omniture

Caribbean Mencapai yang Terbaik untuk Kewarganegaraan melalui Pelaburan, Menurut Indeks CBI 2020 Baharu

CBI Index
2020-09-07 22:46 450

LONDON, 7 September 2020 /PRNewswire/ -- Pada 7 September, majalah Professional Wealth Management (PWM), sebuah penerbitan Financial Times, mengeluarkan edisi keempat laporan tahunannya: 'A Guide to Global Citizenship: The 2020 CBI Index.' Ia menilai semua program kewarganegaraan aktif melalui pelaburan (CBI) di dunia dan menjadikannya sembilan teras yang dianggap paling penting bagi individu yang mencari kewarganegaraan kedua melalui pelaburan.

 

2020 CBI Index - A Guide to Global Citizenship - www.cbiindex.com
2020 CBI Index - A Guide to Global Citizenship - www.cbiindex.com

 

Daripada kesemua 14 program yang ada di seluruh dunia, laporan tersebut mendapati bahawa Komanwel Dominica dan Persekutuan St Kitts dan Nevis berada di kedudukan teratas Indeks CBI 2020. Dominica berjaya menyeimbangkan proses yang mudah dan kelayakan tanggungan yang lebih luas dengan ketekunan wajar yang boleh dipercayai dan reputasi keseluruhan yang baik. Sementara itu, St Kitts dan Nevis tetap tidak dapat ditandingi dari segi masa pemprosesan yang singkat dan kelanjutan, serta tumpuan untuk menarik keluarga. Tawarannya yang baharu dalam masa terhad — satu keluarga dengan bilangan sehingga empat orang boleh mendapat kewarganegaraan pada harga US$150,000 melalui dana pilihan — memenuhi keperluan pelabur untuk penyelesaian yang lebih mesra keluarga.

Seperti tahun lalu, rakan rantau CaribbeanGrenada, St Lucia dan Antigua dan Barbuda  — telah bergabung dengan Dominica dan St Kitts dan Nevis untuk menduduki lima kedudukan teratas Indeks CBI 2020. Vanuatu, Malta, Cyprus, Montenegro, Turki, Bulgaria, Austria, Kemboja dan Jordan melengkapkan kedudukan.

Indeks CBI 2020 memperkenalkan dua teras baharu — Keluarga dan Kepastian Produk — kepada tujuh teras sebelumnya dan menyerapkan hak penempatan ke dalam teras Kebebasan Pergerakan. Teras keluarga mempertimbangkan betapa mudahnya memasukkan ahli keluarga terdekat dan keluarga besar ke dalam permohonan utama. Kepastian produk melihat kestabilan Program dalam lima bidang utama: kelanjutan, populariti dan kemasyhuran, kestabilan, reputasi dan kemampuan menyesuaikan diri. Perubahan utama ini menggambarkan peralihan industri pelaburan imigrasi ke arah perangkuman keluarga yang lebih besar dan keperluan untuk program yang boleh dipercayai. Pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan menjadikan kebanyakan pelabur lebih mengutamakan kesihatan, keselamatan, persekitaran yang menyenangkan dan mengalu-alukan masyarakat ke arah mobiliti global. 

"Dengan menyekat perjalanan antarabangsa, pandemik COVID-19 telah memberi peringatan kepada para pelabur dan masyarakat dunia tentang kepentingan asas iaitu 'tempat tinggal,'" jelas penyelidik tersebut. "Tempat tinggal dan kewarganegaraan adalah saling berkait, kerana hanya kewarganegaraan dapat memastikan bahawa seseorang akan dapat menetap di suatu tempat selama-lamanya. […] Dan, seperti yang ditunjukkan oleh Indeks CBI, terdapat beberapa pilihan untuk kewarganegaraan yang pantas dan mudah seperti kewarganegaraan melalui pelaburan."

"Krisis global semasa menyebabkan pelabur meneroka pilihan kewarganegaraan dan tempat tinggal alternatif dengan fokus pada penjagaan kesihatan dan taraf hidup," komen Micha-Rose Emmett, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CS Global Partners — firma industri terkemuka dan penasihat kerajaan yang beribu pejabat di London. Ketua bersama bagi perancangan kekayaan global di UBS, Anna Brugnoli, mengulas penilaian Puan Emmett. Beliau menambah bahawa individu berpendapatan tinggi yang mencari penempatan semula akan menilai tahap keberkesanan sesebuah negara menangani krisis kesihatan dan ekonomi — inilah yang menjadi kehebatan Caribbean. "Apa yang kita lihat adalah persoalan 'Adakah saya mempunyai kewarganegaraan yang tepat?'" ujar Puan Brugnoli kepada PWM.

Yuri Bender, Ketua Pengarang PWM, mengulas: "COVID-19 telah membuktikan pemangkin kepada pelbagai arus perubahan yang disaksikan oleh pasukan perbankan swasta dalam urusan harian. Salah satunya adalah penggunaan program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) untuk membantu keluarga global menguruskan struktur dan jangkaan mereka."

Sila klik di sini untuk memuat turun laporan penuh.

Tentang Indeks CBI 

Dikeluarkan setiap tahun oleh Professional Wealth Management, sebuah penerbitan daripada Financial Times, Indeks CBI satu-satunya kajian bebas yang menilai dan membuat perbandingan terhadap semua program kewarganegaraan melalui pelaburan yang aktif di dunia secara menyeluruh. Diwujudkan pada tahun 2017 oleh penyelidik bebas James McKay, pengasas McKay Research, Indeks CBI bertujuan untuk meletakkan nilai terhadap industri pelaburan imigresen dan menyediakan panduan membuat keputusan yang praktikal kepada individu dan keluarga yang mempertimbangkan kewarganegaraan melalui pelaburan .

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1249388/cbi_index_infographic.jpg?p=medium600

info@cbiindex.com 
www.cbiindex.com 

Source: CBI Index
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research