omniture

TS Cloud diberi penghormatan dengan Pengkhususan "Transformasi Kerja" Rakan Kongsi Google Cloud

TS Cloud Co. Ltd
2020-09-08 11:00 624

TAIPEI, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- TS Cloud, Rakan Kongsi Google Cloud yang mengkhusus dalam membantu syarikat-syarikat PKS memindahkan perniagaan mereka ke persekitaran awan, diberi penghormatan dengan pengkhususan "Transformasi Kerja" Rakan Kongsi Google Cloud pada Februari 2020.

Google Cloud Partner “Work Transformation” Specialization
Google Cloud Partner “Work Transformation” Specialization

Pengkhususan "Transformasi Kerja" akan diberikan berdasarkan kepakaran dan kebolehan Rakan Kongsi Google Cloud dalam membimbing perniagaan melalui proses transformasi secara profesional. "Transformasi Kerja" merupakan kategori yang berada pada tahap profesional yang dapat membantu syarikat-syarikat atau pelanggan secara profesional oleh kerana Google sedia maklum bahawa sukar untuk pengguna menilai diri mereka sendiri mengenai teknologi awan memandangkan mereka tidak biasa dengannya.

"Terima kasih Google kerana memberi penghormatan kepada kami dengan jenis pengkhususan berbeza seperti [Rakan Kongsi Utama Google Cloud] dan juga lebih banyak pengkhususan [Pentadbir Google G Suite]. Kami gembira diberi penghormatan dengan pengkhususan tinggi daripada Google ini dan penghormatan ini besar ertinya buat kami. Kami bersedia dan berharap untuk terus membantu syarikat-syarikat lain dengan baik dan memimpin mereka ke arah lebih banyak inovasi dan transformasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif TS Cloud.

Membantu Lebih Daripada 2,000 Syarikat Melaksanakan G Suite
TS Cloud telah membantu lebih daripada 2,000 syarikat untuk melaksanakan G Suite sejak tahun 2007. TS Cloud juga telah menubuhkan syarikat-syarikat di Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun. Misi mereka adalah untuk membantu lebih banyak syarikat PKS beralih kepada teknologi awan memandangkan ini dapat meningkatkan produktiviti kerja mereka dan membantu mencapai matlamat mereka dengan jayanya.

Perkhidmatan yang Disediakan
Transformasi Kerja
Keperluan G Suite (Daftar secara PERCUMA sebelum 30 September 2020)
Lesen G Suite
Konfigurasi G Suite

Maklumat Syarikat
Nama Syarikat:  TS CLOUD PTE.LTD
Alamat: 6F.-6, No. 141, Sec. 1, Keelung Rd., Daerah Xinyi, Bandar Taipei, Taiwan
Laman Sesawang: https://tscloud.com.tw
Nombor Perhubungan: +886-2-27660661

Laman Sesawang Serantau Syarikat
Singapura
https://tscloud.com.sg
Malaysia
https://tscloud.com.my
Jepun
https://tscloud.co.jp

Individu untuk Dihubungi
Nama: Lisa Hsieh
Emel: lisa@tscloud.work
Nombor Perhubungan: +886-2-2766-0661

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200831/2903252-1?lang=0

Source: TS Cloud Co. Ltd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Awards