![]() |
Dengan lebih $1.2 bilion aset di bawah pengurusan, Owl Ventures ialah firma modal usaha niaga terbesar di dunia yang memberi tumpuan kepada sektor teknologi pendidikan
SAN FRANCISCO, 2 September 2020 /PRNewswire/ -- Owl Ventures, dana modal usaha niaga terbesar dalam teknologi pendidikan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup dua dana baharu bernilai $585 juta. Firma yang berpusat di Silicon Valley dan San Francisco ini menutup $415 juta untuk dana keempatnya dan $170 juta untuk Dana Peluang pertamanya. Dana-dana baharu ini akan membantu menyemarakkan strateginya untuk membuat pelaburan peringkat awal, pertumbuhan dan akhir dalam syarikat-syarikat teknologi pendidikan terkemuka dunia di seluruh spektrum pendidikan yang termasuk PraK-12, pendidikan tinggi dan masa hadapan pekerjaan (mobiliti kerjaya/pembelajaran profesional).
Sejak penubuhannya dalam tahun 2014, firma ini telah menjadi pelabur utama dalam banyak syarikat yang pesat berkembang dalam pasaran EdTech global yang termasuk Pembelajaran Dipercepatkan (diperoleh oleh Carlyle Group), Degreed, DreamBox Learning (diperoleh oleh TPG Rise), Hazel Health, MasterClass, Newsela, Noodle Partners, Quizlet, Remind dan syarikat antarabangsa seperti BJYU's, Labster, Lele Ketang, Sanjieke dan WhiteHat Jr. (diperoleh oleh BYJU's).
"Sejak kami memulakan firma ini, kami telah menyaksikan revolusi digital berkembang pesat dalam pembangunan pendidikan dan tenaga kerja," kata Tory Patterson, Pengarah Urusan di Owl Ventures. "Disebabkan oleh peralihan pembelajaran dan bekerja jarak jauh, kami mendapati diri kami berada dalam saat titik perubahan bagi lebih $6 trilion pasaran pendidikan dan latihan ketika peningkatan penembusan digital dalam sektor ini yang telah pun berlaku telah melonjak."
"Kami mendapati bahawa syarikat-syarikat portfolio kami di A.S., China, Eropah dan India ialah elemen penting misi untuk pembelajaran berterusan," kata Ian Chiu, Pengarah Urusan di Owl Ventures. "Pertanyaan masuk, pertumbuhan/penglibatan pengguna, dan pelanggan berpotensi telah meningkat secara dramatik di seluruh portfolio kami dengan platform kami dimanfaatkan secara global."
Kejayaan strategi pelaburan global Owl Ventures baru-baru ini telah diketengahkan oleh dua syarikat portfolionya di India apabila BYJU's, syarikat EdTech swasta yang paling bernilai di dunia, memperoleh syarikat baru mula berusia 18 bulan, WhiteHat Jr pada nilai $300 juta. Owl Ventures merupakan satu-satunya dana yang merupakan pelabur dalam kedua-dua syarikat.
"Pertumbuhan meteorik Whitehat Jr dan BYJU's menggambarkan pasaran EdTech yang berkembang pesat dan matang di India dan seluruh dunia," kata Amit Patel, Pengarah Urusan di Owl Ventures. "Kami berusaha untuk bekerjasama dengan usahawan berwawasan yang menangani masalah besar dalam pendidikan serta latihan dan membantu mereka membina syarikat-syarikat terkemuka kategori transformatif."
Owl Ventures ialah pelabur utama dalam sebilangan besar urus niaganya dan biasanya menyertai lembaga setiap syarikatnya. Pendekatan langsung ini membantu syarikat-syarikat dalam pelbagai fungsi termasuk pengedaran, perkongsian, bakat, pengumpulan dana dan pengukuran hasil. Firma ini juga membantu memupuk komuniti yang kukuh dalam syarikat-syarikat portfolio melalui Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif dan acara-acara khusus industri yang membolehkan para usahawan EdTech berkongsi amalan terbaik, wawasan dan meneroka peluang perkongsian. Sebagai pakar sektor pendidikan, dana ini telah berjaya bekerjasama dengan pelbagai modal usaha niaga dan dana ekuiti swasta yang terkemuka untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat portfolionya.
Owl Ventures disokong oleh Rakan Kongsi Terhad terkemuka global yang terdiri daripada pembiayaan kolej & universiti berprestij, yayasan, institusi pendidikan strategik, dana terkumpul berdaulat, dan pejabat-pejabat keluarga dari seluruh A.S., Asia, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Selatan.
"Pangkalan LP dan rangkaian institusi dan pemimpin pendidikan global kami ialah kelebihan daya saing utama kami kerana kami mempunyai rakan kongsi yang berharga di seluruh dunia yang boleh membantu menukar trajektori syarikat-syarikat portfolio kami secara unik," kata Tom Costin, Pengarah Urusan di Owl Ventures.
Latar Belakang Owl Ventures
Owl Ventures ialdah dana modal usaha niaga terbear di dunia yang memberi tumpuan kepada pasaran teknologi pendidikan dengan lebih $1.2 bilion dalam aset di bawah pengurusan. Firma yang berpusat di Silicon Valley ini melabur dalam syarikat-syarikat teknologi pendidikan terkemuka dunia di seluruh spektrum pendidikan yang merangkumi PraK-12, pendidikan tinggi dan masa hadapan pekerjaan (mobiliti kerjaya/pembelajaran profesional). Owl Ventures mempunyai kepakaran domain mendalam dan memanfaatkan rangkaian global Rakan Kongsi Terhad, pelabur, dan rakan kongsi strategik untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka kepada syarikat-syarikat terkemuka kategori transformatif. Ketahui lebih lanjut di www.OwlVC.com
Hubungi: Tom Costin, tom@owlvc.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1245365/Owl_Ventures_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1245366/owl_ventures_team.jpg?p=medium600