omniture

Ramalan Global COVID-19 Pertama: IHME Unjur Tiga Perempat daripada Sejuta Nyawa Dapat Diselamatkan menjelang 1 Januari

Institute for Health Metrics and Evaluation
2020-09-07 10:04 399

'Deadly December' dianggarkan dengan hampir 30,000 kematian setiap hari apabila musim sejuk kembali di Hemisfera Utara

SEATTLE, 5 September 2020 /PRNewswire/ -- Dalam unjuran global pertama mengenai pandemik COVID-19 mengikut negara, Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) di Sekolah Perubatan University of Washington meramalkan hampir 770,000 nyawa di seluruh dunia mungkin dapat diselamatkan antara sekarang dan 1 Januari melalui langkah-langkah yang terbukti seperti memakai topeng dan penjarakan sosial.

Kematian kumulatif yang dijangkakan menjelang 1 Januari berjumlah 2.8 juta, kira-kira 1.9 juta lebih daripada sekarang sehingga akhir tahun ini. Kematian sehari dalam bulan Disember boleh mencecah setinggi 30,000.

"Unjuran seluruh dunia yang pertama kali dilakukan mengikut negara ini menawarkan ramalan yang menakutkan serta peta jalan ke arah melepaskan diri dari COVID-19 yang boleh diikuti oleh para pemimpin kerajaan serta individu," kata Pengarah IHME, Dr. Christopher Murray. "Kami menghadapi prospek yang membawa maut dalam bulan Disember, terutamanya di Eropah, Asia Tengah, dan Amerika Syarikat. Tetapi sainsnya jelas dan tidak boleh disangkal: memakai topeng, penjarakan sosial, dan menghadkan pertemuan sosial adalah sangat penting untuk menghalang penularan virus ini."

Institut ini memodelkan tiga senario:

  • "Kes yang lebih teruk" di mana penggunaan topeng kekal pada kadar semasa dan pemerintah terus melonggarkan keperluan penjarakan sosial, yang menyebabkan 4.0 juta jumlah kematian menjelang hujung tahun ini;
  • "Kes terbaik" untuk 2.0 juta kematian sekiranya penggunaan topeng hampir sejagat dan pemerintah mengenakan keperluan penjarakan sosial apabila kadar kematian mereka melebihi 8 setiap sejuta; dan
  • Senario "kemungkinan besar" yang menganggap penggunaan topeng secara individu dan langkah-langkah pengurangan lain tidak berubah, mengakibatkan kira-kira 2.8 juta jumlah kematian.

Rujukan kepada 750,000 nyawa yang diselamatkan dan 30,000 kematian sehari dalam bulan Disember mewakili perbezaan antara senario "kes terbaik" dan "kemungkinan besar".

Setiap senario ini mewakili peningkatan ketara pada jumlah kematian semasa, yang dianggarkan pada hampir 910,000 di seluruh dunia. Peningkatan ini sebahagiannya adalah paling mungkin disebabkan oleh kenaikan bermusim dalam kes COVID-19 di Hemisfera Utara. Setakat ini, COVID-19 telah mengikuti corak bermusim yang sama seperti pneumonia, dan sekiranya kolerasi ini berterusan, negara-negara utara boleh menjangkakan lebih banyak kes pada bulan-bulan akhir musim luruh dan musim sejuk.

"Penduduk di Hemisfera Utara harus amat berwaspada ketika musim sejuk menghampiri, kerana coronavirus ini, seperti pneumonia, akan menjadi lebih tersebar dalam iklim sejuk," kata Murray.

Murray menekankan peluang yang belum pernah dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dengan tindakan pantas.

"Melihat pada anggaran COVID-19 yang mengejutkan, mudah untuk rasa gementar dengan jumlah yang sangat besar ini," kata Murray. "Jumlah kematian melebihi kapasiti 50 stadium terbesar dunia, gambaran serius tentang mereka yang telah kehilangan nyawa dan mata pencarian mereka."

Di bawah scenario kemungkinan besar IHME, negara-negara dengan jumlah kematian per kapita tertinggi ialah Kepulauan Virgin AS, Belanda, dan Sepanyol. Mengikut wilayah WHO, senario ini mengunjurkan 959,685 jumlah kematian menjelang 1 Januari di Wilayah Amerika, 667,811 di Wilayah Eropah, 79,583 di Wilayah Afrika, 168,711 di Wilayah Timur Mediterranean, 738,427 di Wilayah Asia Tenggara, dan 191,598 di Wilayah Barat Pasifik.

"Kita semua mesti belajar daripada para pemimpin negara-negara di mana virus telah terkendali, atau di mana gelombang kedua jangkitan telah berlaku, dan di mana tindakan pantas telah diambil untuk mengelakkan kehilangan nyawa," kata Murray.

Beliau juga mengingatkan agar tidak mengikuti apa yang dipanggil strategi "keimunan kawanan", yang berlaku apabila sebilangan besar komuniti menjadi imun kepada virus ini melalui jangkitan dan pemulihan. Senario "kes lebih teruk" dalam unjuran ini mencerminkan situasi di mana pemimpin membenarkan penularan berlaku dalam populasi mereka, yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang ketara.

"Ramalan global pertama ini mewakili peluang untuk menekankan masalah tentang keimunan kawanan, yang, pada dasarnya, mengabaikan sains dan etika, dan membolehkan berjuta kematian yang boleh dihindari," kata Murray. "Ia patut dikeji."

Berikut ialah 10 negara teratas dengan ramalan kematian per kapita tertinggi dengan senario kes yang lebih teruk, senario kemungkinan besar, dan senario terbaik:

  • Kes yang lebih teruk: Belanda, Sepanyol, Kepulauan Virgin AS, Jepun, Sweden, Romania, Israel, Republik Moldova, Amerika Syarikat, Montenegro
  • Kemungkinan besar: Kepulauan Virgin AS, Belanda, Sepanyol, Belgium, Peru, San Marino, Sweden, Amerika Syarikat, Ecuador, Perancis
  • Kes terbaik: Kepulauan Virgin AS, Sepanyol, Peru, San Marino, Kazakhstan, Ecuador, Belgium, Panama, Mexico, Colombia

10 negara teratas dengan kematian kumulatif tertinggi pada 1 Januari:

Senario Kes Lebih Teruk

Senario Kemungkinan Besar

Senario Terbaik

India: 916,688 (julat antara 562,203–1,431,708)

India: 659,537 (julat antara 415,118–1,087,533)

India: 484,981 (julat antara 316,111–819,426)

Amerika Syarikat: 620,029 (julat antara 463,361–874,649)

Amerika Syarikat: 410,451 (julat antara 347,551–515,272)

Amerika Syarikat: 288,381 (julat antara 257,286–327,775)

Jepun: 287,635 (julat antara 25,669–758,716)

Brazil: 174,297 (julat antara 163,982–185,913)

Brazil: 160,567 (julat antara 152,483–169,483)

Sepanyol: 180,904 (julat antara 97,665–282,075)

Mexico: 138,828 (julat antara 125,763–156,493)

Mexico: 130,545 (julat antara 118,201–147,963)

Brazil: 177,299 (julat antara 166,656–189,259)

Jepun: 120,514 (julat antara 10,301–492,791)

Jepun: 104,808 (julat antara 7,971–456,224)

Mexico: 157,264 (julat antara 139,863–183,739)

Persekutuan Rusia: 94,905 (julat antara 57,575–170,048)

Sepanyol: 66,508 (julat antara 41,980–117,239)

Filipina: 117,721 (julat antara 27,525–176,324)

Perancis: 73,743 (julat antara 44,693–161,349)

United Kingdom: 59,819 (julat antara 57,572–65,411)

Perancis: 116,415 (julat antara 51,021–342,047)

United Kingdom: 69,548 (julat antara 59,680–96,669)

Filipina: 58,030 (julat antara 7,552–137,358)

Persekutuan Rusia: 112,367 (julat antara 63,165–214,363)

Sepanyol: 69,445 (julat antara 43,306–122,913)

Perancis: 46,623 (julat antara 38,070–69,559)

Belanda: 94,332 (julat antara 21,815–186,842)

Filipina: 58,412 (julat antara 7,660–136,079)

Peru: 46,528 (julat antara 44,161–48,557)

10 negara teratas dengan kumulatif kematian per kapita tertinggi setiap 100,000 pada 1 Januari:

Senario Kes Lebih Teruk

Senario Kemungkinan Besar

Senario Terbaik

Belanda: 549.8 (julat antara 127.1–1,089.0)

Kepulauan Virgin AS: 349.8 (julat antara 42.4–516.3)

Kepulauan Virgin AS: 343.9 (julat antara 39.4–514.6)

Sepanyol: 393.1 (julat antara 212.2–612.9)

Belanda: 204.5 (julat antara 64.1–595.7)

Sepanyol: 144.5 (julat antara 91.2–254.7)

Kepulauan Virgin AS: 364.7 (julat antara 51.0–520.1)

Sepanyol: 150.9 (julat antara 94.1–267.1)

Peru: 136.9 (julat antara 129.9–142.8)

Jepun: 225.1 (julat antara 20.1–593.7)

Belgium: 139.7 (julat antara 92.3–290.6)

San Marino: 132.1 (julat antara 130.9–134.2)

Sweden: 223.1 (julat antara 83.1–894.3)

Peru: 137.3 (julat antara 130.1–143.4)

Kazakhstan: 121.4 (julat antara 53.4–183.5)

Romania: 216.1 (julat antara 106.9–384.4)

San Marino: 137.2 (julat antara 132.4–151.2)

Ecuador: 117.4 (julat antara 109.4–128.4)

Israel: 195.5 (julat antara 93.3–363.7)

Sweden: 125.4 (julat antara 71.6–394.0)

Belgium: 106.9 (julat antara 90.9–149.0)

Republik Moldova: 192.3 (julat antara 105.4–312.8)

Amerika Syarikat: 125.1 (julat antara 106.0–157.1)

Panama: 104.8 (julat antara 76.9–149.3)

Amerika Syarikat: 189.0 (julat antara 141.3–266.7)

Ecuador: 118.3 (julat antara 109.8–129.8)

Mexico: 104.5 (julat antara 94.6–118.4)

Montenegro: 183.3 (julat antara 17.5–389.5)

Perancis: 111.4 (julat antara 67.5–243.7)

Colombia: 94.7 (julat antara 81.5–112.1)

Unjuran IHME untuk India adalah berdasarkan kepada model epidemiologi yang merangkumi data ke atas kes, kematian, dan prevalens antibodi, serta kadar ujian COVID-19 khusus negara, mobiliti, mandat penjarakan sosial, penggunaan topeng, kepadatan penduduk dan struktur umur, dan kebermusiman pneumonia, yang menunjukkan korelasi yang kuat dengan trajektori COVID-19.

Unjuran baharu ini, termasuk ramalan tambahan jangkitan sehari, boleh didapati di https://covid19.healthdata.org/india, dan akan sentiasa dikemaskini di masa akan datang.

Latar Belakang Institute for Health Metrics and Evaluation

Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) ialah organisasi penyelidikan kesihatan global bebas di Fakulti Perubatan University of Washington yang menyediakan pengukuran yang ketat dan setanding mengenai masalah kesihatan terpenting di dunia dan menilai strategi yang digunakan untuk menangani mereka. IHME komited kepada ketelusan dan menjadikan maklumat ini tersedia dengan meluas supaya pembuat dasar mempunyai bukti yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang tepat mengenai peruntukan sumber untuk meningkatkan kesihatan penduduk.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1156878/IHME_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Institute for Health Metrics and Evaluation
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Survey, Polls & Research