omniture

FORTUNE Keluarkan Senarai FORTUNE Global 500 Tahunan

FORTUNE Media
2020-08-28 00:13 766

Senarai Kedudukan 2020 Tampilkan 133 Syarikat Cina, 121 Syarikat A.S. dan 53 Syarikat Jepun 

Walmart Kekal Kedudukan Teratas; 18 syarikat membuat kemunculan sulung

NEW YORK, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Bulan ini, FORTUNE mengumumkan FORTUNE Global 500 bagi tahun fiskal 2019, menyenaraikan syarikat-syarikat yang terbesar di dunia mengikut pendapatan. Walmart menduduki tempat teratas bagi tahun ketujuh berturut-turut dan bagi kali ke-15 sejak tahun 1995. Buat pertama kali seumpamanya, Tanah Besar China (termasuk Hong Kong) mempunyai syarikat terbanyak dalam senarai berkenaan, bertambah lima daripada tahun lalu dengan 124. Menambah Taiwan, jumlah untuk Rantau Besar China ialah 133. A.S. kekal stabil dengan 121 manakala Jepun memperoleh satu menjadikan jumlahnya sebanyak 53. Syarikat-syarikat dalam senarai 2020 adalah berdasarkan 225 bandar dan 32 negara di serata dunia. Tahun ini, terdapat 14 Ketua Pegawai Eksekutif wanita daripada syarikat-syarikat FORTUNE Global 500.


Syarikat-syarikat FORTUNE Global 500 menjana pendapatan berjumlah lebih daripada satu pertiga daripada KDNK dunia. Syarikat-syarikat ini menjana pendapatan sebanyak $33.3 trilion (meningkat 2%), keuntungan sebanyak $2.06 trilion (turun 4%) dan menggaji 69.9 juta orang di seluruh dunia. Saudi Aramco (No. 6) menjana keuntungan sebanyak $88 bilion dan merupakan syarikat FORTUNE Global 500 yang paling menguntungkan bagi tahun kedua berturut-turut.

SENARAI 10 TERATAS FORTUNE GLOBAL 500
1. Wal-Mart Stores (A.S.)  
2. Sinopec (China) 
3. State Grid (China) 
4. China National Petroleum (China)  
5. Royal Dutch Shell (Belanda)
6. Saudi Aramco (Arab Saudi) 
7. Volkswagen (Jerman) 
8. BP (Britain
9. Amazon.com (A.S.)
10. Toyota Motor (Jepun) 

Lihat senarai kedudukan lengkap di sini. 

Terokai visualisasi data mengenai sejarah Global 500.

Menerusi kata pengantar beliau untuk edisi Ogos/September 2020 FORTUNE, Ketua Sidang Pengarang Clifton Leaf menulis: "Setepatnya tiada syarikat Global 500 yang berpangkalan di tanah besar China pada tahun 1990 ketika kami memulakan tinjauan kami. Hari ini, terdapat lebih banyak perusahaan dengan keuntungan yang besar di sana berbanding di tempat-tempat lain di muka bumi ini. […] Sudah terang lagi bersuluh (namun demikian, malangnya, terlalu kerap tidak dinyatakan) bahawa perdagangan rentas sempadan semenangnya yang menjadikan Amerika sebagai kuasa besar ekonomi yang pertama—sebelum ia menjadikan China sebagai kuasa besar ekonomi. Syarikat-syarikat Amerika mengeksport barangan dan perkhidmatan bernilai $2.5 trilion pada tahun 2019, meningkat daripada $487 bilion tiga dekad sebelumnya—kenaikan dolar nominal yang lebih besar daripada lima kali ganda. Walaupun diselaraskan untuk inflasi, kadar pertumbuhan adalah 152%. (Bagi mereka yang percaya import telah meningkat pada kadar yang jauh lebih pantas sepanjang tiga dekad yang lalu, bersiap sedialah untuk dikejutkan: Dari segi inflasi diselaraskan, import telah meningkat 160%, hampir tidak lebih daripada eksport.)"   

Dari segi persaingan ekonomi A.S.-China, Geoff Colvin menulis: "Peralihan dalam Global 500 adalah penting kerana persaingan ini didasarkan pada kekuatan ekonomi. Penganalisis boleh berbalah mengenai ekonomi negara mana yang paling besar. A.S. kekal mendepani apabila perbandingan dibuat berdasarkan kadar tukaran mata wang, dengan KDNK A.S. 2019 mencecah $21.4 trilion berbanding $14.3 trilion bagi negara China. Namun begitu, berdasarkan pariti kuasa beli, ukuran yang disesuaikan dengan tahap harga negara-negara yang berbeza, China mendahului sedikit daripada A.S.—$21.4 trilion berbanding $20.5 trilion setakat tahun 2018, tahun paling terkini dengan data yang dimiliki oleh Bank Dunia. Jurang kini mungkin lebih besar dan terus melebar."

Lihat senarai kedudukan lengkap di sini.   

Syarikat-syarikat disenaraikan mengikut jumlah pendapatan untuk tahun-tahun fiskal masing-masing yang berakhir pada atau sebelum 31 Mac 2020. Semua syarikat dalam senarai ini perlu menerbitkan data kewangan dan melaporkan sebahagian atau semua angka mereka kepada agensi kerajaan. Angka adalah sebagaimana yang dilaporkan dan perbandingan dibuat dengan angka tahun sebelumnya seperti yang dilaporkan pada awalnya bagi tahun berkenaan.

Hubungan Media: Alison Klooster
+1-646-437-6613
Alison.klooster@fortune.com  

Fortune.com | twitter.com/FortuneMagazine | facebook.com/FortuneMagazine | instagram.com/fortunemag 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1244317/fortune_media_global_500.jpg?p=medium600  

Source: FORTUNE Media
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Magazines Publishing/Information Service Survey, Polls & Research