omniture

ZTE perkenal telefon pintar kamera bawah-paparan pertama dunia Axon 20 5G

ZTE Corporation
2020-09-03 15:17 588

Paparan penuh sebenar yang pertama dalam industri, mencapai standard warna sinematik profesional dipadankan dengan bunyi DTS:X Ultra 3D hiburan maksimum.

SHENZHEN, China, 3 September 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini memperkenalkan ZTE Axon 20 5G, telefon pintar kamera bawah-paparan yang pertama di dunia, membawakan paparan penuh sebenar yang pertama dalam industri.

ZTE Axon 20 5G
ZTE Axon 20 5G

"ZTE Axon 20 5G menandakan permulaan strategi produk baharu ZTE," kata En. Ni Fei, Presiden ZTE Mobile Devices. "Telefon pintar akan berperanan sebagai aspek teras kami dalam inovasi produk. Sementara itu, kami juga akan komited untuk membangunkan produk jalur lebar mudah alih peribadi dan keluarga, peranti boleh pakai pintar dan produk baharu lain yang mendayakan kehidupan pintar yang dihubungkan dengan lancar kepada senario 5G."

Kamera Bawah-Paparan Pertama Dunia Dikuasakan oleh Lima Teknologi Teras 

Sebagai pengeluar terminal pintar yang terkemuka di dunia, ZTE komited untuk menerobos teknologi kamera bawah-paparan. Berdasarkan lima teknologi teras, termasuk bahan-bahan khas, cip dwikawalan, litar pemacu unik, matriks piksel khas dan algoritma swafoto dalaman, ZTE telah menangani pelbagai cabaran teknikal semasa proses penyelidikan dan pembangunan.

Bagi mengimbangi prestasi paparan dan kamera hadapan, ZTE telah menerima pakai bahan dengan ketelusan tinggi yang merangkumi filem organik dan tak organik baharu, dan dapat menambah baik input cahaya ke kamera hadapan.

Tambahan pula, cip dwikawalan bebas terbina dalam dan litar pemacu bersepadu telah digunakan untuk mendayakan penyegerakan warna antara kamera hadapan dan paparan konvensional. Selain itu, reka bentuk susun atur litar pemacu yang unik dan komponen peminiaturan jitu telah digunakan untuk mengelakkan gangguan dan menghalang impak pada kamera hadapan.

Di samping itu, ZTE telah mencipta matriks khas yang dapat mengoptimumkan piksel dan meningkatkan kekonsistenan paparan, dan dapat mewujudkan peralihan yang lebih semula jadi.

Tambahan pula, algoritma swafoto kamera hadapan ZTE telah mengoptimumkan prestasi kamera dalam beberapa keadaan pencahayaan dan menyokong pelarasan julat dinamik automatik, membawa penambahbaikan yang besar terhadap kejelasan foto dan kontras imej.

Revolusikan Pengalaman Pengguna dengan Paparan Penuh Sebenar 

ZTE telah memanfaatkan teknologi bawah-paparan tambahan, termasuk cahaya ambien, bunyi dan sensor cap jari bagi mencapai skrin penuh yang sebenar tanpa sebarang lubang (punch hole). Sensor cahaya yang inovatif dapat menyelaraskan kecerahan skrin secara automatik sesuai dengan persekitaran cahaya, lalu membolehkan paparan dilihat dengan jelas pada bila-bila masa.

Sebagai telefon pintar kamera bawah-paparan pertama dunia, ZTE Axon 20 5G mencapai satu lagi kejayaan penting dalam penerokaan telefon pintar paparan penuh sebenar. Ia dilengkapi dengan paparan OLED 6.92 inci dan menyokong kedalaman warna 10-bit serta 100% liputan gamut warna DCI-P3, menjadikan prestasi paparan dapat mencapai standard warna sinematik digital.

Tambahan pula, resolusi FHD+ dan bahan OLED telah menjadikan warna paparan lebih jelas dan lebih indah. Berdasarkan nisbah panjang-lebar 20.5:9 dan bunyi DTS:X Ultra 3D, peranti berkenaan dapat memberi pengalaman sinematik.

Reka Bentuk Diutamakan 

Dengan ketebalan hanya 7.98mm serta reka bentuk garis bahu berganda ultra-tipis, ZTE Axon 20 5G telah mewarisi gaya anggun Siri ZTE Axon.

Kaca melengkung 3D pada bahagian belakang mengandungi sepuluh lapisan tindakan berstruktur, yang telah dibuat dengan teliti menerusi 36 proses berbeza bagi mencipta tekstur yang unik dan bagus. Axon 20 5G didatangkan dalam empat warna terang, termasuk biru, hitam, ungu dan jingga.

Di samping itu, ZTE telah berkolaborasi dengan pengilustrasi UK yang diiktiraf Sam Falconer bagi menghasilkan pakej eksklusif untuk ZTE Axon 20 5G. Reka bentuk ini bertujuan untuk menggalakkan orang muda meneroka lebih banyak kemungkinan daripada teknologi semasa, dengan menonjolkan sumbangan besar secara artistik yang dihasilkan oleh empat saintis yang terkenal kepada umat manusia.

Perkukuh Pengalaman 5G dengan Super Antenna 2.0

ZTE Axon 20 5G mempunyai teknologi antena yang dinaik taraf bagi memastikan pengalaman 5G ultra-pantas pada bila-bila masa dan di merata tempat. Super Antenna 2.0 ZTE ialah antena PDS canggih dengan reka bentuk bersepadu keliling 360-darjah dan teknologi penalaan gelung tertutup pintar, yang dapat meningkatkan kestabilan sambungan rangkaian dan kepantasan muat turun.

Tambahan pula, dua belas antena berbeza telahpun disepadukan ke permukaan luar kerangka tengah, yang terletak jauh daripada papan induk dan komponen dalaman, lantas membolehkan penerimaan isyarat yang lebih sensitif serta pencarian rangkaian yang lebih cepat.

Meskipun di landasan kereta api berkelajuan tinggi, penyerahan masih boleh dibuat antara jaringan kereta api berkelajuan tinggi peribadi dan rangkaian stesen utama, bagi memastikan panggilan yang berkualiti tinggi. Di samping itu, kestabilan isyarat rangkaian dijamin dalam lif, garaj bawah tanah dan persekitaran dengan isyarat lemah yang lain.

Serasi dengan rangkaian daripada empat pengendali Cina utama, ZTE Axon 20 5G membawa teknologi pemecutan rangkaian pintar, yang telah meningkatkan kadar muat turun sebanyak 30%, menurut keputusan ujian daripada makmal ZTE dan mengelakkan jalur frekuensi dengan isyarat sesak secara pintar.

Fungsi-fungsi Bersepadu untuk Rakaman dan Suntingan Video 

ZTE telah melakukan usaha berterusan dalam meningkatkan fungsi video pada telefon pintarnya, dalam usaha untuk memenuhi keperluan pengguna lebih muda dalam era 5G.

ZTE Axon 20 5G mempunyai kamera utama super HD 64MP yang menyokong video resolusi tinggi 4K pada 60fps, pemandangan malam yang hebat, keindahan video dan video HDR masa sebenar dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Selain itu, kanta utama dan sudut luasnya menyokong penstabilan imej, yang membantu merakam video dengan kualiti yang lebih tinggi.

Tambahan pula, perisian kamera tersebut menampilkan enam templat pintar bagi menghasilkan video bergaya, yang dapat memadankan dengan pintar gaya muzik berbeza berserta kesan peralihan khas. Di samping itu, mod rakaman filem skrin penuh yang unik, dengan nisbah di bawah 20.5:9, dapat menyokong bokeh potret dan kecantikan potret, lalu memberi penyesuaian video selanjutnya.

Selain itu, mod penggambaran sari kata suara AI memberi fungsi-fungsi penyuntingan video yang hebat, seperti penyambungan, perubahan kelajuan, pemangkasan bahagian, penapisan dan muzik latar belakang, agar dapat menjadikan penyuntingan video lebih mudah.

Prestasi Komprehensif untuk Pengalaman Cemerlang 

Dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 765G, ZTE Axon 20 5G mempunyai enjin pengoptimuman sistem senario penuh generasi baharu. Disokong oleh enjin tersebut, kelajuan permulaan bagi aplikasi yang kerap digunakan boleh ditingkatkan sebanyak 40% manakala pengalaman permainan dan video turut ditambah baik, menurut keputusan ujian daripada makmal ZTE.

Di samping itu, sistem MiFavor 10.5 UI terkini menyokong pengoptimuman skrin peringkat-filem dan tayangan skrin pintar manakala bateri 4,220mAh yang besar dapat menyokong 30W Quick Charge dan mod penjimatan kuasa 5G yang dapat meningkatkan hayat bateri sebanyak 35%.

Selain itu, ZTE Axon 20 5G dilengkapi dengan sembilan sensor suhu bagi mengesan suhu dengan tepat. Keupayaan pelesapan haba ditambah baik melalui sistem pelesapan haba pintar tigaan, yang merangkumi peredaran penyejukan cecair, pad haba nanogentian karbon dan bahan grafit. Telefon pintar berkenaan kekal sejuk semasa pengguna bermain permainan, menonton video pendek atau menonton filem.

Pelancaran ZTE Axon 20 5G telah mendemonstrasikan keupayaan ZTE dalam memenuhi keperluan pengguna dan kekuatannya dalam R&D teknikal serta inovasi produk. Menuju ke hadapan, ZTE akan terus menumpukan untuk membina gaya hidup pintar buat pengguna yang mencari jenama-jenama baharu, berteknologi tinggi dan amat bergaya.

Harga & Ketersediaan 

ZTE Axon 20 5G akan tersedia di China untuk prapesanan bermula pada 1 September 2020 melalui saluran e-dagang termasuk www.myzte.com, zte.jd.com dan zte.tmall.com. ZTE Axon 20 5G akan disediakan di China bermula pada harga RMB 2,198.

ZTE Axon 20 5G di China

Rangkaian 

5G: n41/38/78/77/28/1/3/7

FDD: B1/2/3/4/5/7/8/12/17/20/26/28

TDD: B34/38/39/40/41

UMTS: B1/2/4/5/8

GSM: B2/3/5/8

4*4MIMO

LTE: B1/3/7

Pemproses 

Qualcomm® Snapdragon™ 765G

Storan 

6/8GB RAM + 128/256 GB ROM

OS 

Android Q

Paparan 

6.92'' FHD+(2460x1080), OLED

Kamera 

Belakang: 64MP + 8MP(120 darjah sudut lebar) + 2MP(kedalaman) +
2MP(makro)

Depan: 32MP

Bateri 

4220mAh(biasa), Qualcomm® Quick Charge™ 4+, 30W

Antara Muka 

USB Type-C, nano + nano/mikro SD(sehingga 2TB)

Saiz &
Berat
 

172.1*77.9*7.98mm

198g(lebih kurang)

Ciri-ciri 

Kamera Bawah-paparan, Cap Jari Bawah-paparan, Bunyi Bawah-paparan

GPS/A-GPS/BeiDou/GLONASS,

802.11a/b/g/n/ac, BT 5.1, Hi-Fi, NFC

Akselerometer, Kedekatan & Ambien, Kompas, Giroskop

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200901/2904875-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services