HONG KONG, 2 September 2020 /PRNewswire/ -- ZOTAC Technology Limited, pengeluar global bagi inovasi, dengan bangganya mengumumkan kemunculan GPU Siri RTX 30 ZOTAC GAMING GeForce serba baharu yang berasaskan seni bina NVIDIA Ampere. Disepadukan dengan teknologi generasi seterusnya, RT Cores dan Tensor Cores yang dipertingkat, berbilang pemproses penstriman baharu dan memori yang sangat pantas, ZOTAC GAMING GPU mencetuskan permainan yang diperhebat dengan fideliti grafik-ultra.
GPU Siri RTX 30 NVIDIA GeForce baharu, RTX generasi kedua, menampilkan RT Cores, Tensor Cores baharu dan berbilang proses penstriman, membawakan visual yang mengagumkan, kadar bingkai yang luar biasa pantas dan pemecutan AI untuk permainan dan aplikasi kreatif. Dikuasakan oleh seni bina NVIDIA Ampere, yang menyampaikan peningkatan sehingga 1.9X prestasi-setiap-watt berbanding generasi terdahulu, Siri RTX 30 memperkasa pengalaman grafik dengan mudah pada semua resolusi, walaupun sehingga 8K pada kualiti tertinggi. GeForce RTX 3090, 3080 dan 3070 menonjolkan lonjakan generasi GPU terbesar dalam sejarah NVIDIA.
GPU Terpantas Untuk Permainan
Siri RTX 30 ZOTAC GAMING GeForce memperkenalkan reka bentuk baharu dengan perkembangan termaju yang memberi gerakan dalam keadaan pegun dan kemajuan dalam penyejukan.
"Siri RTX 30 GeForce yang berasaskan kepada seni bina NVIDIA Ampere merupakan suatu kejaiban kejuruteraan," kata Tony Wong, Ketua PEgawai Eksekutif ZOTAC. "Kami melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan perbaikan pada tahap komponen, kekangan pada reka bentuk perkakasan luar dan kemajuan dalam penyejukan untuk menonjolkan yang terbaik daripada setiap GPU."
"Kami benar-benar mengharapkan kehebatan kejuruteraan dan reka bentuk perkakasan yang berpandangan jauh daripada ZOTAC dalam mendorong seni bina GPU paling canggih lebih jauh lagi," kata Matt Wuebbling, naib presiden pemasaran GeForce global di NVIDIA.
AMP Extreme – Tahap Tertinggi
Sentiasa menjadi kegemaran pemain PC dengan reka bentuknya yang menonjol dan prestasi hebat, reka bentuk AMP Extreme serba baharu memperkenalkan HoloBlack, reka bentuk unik yang merangkumkan kemasan holografik seakan-akan aurora yang memberi gerakan dalam keadaan pegun. Peralihan yang berkembang maju dari segi warna bergantung pada sudut pandangan dengan ketelusan yang hanya dapat dilihat apabila cahaya SPECTRA 2.0 RGB bercahaya di bawahnya.
Gaya rekaan untuk menyatukan bahagian depan mahupun belakang diteruskan dengan merangkumkan plat belakang lilit dengan penambahan lampu ARGB. Ciri pengepala RGB 3-pin baharu membolehkan penyambungan jalur RGB LED luar untuk disegerakkan dengan lampu kad grafik.
Meskipun plat hadapan dan plat belakang tuangan acuan logam memastikan ketahanan fizikal yang menyeluruh, AMP Extreme turut menampilkan POWERBOOST, cip tahan suhu tinggi yang mendayakan kelanjutan usia yang berterusan dan prestasi yang lebih kuat.
Penampilan Sulung Trinity dan Twin Edge
Siri RTX 30 ZOTAC GAMING GeForce menampilkan Trinity dan Twin Edge, model tiga kipas dan dwi-kipas. Kedua-dua Trinity, Twin Edge dan AMP Extreme dilengkapi dengan sistem penyejukan IceStorm 2.0 yang lebih baik.
Penyejuk berkuasa memperkenalkan kemajuan di bawah hud dan dibina khas untuk liputan lebih luas bagi memastikan GPU lebih sejuk dan beroperasi dengan lebih hebat. Kipas 11-bilah baharu meningkatkan aliran udara sehingga 10% apabila dibandingkan dengan reka bentuk generasi terdahulu kami manakala pelarasan pada reka bentuk penenggelam haba, susun atur paip haba yang lebih baik dan liputan yang lebih luas menyumbang kepada prestasi keseluruhan yang lebih baik. Ciri henti kipas FREEZE juga telah diperluaskan agar tersedia untuk lebih banyak model berbanding sebelumnya.
Manfaatkanlah ZOTAC GAMING FireStorm Utility untuk melaraskan kad grafik, mengawasi GPU, menyelaraskan kelajuan kipas dengan model berciri Kawalan Kipas Aktif (Active Fan Control), menyesuaikan lampu RGB dan banyak lagi.
Ketersediaan
Model-model Trinity melibatkan Siri RTX 30 ZOTAC GAMING GeForce boleh didapati bermula pada separuh kedua September 2020, manakala model-model AMP Extreme dan Twin Edge dijangka tersedia pada Oktober 2020.
Ketahui Lebih Lanjut: https://www.zotac.com/page/zotac-gaming-geforce-rtx-30-series_prnewswire
Latar Belakang ZOTAC GAMING
Di sebalik pandangan tajam mata robot, terdapatnya kekuatan dan teknologi masa depan yang mengisi ego mereka yang tidak terkalahkan dan pertempuran yang dialami. Ditubuhkan pada tahun 2017, ZOTAC GAMING ialah perintis pergerakan yang muncul terus daripada teras jenama ZOTAC yang bertujuan untuk mencipta perkakasan permainan PC yang paling maju buat mereka yang gemarkan permainan. Ia merupakan lambang kehebatan kejuruteraan dan kepakaran reka bentuk kami yang mewakili lebih sedekad prestasi jitu, menjadikan ZOTAC GAMING sebagai kekuatan utama yang tercipta dengan matlamat untuk membawa pengalaman permainan PC yang terbaik.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200827/2901142-1?lang=0