omniture

Into Tibet 2020: Bagaimanakah sebenarnya wajah kehidupan penduduk tempatan pada masa kini?

CGTN
2020-09-05 00:37 685

BEIJING, 5 September 2020 /PRNewswire/ -- Tahun 2020 melambangkan ulang tahun ke-55 penubuhan Wilayah Berautonomi Tibet, barat daya China. Sejak itu, kehidupan penduduk tempatan di sini telah berubah dengan drastik.

 

CGTN menghantar tiga pasukan ke kawasan dataran tinggi yang berbeza sempena sebuah siri khas yang dinamakan sebagai "Into Tibet 2020" bagi memaparkan Tibet baharu.

Sepanjang perjalanan, mereka telah bertemu dengan orang Deng - etnik minoriti di wilayah berkenaan, bertemu dengan orang nomad, bermain muzik dan menyanyikan sebuah lagu bersama para pemuzik tempatan.

Melalui lensa mereka, Tibet baharu dipersembahkan kepada audiens, bukan sekadar sebagai destinasi pelancong yang tak lapuk dek zaman, tetapi sebuah tempat tinggal yang indah buat penduduk tempatan.

Era baharu

Yang Xinmeng daripada CGTN dan vlogger Sepanyol Noel melawat orang Deng, yang turut dikenali sebagai Dengba, kumpulan etnik yang hidup secara tradisional dalam zaman moden.

Orang Deng tinggal terutamanya di lembah Daerah Zayu, Bandar Nyingchi di Tibet. Mereka merekodkan peristiwa dengan mengikat simpulan, menggunakan sabit untuk mengusahakan tanah ladang dan sentiasa membawa pisau dalam sarungnya pada tali pinggang.

Mereka turut menunjukkan kepada audiens rupa pisau Tibet yang bernilai $100,000 dan bagaimana pisau berkenaan berbeza antara satu sama lain.

Two local people sit in front of Tibetan black tent, a traditional dwelling of local nomads. /CGTN
Two local people sit in front of Tibetan black tent, a traditional dwelling of local nomads. /CGTN

Li Jingjing dari CGTN dan Penggiat Youtube (YouTuber) Daniel Dumbrill daripada pasukan lain berbual bersama beberapa orang nomad semasa kunjungan mereka ke khemah hitam Tibet, kediaman tradisional orang nomad tempatan. Penggembalaan merupakan tugas yang paling penting buat orang nomad, mereka bergerak dari satu padang rumput ke padang rumput yang lain untuk mencari kawasan ragut yang lebih baik.

Selain daripada menggembala dan berkebun, muzik juga merupakan bahagian yang sangat diperlukan dalam kehidupan penduduk tempatan. Marco dan Oscar CGTN mengunjungi studio di Lhasa dan belajar bagaimana untuk bermain Dramyin, seruling muzik rakyat tradisional.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemuzik Tibet yang berbakat telah menyertai pertandingan, Denchu AD merupakan salah satu daripadanya. Beliau mendendangkan salah sebuah lagu terkenal beliau "If I Meet You In Lhasa" bersama dua orang wartawan kami di studio.

Di Bandar Ranwu, Daerah Baxoi, Bandar Qamdo, sebuah rancangan pelancongan telah dimulakan pada tahun 2000, yang melibatkan promosi gunung ganang yang dilitupi salji, padang rumput dan Tasik Ranwu bandar berkenaan, menurut seorang anggota daripada kerajaan tempatan. "Dulu kami hanya mempunyai basikal, tiada motosikal atau telefon, kini setiap isi rumah mampu membeli kereta dan telefon bimbit," kata beliau.

Kisah-kisah menarik ini terungkap di daratan ini pada setiap hari ketika Tibet baharu bertemu dunia melalui mata wartawan CGTN.

Video - https://cdn5.prnasia.com/202009/tf/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200904/2908094-1?lang=0

 

Source: CGTN
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements