![]() |
Garis panduan amalan klinikal piawaian emas dalam onkologi dikemaskini dan diterjemah untuk akses global yang lebih besar; percuma dalam talian di NCCN.org/global .
PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 3 September 2020 /PRNewswire/ -- National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) hari ini mengumumkan ketersediaan NCCN Guidelines® versi bahasa Cina yang baharu dan terkini untuk pelbagai jenis kanser berinsiden tinggi. Cadangan rawatan ini boleh diakses secara percuma di NCCN.org/global atau melalui Perpustakaan Maya NCCN Guidelines®App.
NCCN mengkhusus untuk menakrif dan memajukan penjagaan kanser berkualiti tinggi, bernilai tinggi, dan berpusat pada pesakit. Garis Panduan NCCN ialah piawaian yang diiktiraf untuk arahan dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser dan panduan amalan yang paling teliti dan kerap dikemas kini yang tersedia dalam mana-mana bidang perubatan. Mereka ditulis oleh panel pakar berbilang disiplin yang khusus subjek dari 30 pusat kanser terkemuka di Amerika Syarikat. Sekarang terdapat 24 penyesuaian global dan 230 terjemahan sumber NCCN dalam 47 bahasa yang berbeza.
"Menerbitkan Panduan NCCN dalam pelbagai bahasa membantu kami memastikan orang ramai di mana jua berada boleh mengakses penjagaan kanser terbaik pada masa yang tepat," kata Robert W. Carlson, Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif, NCCN. "Kaedah rawatan kanser menjadi semakin canggih dan rumit setiap hari, disebabkan oleh penyelidikan baru muncul. Garis Panduan bahasa Cina baharu dan terkini ini meningkatkan pemahaman bagi penyedia onkologi yang fasih berbahasa Cina terutamanya di Asia dan seluruh dunia, dan membolehkan mereka mengikuti perkembangan tentang cadangan terkini yang berdasarkan bukti dan kesepakatan pakar."
China menempatkan jumlah muat turun terbesar untuk Garis Panduan NCCN di luar Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 200,000 muat turun dalam tahun 2019 sahaja. Negara ini juga menunjukkan jumlah pengguna disahkan bukan warganegara A.S. tertinggi untuk NCCN.org dengan lebih daripada 42,000. Korea Selatan, Jepun, dan Thailand juga antara negara yang paling diwakili untuk memuat turun Garis Panduan NCCN.
Garis Panduan NCCN dalam bahasa Cina kini meliputi topik-topik berikut:
Di samping cadangan rawatan untuk orang dewasa yang mengidap kanser ini, NCCN juga baru-baru ini mengumumkan terjemahan NCCN Guidelines for Pediatric Acute Lymphoblastic Leukemia ke bahasa Jepun dan Cina. NCCN Distress Thermometer— alat untuk mengukur dan merawat kesejahteraan psiko-sosial pada orang yang mengidap kanser- juga telah diterjemahkan ke 46 bahasa, termasuk Cina, Jepun, Korea, Melayu, Thai, dan banyak lagi. Kunjungi NCCN.org/global/international_adaptations.aspx untuk melihat dan memuat turun sumber percuma ini.
Pasukan global NCCN juga menawarkan versi mesra pesakit dalam beberapa bahasa, termasuk Cina, Jepun, dan Korea. NCCN juga menyediakan NCCN Framework for Resource Stratification of NCCN Guidelines (NCCN Framework™) dan NCCN Harmonized Guidelines™ yang menggabungkan cadangan optimum dan pertimbangan pragmatik untuk rawatan dalam persekitaran yang kurang sumber, seperti negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Ketahui lebih lanjut di NCCN.org/global dan sertai perbualan dalam talian dengan tanda pagar #NCCNGlobal.
Latar Belakang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) ialah sebuah perikatan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada pusat-pusat kanser terkemuka yang mengkhusus untuk penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan. NCCN berdedikasi untuk meningkatkan dan memudahkan penjagaan kanser yang berkualiti, berkesan, cekap dan boleh diakses agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology (NCCN Guidelines®) menyediakan cadangan konsensus pakar yang telus dan berasaskan bukti untuk rawatan kanser, pencegahan dan perkhidmatan sokongan; ia merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta garis panduan amalan klinikal yang paling teliti dan kerap dikemas kini yang disediakan dalam sebarang bidang perubatan. NCCN Guidelines for Patients® menyediakan maklumat rawatan kanser pakar untuk memaklumkan dan memperkasa pesakit serta pengasuh, melalui sokongan daripada NCCN Foundation®. NCCN turut memajukan pendidikan lanjutan, inisiatif global, dasar, dan kolaborasi penyelidikan serta penerbitan dalam bidang onkologi. Kunjungi NCCN.org untuk maklumat lanjut dan ikuti NCCN di Facebook @NCCNorg, Instagram @NCCNorg, dan Twitter @NCCN.
Hubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1246652/newswire_translation_chinese.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/441768/NCCN_Logo.jpg?p=medium600