omniture

Techstars bakal Jalin Kerjasama dengan ABN AMRO

Techstars
2020-08-28 00:19 898

Program pemecut baharu akan menyokong syarikat baharu yang mentransformasikan perkhidmatan kewangan dalam perniagaan dan kehidupan 

BOULDER, Colorado, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Techstars, platform global untuk pelaburan dan inovasi serta ABN AMRO telah bersetuju untuk menjalin perkongsian selama tiga tahun bagi mempercepatkan inovasi melalui program pemecut Techstars. Rakan-rakan kongsi ini akan memberi tumpuan bagi mengenal pasti dan menyokong syarikat-syarikat baharu yang inovatif yang mentransformasikan perkhidmatan kewangan dalam perniagaan dan kehidupan.

Kolaborasi ini akan menghubungkan ABN AMRO dengan jaringan global Techstars yang tiada tandingan dan membantu syarikat mempercepatkan pendigitan dan inovasi dalam merealisasikan strateginya. Melalui program pemecut dipacu-pementoran, syarikat-syarikat akan merekrut dan menyokong syarikat-syarikat tahap awal yang paling mempunyai harapan dalam industri kewangan.

"Perkhidmatan dan teknologi kewangan banyak menyokong apa yang kami lakukan dalam perniagaan, kehidupan, malah aktiviti bersosial hari ini," kata Keith Camhi, naib presiden kanan pemecut, Techstars. "Bekerjasama dengan syarikat yang inovatif dan sibuk seperti ABN AMRO membolehkan kami untuk terus memanfaatkan kepakaran sektor yang sangat besar yang kami miliki dan membantu usahawan untuk membangunkan penyelesaian yang meningkatkan kehidupan dan menambah baik bagaimana perniagaan beroperasi."

Syarikat-syarikat baharu yang terpilih akan bekerjasama erat dengan pasukan program Techstars dan jaringan mentor yang luas serta bersama pasukan inovasi korporat ABN AMRO, pakar bidang khusus dan jaringan pelanggan.

"Menjalin kerjasama dengan ekosistem syarikat baharu adalah penting untuk perjalanan inovasi ABN AMRO," kata Edwin van Bommel, ketua pegawai inovasi, ABN AMRO. "Matlamat kami adalah untuk menjadi peneraju inovasi dalam ekosistem yang relevan, menyokong syarikat baharu untuk menjadi pemimpin dalam bidang mereka dan membolehkan kami membina kedudukan utama kami dalam inovasi. Bekerjasama dengan pemecut yang terkemuka seperti Techstars membolehkan kami untuk mencari dan berhubung dengan syarikat-syarikat baharu yang terbaik dalam ekosistem global."

Garis Masa:

  • 14 September 2020 – Permohonan Dibuka
  • Januari 2021 – 10 syarikat dipilih
  • Mac 2021 – Memulakan Pemecut ABN AMRO dan Techstars
  • Jun 2021Hari Demo

Latar Belakang Techstars
Techstars ialah platform global untuk pelaburan dan inovasi. Ditubuhkan pada tahun 2006, Techstars bermula dengan tiga idea mudah — usahawan mencipta masa depan, kolaborasi mendorong inovasi dan idea yang hebat boleh diperoleh dari mana-mana sahaja. Hari ini, misi kami adalah untuk menjadikan inovasi boleh diakses oleh semua orang, di merata tempat. Kami melaksanakan misi ini dengan menghubungkan syarikat baharu, pelabur, syarikat dan bandar untuk mewujudkan dunia yang lebih lestari dan inklusif. Sejak tahun 2006, Techstars telah melabur dalam lebih daripada 2,200 syarikat dan hari ini mempunyai modal pasaran sebanyak $27 Bilion. www.techstars.com

Latar Belakang ABN AMRO
ABN AMRO berkhidmat untuk pelanggan dalam sektor runcit, perbankan persendirian dan perbankan korporat. Tumpuan utama kami adalah terhadap Eropah Barat Laut. Kami menawarkan pelanggan di Belanda dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas serta komprehensif melalui pelbagai saluran, termasuk aplikasi Perbankan Mudah Alih dan Perbankan Internet kami. ABN AMRO mempunyai tujuan yang jelas dan berani: perbankan yang lebih baik untuk generasi-generasi akan datang. Impak bank terhadap masyarakat dan ekonomi adalah sangat besar dan agar sumbangan kami bersifat positif dan berkekalan, kami perlu membuat pilihan yang tepat. Semua yang kami lakukan berpunca daripada tujuan kami: kini dan pada masa akan datang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1244449/Techstars_master_logo_color_Logo.jpg?p=medium600

Source: Techstars
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology