omniture

Alliance to End Plastic Waste Keluarkan Laporan Kemajuan 2020

Laporan menggariskan usaha-usaha global, pelaburan dan komitmen utama untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar dan menyumbang kepada ekonomi pusingan
The Alliance to End Plastic Waste
2020-09-02 20:25 571

SINGAPURA, 2 September 2020 /PRNewswire/ -- Alliance to End Plastic Waste hari ini mengeluarkan Laporan Kemajuan 2020, memperincikan tumpuan organisasi ini dalam mencapai visi dan misinya. Laporan ini menggariskan komitmen terhadap pencepatan projek melalui empat tonggak strategiknya yang melibatkan pengurusan sisa dan infrastruktur kitar semula, inovasi, pendidikan dan penglibatan serta pembersihan. Perikatan ini telah mengaktifkan 14 projek dalam 14 bandar dalam enam negara di Asia Tenggara, India dan Afrika – kesemuanya di barisan hadapan dalam menangani cabaran sisa plastik. Laporan ini turut menampilkan 55 projek pimpinan anggotanya yang bernilai US$400 juta ke arah membina penyelesaian untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar.

"Kita perlu bertindak segera memandangkan kurangnya tindakan akan mengakibatkan berjuta-juta tan sisa plastik terus masuk ke laut sekiranya kita tidak berbuat apa-apa pada hari ini. Kemajuan yang dilakukan oleh Perikatan ini dalam tempoh hanya 18 bulan merupakan permulaan kepada suatu perjalanan panjang yang terbentang di hadapan. Namun begitu, kita dapat memendekkan perjalanan ini dengan ketara apabila kita bertindak bersama-sama merentas industri, kerajaan, masyarakat awam dan agensi pembangunan. Masalah dapat diselesaikan dan strategi kami adalah untuk mengaplikasikan pendekatan holistik yang disokong oleh pengetahuan teknikal yang mendalam dan sumber daripada rantaian nilai plastik penuh," kata Jacob Duer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance to End Plastic Waste.

Duer menambah, "Cita-cita kami, sepanjang lima tahun, adalah untuk mengalihkan berjuta-juta tan sisa plastik dalam lebih 100 bandar berisiko di seluruh dunia, memperbaiki kehidupan buat berjuta-juta orang dan menyumbang kepada ekonomi pusingan. Perikatan ini mendemonstrasikan sejauh mana penyelesaian pengurusan sisa plastik yang berjaya dapat membuka modal untuk menskalakan dan mempercepatkan langkahnya."

Contoh-contoh pencapaian projek Perikatan dan anggota yang digariskan dalam Laporan Kemajuan 2020 merentas empat tonggak strategi:

  • Projek STOP (Stop Ocean Plastics) di Jembrana, Bali Barat Laut Indonesia, telah mewujudkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang pertama seumpamanya daripada regensi dengan sistem kitar semula penuh yang akan mencipta peluang pekerjaan baharu dan kekal. Perikatan dan Projek STOP akan mencipta sistem yang akan menyasarkan untuk mengumpul 20,000 tan sisa setiap tahun. Ini melibatkan transformasi yang radikal pada tahap masyarakat – penduduk, kerajaan dan komuniti.
  • Zero Waste Plastic Cities – gabungan visi Perikatan dan Grameen Creative Labs yang bersama-sama ditubuhkan oleh Penerima Hadiah Nobel Keamanan Profesor Mohammed Yunus, yang melangkaui lebih daripada kebocoran sisa plastik ke dalam alam sekitar, tetapi turut membangunkan perniagaan sosial mampan yang memperbaiki kehidupan ramai penduduk di bandar-bandar Puducherry, India dan Tan An, Vietnam
  • Sepanjang tahun lalu, End Plastic Waste Innovation Platform bersama Plug and Play telah mendorong syarikat-syarikat baharu yang dapat memberi impak kepada rantaian nilai plastik. Program ini telah menyaksikan lebih daripada 1,000 syarikat baharu dari Silicon Valley dan Paris memohon, manakala hab ketiga, Singapura telah menyaksikan minat yang meluas apabila ia memulakan program pemecutnya pada musim panas ini.
  • Suez, sebagai peneraju dunia dalam pengurusan sumber pintar serta lestari dan juga merupakan anggota pengasas Perikatan, membawa pengetahuan teknologinya bagi menangani kebocoran sisa plastik di Thailand dan kilang kitar semula plastik kini sedang dibina, kilang di luar Eropah pertama syarikat ini. Kilang ini akan menukarkan 30,000 tan bahan buangan filem polietilena yang dikumpul di kawasan tempatan menjadi bahan kitar semula.
  • Contoh-contoh kolaborasi rantaian nilai-silang kami termasuk:
    • Milliken, Llyondellbasell dan Berry Global bekerjasama untuk satu kajian sistem penyusunan sekunder: satu inovasi bagi memperkenalkan pas sekunder pada pemulihan bahan agar kami dapat meningkatkan kadar pemulihan bahan-bahan berharga seperti kertas dan pelbagai kategori plastik
      PepsiCo, The Procter & Gamble Company, CP Chemical dan Dow Melabur dalam Ocean Fund oleh Circulate Capital bagi merapatkan jurang pembiayaan untuk mengumpul sisa plastik di Asia merentas negara-negara seperti China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

David Taylor, Pengerusi, Alliance to End Plastic Waste dan Pengerusi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, The Procter & Gamble Company, menekankan dalam laporan: "Sisa plastik merupakan satu cabaran serius yang memerlukan tindakan pantas dan kepimpinan yang mantap dan saya yakin bahawa satu-satunya cara untuk merealisasikannya adalah melalui tindakan, inovasi dan perkongsian kolektif. Perikatan ini berada di kedudukan yang unik. Kami dapat membuka nilai pusingan dan ekonomi dalam plastik pascapengguna dengan menyokong pelbagai langkah yang inovatif sepanjang rantaian nilai, melibatkan individu serta sektor awam dan swasta."

Laporan Kemajuan 2020 turut mengumumkan Cita-cita 2025 Perikatan berkenaan. Dengan tumpuan strategik terhadap pembangunan infrastruktur, inovasi, pembersihan serta pendidikan dan penglibatan. Perikatan dan anggota-anggotanya akan membina model dan perkongsian yang boleh dilabur dalam tempoh lima tahun yang akan:

  • Mendemonstrasikan sisa plastik sifar di pelbagai bandar dan mengalihkan lebih daripada berjuta-juta tan sisa plastik melalui projek-projek Perikatan di lebih 100 bandar berisiko.
  • Menyokong kehidupan yang sihat untuk lebih 100 juta orang dengan mendayakan pemilikan tempatan bagi pengurusan sisa.
  • Membuka sekurang-kurangnya lima kali pelaburannya dan banyak lagi bagi mempercepatkan tindakan serta penyelesaian untuk menamatkan pencemaran sisa plastik serta membina bandar-bandar lestari.

Laporan Kemajuan 2020 Alliance to End Plastic Waste boleh dimuat turun di http://bit.ly/Alliance_ProgressReportPRN

Latar Belakang Alliance to End Plastic Waste

Alliance to End Plastic Waste ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bertaraf antarabangsa yang bekerjasama dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan pembangunan ekonomi serta komuniti di seluruh dunia bagi menangani cabaran untuk menamatkan pencemaran sisa plastik dalam alam sekitar. Melalui program dan perkongsian, Perikatan ini memberi tumpuan terhadap penyelesaian dalam empat aspek utama: infrastruktur, inovasi, pendidikan dan penglibatan serta pembersihan. Setakat Ogos 2020, Perikatan ini mempunyai hampir 50 syarikat ahli dan penyokong yang mewakili syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi global merentas rantaian nilai plastik.

Kunjungi: www.endplasticwaste.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200611/2826525-1LOGO?lang=0

Source: The Alliance to End Plastic Waste
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Survey, Polls & Research