta Pakaian Pertama Dunia dikuasakan sepenuhnya oleh HeiQ Viroblock

HeiQ Materials AG
2020-08-26 21:26 1042


SCHLIEREN, Switzerland, 26 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Kesudahan daripada kolaborasi antara 2A-NYGUARD, COATS, HEIQ, VAGOTEX dan SITIP, JUST 5 ialah jaket 'viroblocked' pintar yang menyediakan penyelesaian pakaian terbaik untuk meneruskan kehidupan normal dengan melindungi pemakai, insan tersayang dan setiap orang yang ditemui.

 

JUST5 by 2A, COATS, HEIQ,  WINDTEX VAGOTEX and SITIP, a multi-functional jacket featuring HeiQ Viroblock technology in all the components. Pre-order on Kickstarter starts on 26 August. (Photo by HeiQ)
JUST5 by 2A, COATS, HEIQ, WINDTEX VAGOTEX and SITIP, a multi-functional jacket featuring HeiQ Viroblock technology in all the components. Pre-order on Kickstarter starts on 26 August. (Photo by HeiQ)




 

JUST5 ialah jaket berbilang fungsi dan bergaya dengan setiap komponen dikuasakan oleh HeiQ Viroblock untuk melindunginya daripada kerosakan oleh mikroorganisma pencemar hanya dalam lima minit. Rawatan ini tidak melindungi pemakai atau lain-lain daripada bakteria bawaan-makanan (atau penyebab-penyakit). Namun begitu, jaket ini menyediakan penghalang yang sangat berkesan untuk melindungi pemakai daripada bahan cemar yang merosakkan di kawasan sekitar.


Direka Bentuk dan Dibangunkan untuk Mereka Yang Sukar Disekat


JUST5 ialah satu inisiatif oleh lima (5) pengeluar bahan utama dan menampilkan banyak gajet yang meningkatkan kehidupan. Semua komponen pada jaket JUST5 telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat yang terkemuka dalam inovasi tekstil. Semua komponen tersedia secara individu untuk sebarang jenama pakaian atau tekstil rumah bagi mencipta inovasi mereka sendiri.


5 komponen inovatif


1. Zip 2A-NYGUARD NYSHIELD – Zip sering disentuh sepanjang hari. Zip pembersih kendiri ini akan mengembalikan semula kebolehgunaannya hanya dalam lima minit selepas setiap sentuhan. 2A ialah perintis bagi pengeluaran zip di Eropah sejak tahun 1930-an, kini merupakan peneraju bagi penyelesaian yang mampan dan inovatif untuk penyambung tekstil. 


2. Coats ProtectV – Benang jahit daripada syarikat benang industri yang terkemuka di dunia menambah ciri-ciri anti-mikrob dan anti-virus pada setiap jahitan.


3. Teknologi fabrik antimikrob Switzerland HeiQ Viroblock – HeiQ Viroblock asalnya dibangunkan untuk merawat pelitup muka yang didaftarkan oleh Swiss Medic sebagai peranti perubatan. Topeng pernafasan yang dirawat dengan teknologi yang sama dibenarkan oleh FDA AS di bawah EUA. HeiQ ialah peneraju dunia bagi inovasi teknologi tekstil.


4. Fabrik berkait-meleding SITIP – Fabrik elastik untuk manset yang boleh dipanjangkan daripada JUST5 untuk melindungi tangan apabila menyentuh permukaan yang berpotensi tercemar. Kait-meleding ialah teknologi fabrik yang mencegah yan daripada tercarik selepas koyak dan SITIP merupakan peneraju dunia dalam bidang ini.


5. WindtFabrik Windtex Vagotex – fabrik lut udara, kalis air dan tahan angin. Windtex Vagotex S.p.A. ialah peneraju bagi pelapisan dan pemprosesan fabrik teknikal untuk pakaian sukan dan kasut.


Carlo Centonze, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group berkata, "Ia merupakan sebuah pasukan hebat yang terdiri daripada lima syarikat yang paling inovatif dalam industri kami ini. Mana-mana jenama kini boleh mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal ini dan menghasilkan pakaian 'viroblocked' 100% milik mereka sendiri!"


Kempen dana khalayak bermula pada 11:00 Waktu Standard Timur, 17:00 Waktu Eropah Tengah pada 26 Ogos di Kickstarter buat orang ramai yang berminat untuk menyokong idea berkenaan dan membuat pratempahan mereka. Jaket siap dijangka tersedia pada lewat Musim Luruh.


Latar Belakang HeiQ


Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai syarikat percikan keluar Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH), HeiQ merupakan peneraju dalam inovasi tekstil yang mencipta beberapa teknologi tekstil yang paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi yang terdapat dalam pasaran hari ini. Tujuan HeiQ adalah untuk memperbaiki kehidupan berbilion-bilion orang dengan menyempurnakan produk harian: Tekstil. Menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan ramuan pengguna – HeiQ merupakan rakan kongsi inovasi yang ideal untuk mencipta produk tekstil yang berbeza dan lestari serta merangkumkan nilai tambahan di tempat jualan. Dengan jumlah kapasiti 35'000 tan setahun HeiQ menjalankan perkhidmatan pengeluaran di AS, Switzerland dan Australia dengan menyediakan kepakaran kimianya di lebih 60 negara seluruh dunia. www.heiq.com


HeiQ, Viroblock dan HeiQ Viroblock ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HeiQ Materials AG.


Latar Belakang 2A-NYGUARD


2A SpA ialah syarikat pewaris bagi Taurus Zippers, syarikat pertama di Eropah yang mengeluarkan zip pada tahun 1930-an abad yang lalu, kini merupakan peneraju bagi penyelesaian lestari dan inovatif untuk penyambung tekstil. Sepanjang tahun-tahun berkenaan, ia turut mempelbagaikan aktiviti dalam bidang penuangan-beracuan aluminium. Ibu pejabat dan kilang pengeluaran utama terletak di Itali. Ia mempunyai subsidiari-subsidiari di AS dan juga China. www.nyguard.com


Latar Belakang Coats


Coats ialah syarikat benang industri yang terkemuka di dunia. Bertapak kira-kira di 50 negara, Coats mempunyai tenaga kerja seramai 17,000 kakitangan merentas enam benua. Sejarah perintis dan budaya inovatif Coats memastikan syarikat ini menjadi peneraju di seluruh dunia. Ia menyediakan produk pelengkap dan bernilai tambah, perkhidmatan serta penyelesaian perisian untuk industri-industri pakaian dan kasut. Ia mengaplikasikan teknik-teknik inovatif bagi membangunkan benang, yan dan fabrik Bahan Prestasi berteknologi tinggi dalam bidang-bidang seperti Pengangkutan, Telekomunikasi dan Tenaga serta Perlindungan Peribadi. Coats merupakan konstituen FTSE4Good Index Series dan peserta dalam UN Global Compact.  www.coats.com


Latar Belakang SITIP


SITIP ialah peneraju dunia tekstil yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang mengeluarkan fabrik berkait-meleding & membulat berteknologi tinggi. Didorong oleh pengetahuan yang luas, Sitip mereka bentuk penyelesaian teknikal "Dibuat di Itali" yang mematuhi keperluan pasaran yang paling mencabar. SITIP mempunyai dua kilang pembuatan di Itali, Cene (BG) dan sebuah kilang di Malta. www.sitip.it


Latar Belakang Windtex Vagotex


Windtex Vagotex SpA ditubuhkan pada tahun 1980-an dan sejak lebih dua puluh tahun ISO 9001, diperakui OekoTex dan yang terkini Global Recycled Standard (GRS). Semasa tahun 1990-an, ia membangunkan membran elastik: Wintex®, diikuti seterusnya oleh bahan-bahan lain yang sama inovatif. Hari ini, menerusi 14 tertib pengeluarannya, merupakan peneraju bagi bidang pelapisan dan pemprosesan fabrik teknikal untuk pakaian sukan dan kasut. Wintex Vagotex dilengkapi dengan makmal moden berserta jentera untuk menguji produk siap bagi menjamin tahap kualiti yang tinggi untuk pelanggannya. Hasil daripada falsafah perniagaan yang dinamik dan positif yang terbina berharmoni dengan nilai-nilai sukan, syarikat ini berupaya untuk kekal berdaya saing dengan mencipta fabrik yang lebih berprestasi yang sesuai untuk disiplin sukan yang berbeza. www.vagotex.it


Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1243452/just5.jpg?p=medium600  






Source: HeiQ Materials AG
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Joint ventures New products/services