omniture

Tindak balas imun humoral terhadap SARS-CoV2 di Iceland

deCODE genetics
2020-09-02 05:00 393

Titer antibodi terhadap SARS-CoV2 tidak merosot dalam empat bulan

REYKJAVIK, Iceland, 1 September 2020 /PRNewswire/ -- Para saintis di deCODE genetics di Iceland, subsidiari Amgen Inc, syarikat biofarmaseutikal yang beribu pejabat di California serta rakan usaha sama mereka, hari ini menerbitkan satu kajian dalam The New England Journal of Medicine, yang menunjukkan bahawa antibodi antivirus terhadap SARS-CoV2 tidak merosot dalam tempoh empat bulan diagnosis.

 

Tujuan kajian berkenaan adalah untuk memahami sifat dan ketahanan tindak balas imun humoral terhadap jangkitan oleh SARS-CoV-2, virus yang mengakibatkan COVID-19.

Untuk itu, saintis-saintis mengukur antibodi dalam serum 30,576 individu di Iceland (8.4% daripada negara) menggunakan enam cerakinan (dua daripadanya pan-Ig) dan menentukan bahawa ukuran seropositiviti yang terbaik merupakan keputusan positif dengan kedua-dua cerakinan pan-Ig. Mereka menguji 2.102 sampel daripada 1,237 individu positif-qPCR yang diperoleh sehingga 4 bulan daripada diagnosis. Mereka turut mengukur antibodi dalam 4,222 sampel daripada individu yang terdedah dan dikuarantin serta 19000 orang yang tidak diketahui bahawa mereka telah terdedah.

Daripada individu-individu yang dikuarantin, 2.3% seropositif dan mereka dengan pendedahan yang tidak diketahui, 0.3% positif.

Saintis-saintis menganggarkan bahawa 0.9% penduduk Iceland dijangkiti oleh SARS-CoV-2 dan 44% individu yang dijangkiti oleh SARS-CoV2 di Iceland tidak didiagnosis dengan qPCR. Kadar kematian akibat jangkitan ialah 0.3%. Daripada 1,797 individu yang pulih daripada SARS-CoV-2 di Iceland, 1,107 (91.1%) seropositif.

"Kami berasa sukacita kerana dapat menangani kebimbangan bahawa titer antibodi antivirus boleh menurun dalam beberapa minggu mendapat jangkitan, kata Kari Stefansson, Ketua Pegawai Eksekutif deCODE genetics dan pengarang kanan kertas kajian tersebut. Di samping itu, jelas bahawa 99,1% daripada penduduk Iceland masih terdedah kepada SARS-CoV2. Kini, kami memberi tumpuan untuk mengkaji imuniti berperantara sel dalam kalangan mereka yang tidak mengalami peningkatan antibodi."

Berpangkalan di Reykjavik, Iceland, deCODE ialah peneraju global dalam menganalisis dan memahami genom manusia. Menggunakan kepakaran uniknya dalam genetik manusia digabungkan dengan kepakaran yang semakin berkembang dalam transkriptomik serta proteomik populasi dan sejumlah besar data fenotip, deCODE telah menemui faktor-faktor risiko untuk berpuluh-puluh penyakit biasa dan memberi pandangan penting mengenai patogenesis. Tujuan memahami genetik penyakit adalah untuk menggunakan maklumat tersebut bagi mewujudkan cara baharu untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. deCODE ialah subsidiari milik penuh Amgen (NASDAQ:AMGN).

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1245576/Kari_and_Daniel_on_Covid_19_paper.mp4  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/974116/deCODE_genetics_Logo.jpg?p=medium600

Hubungi:
Thora Kristin Asgeirsdottir
Perhubungan Awam dan Komunikasi
deCODE genetics
thoraa@decode.is 
354 894 1909

Source: deCODE genetics
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)