omniture

Yili naik ke 5 terbaik global di Laporan Tenusu 20 Terbaik Global Rabobank 2020, perkukuh kedudukan #1 dalam kalangan pengeluar tenusu Asia

Yili Group
2020-09-03 00:26 433
  • Menandakan kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh pengeluar tenusu Asia
  • Mencerminkan usaha berterusan Yili dalam jaminan kualiti, kepercayaan daripada pengguna dan tadbir urus korporat yang kuat

HOHHOT, China, 3 September 2020 /PRNewswire/ -- Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. ("Yili Group" atau "Yili" atau "Syarikat"), firma tenusu terbesar Asia, telah mendapat kedudukan 5 terbaik dalam kalangan pengeluar tenusu global dalam laporan Tenusu 20 Terbaik Global Rabobank 2020 yang dikeluarkan pada 31 Ogos 2020.

Yili naik ke 5 terbaik global di Laporan Tenusu 20 Terbaik Global Rabobank 2020, perkukuh kedudukan #1 dalam kalangan pengeluar tenusu Asia
Yili naik ke 5 terbaik global di Laporan Tenusu 20 Terbaik Global Rabobank 2020, perkukuh kedudukan #1 dalam kalangan pengeluar tenusu Asia

Mendaki tiga anak tangga dari tempat ke-8 dalam tahun 2019, Yili menyertai barisan 5 jenama tenusu terbaik yang berprestij di dunia dan terus mengukuhkan kedudukan #1nya di kalangan pengeluar tenusu Asia.

Mengulas tentang pencapaian ini, Pan Gang, Pengerusi Yili, berkata, "Pencapaian ini tanpa ragu akan merangsang keyakinan dan keazaman kami dalam mengejar kecemerlangan dan mencari penambahbaikan berterusan. Pertumbuhan kami hanya mungkin dengan usaha kolektif setiap anggota keluarga Yili, dan lebih penting lagi daripada kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pengguna, pelabur dan rakan kongsi global kami. Meskipun terhadap landskap perniagaan yang mencabar di masa hadapan, kami akan berusaha untuk menegakkan 'Yili bermakna kualiti terbaik' dan sentiasa mengekalkan mantra yang sentrik pelanggan kami untuk memberikan kesihatan dan pemakanan yang lebih besar kepada pengguna kami."

Diterbitkan setiap tahun, laporan Tenusu 20 Terbaik Global Rabobank ialah tinjauan syarikat-syarikat tenusu terbesar dunia dan menonjolkan gergasi satu daripada sektor makan paling bernilai di dunia. Dalam rendisi 2020 ini, Rabobank melaporkan tentang Yili sebagai satu daripada syarikat Asia yang membuat pergerakan besar pada senarai, dengan Yili melangkah ke kedudukan 5 terbaik berikutan pertumbuhan tahun-ke-tahun hampir 20%.

Selama bertahun-tahun, Yili telah melaburkan usaha berterusan dalam mempromosi "Ekosistem Kesihatan Global" dan meningkatkan nilai jenamanya dengan memberi tumpuan terhadap memberikan pelanggannya dengan produk berkualiti tinggi. Dengan mengumpulkan sumber terbaik dunia, ditambah dengan penambahbaikan progresif kepada prosedur kawalan kualitinya, Yili telah menyediakan pelanggannya dengan jaminan kualiti peringkat tertinggi.

Setelah menubuhkan sistem wawasan pengguna yang matang, Yili juga telah mempercepatkan pelaksanaan inisiatif "Internet Plus"nya dengan memperkenalkan penggunaan teknologi seperti Data Besar, Kecerdasan Buatan, dan Internet Komunikasi Benda (IoT) untuk mengumpulkan wawasan yang lebih tepat tentang keperluan pengguna mereka. Dengan wawasan yang diperolehi, Yili juga telah dapat menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam ke atas keperluan pengguna, dan membangunkan produk yang lebih diperibadikan untuk memenuhi keperluan berbeza penggunanya.

Yili tetap komited sepenuhnya ke atas impian "Kesihatan Dikongsi Di Seluruh Dunia" dan pencapaian ini menandakan kejayaan penting dalam perjalanan Yili untuk terus menyampaikan kesihatan kepada pengguna globalnya, menekankan tanggungjawab pengeluar makanan global dan berusaha untuk mencapai jaminan kualiti yang lebih besar.

Memperoleh kedudukan 5 terbaik dalam kalangan pengeluar tenusu global mencerminkan kepercayaan yang diterima oleh Yili daripada penggunanya dan terus menerajui pasaran barangan pengguna laris Cina. Kejayaan terbaru ini menyusuli jumlah rekod pencalonan Yili dalam lapan kategori di Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2020 pada bulan Februari 2020, serta Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2020 yang dihoskan dalam bulan Jun 2020, yang mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi di seluruh industri makanan dan tenusu global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200901/2904680-1?lang=0

 

Source: Yili Group
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages