omniture

iHerb Umum Penjimatan Besar untuk Ulang Tahun ke-24 sepanjang September

iHerb
2020-09-01 01:36 411

PASADENA, California, 1 September 2020 /PRNewswire/ -- Pemimpin e-dagang kesihatan dan kecantikan global, iHerb meraikan ulang tahun ke-24nya dengan menawarkan penjimatan sehingga 24 peratus untuk pelbagai produk di sepanjang bulan September kepada pelanggan globalnya di 188 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Pelanggan iHerb bakal menerima penjimatan setiap hari dan secara mingguan di seluruh bulan September ke atas pelbagai produk. Pelanggan iHerb di seluruh dunia harus memeriksa laman sesawang iHerb setiap hari untuk melihat produk mana yang tersedia untuk potongan harga sebanyak 24 peratus di mana mereka tinggal.

"iHerb berbangga dengan pencapaian ini," kata Ketua Pegawai Perniagaan iHerb, Steve Cho. "Kami gembira dapat memberi ganjaran kepada berjuta pelanggan kami di seluruh dunia dengan potongan besar dalam bentuk penjimatan sehingga 24 peratus ketika kita bersama meraikan ulang tahun ke-24 iHerb di sepanjang September, bulan penubuhan kami dalam tahun 1996."

"Di sepanjang masa sukar COVID ini, kami di iHerb telah bekerja keras untuk menawarkan pelanggan kami nilai terbaik mungkin ke atas produk-produk yang paling mereka perlukan, dihantar ke pintu mereka secepat mungkin," kata Presiden iHerb, Emun Zabihi. "Kami gembira kini dapat melayani 188 negara dan wilayah menawarkan potongan harga sehingga 24 peratus kepada pelanggan-pelanggan yang dihargai ini di sepanjang ulang tahun ke-24 kami pada bulan September, dan berharap dapat melayani lebih ramai pelanggan global di masa akan datang."

Latar Belakang iHerb: iHerb ialah salah satu peruncit e-dagang terbesar di AS yang menawarkan 30,000 produk daripada 1,200 jenama terkemuka kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. iHerb dihantar terus dari gudang terkawal iklim terkini yang diperakui GMP kepada pelanggan di 188 negara dan wilayah. Sejak tahun 1996, iHerb terus berinovasi dalam membawa produk berkualiti tinggi, dengan nilai terbaik, disampaikan dengan pengalaman pelanggan yang paling selesa. https://www.iherb.com/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600

Source: iHerb
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail