omniture

Aplikasi MuslimMatch.com Paling Pantas Berkembang kini tersedia dalam 9 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol

MuslimMatch
2020-08-27 22:14 936

DUBAI, U.A.E, 27 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- MuslimMatch, aplikasi mencari jodoh halal yang paling pantas berkembang untuk umat Islam di seluruh dunia, menjadi aplikasi berbilang bahasa dengan penambahan Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Belanda, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol. Menampung keperluan 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia, MuslimMatch.com menyediakan platform yang selamat dan halal untuk mereka mencari pasangan hidup mereka.

Fastest Growing MuslimMatch.com App Now in 9 Languages
Fastest Growing MuslimMatch.com App Now in 9 Languages

Di bawah MuslimMatch.com, beribu pejabat di Dubai, laman mencari jodoh berkenaan melibatkan ArabMuslimMatch.com, AmericanMuslimMatch.com, EuropeanMuslimMatch.com, IndonesianMuslimMatch.com, BangladeshiMuslimMatch.com dan MalaysianMuslimMatch.com.

Pada awalnya dilancarkan dalam Bahasa Inggeris pada Julai 2018, aplikasi berkenaan telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa di AS, UK, negara-negara Eropah yang lain serta Timur Tengah. Tidak lama kemudian ia menjadi aplikasi yang paling pantas berkembang di kawasan-kawasan ini.

Beberapa ciri-ciri menarik aplikasi MuslimMatch.com

  • Wanita boleh melihat mereka yang telah melihat/menyukai profil mereka
  • Wanita boleh memulakan perbualan secara langsung dengan profil yang saling sepadan  
  • Ciri-ciri pengesahan swafoto dan telefon bagi menjamin keselamatan pengguna
  • Pemeriksaan manual 100% profil untuk menyingkirkan pengguna yang tidak serius
  • Penapis lanjutan untuk mencari profil yang sepadan dengan gaya hidup dan amalan agama ahli

Apabila pengguna berkongsi maklum balas bahawa mereka berasa lebih selesa sekiranya aplikasi berkenaan disediakan dalam bahasa ibunda mereka, MuslimMatch mengambil keputusan untuk memilih jalan berbilang bahasa.

MuslimMatch sedang dalam proses untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Arab yang boleh dipilih oleh pelanggan pada masa akan datang.

Perkhidmatan berkenaan akan disediakan untuk platform iOS dan Android.

Latar Belakang MuslimMatch.com 

MuslimMatch ialah aplikasi mencari jodoh yang paling pantas berkembang untuk umat Islam di seluruh dunia. Beribu pejabat di Dubai, laman mencari jodoh ini melibatkan ArabMuslimMatch.com, AmericanMuslimMatch.com, EuropeanMuslimMatch.com, IndonesianMuslimMatch.com, BangladeshiMuslimMatch.com dan MalaysianMuslimMatch.com. Perkhidmatan ini kini disediakan dalam 9 bahasa melalui iOS dan Android.

Matrimony DMCC
No: 903, Fortune Executive Tower,
Jumeirah Lake Towers,
Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Kunjungi https://www.muslimmatch.com/

Untuk pertanyaan, hubungi: mediarelations@muslimmatch.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1243987/MuslimMatch_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1243990/muslimmatch_app_9_languages.jpg?p=medium600

Source: MuslimMatch
Keywords: Advertising Bridal Services Computer Software Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Telecommunications Feature News Releases New products/services