omniture

MCI WET Bangunkan Sistem Osmosis Berbalik Air Laut Berkontena untuk Loji Kuasa Timur Tengah

MCI Water Equipment Technologies
2020-09-08 12:00 345

MCI Water Equipment Technologies memenuhi dan melangkaui cabaran global untuk menyediakan air tulen berkualiti tinggi

DALLAS, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- MCI Water Equipment Technologies dianugerahkan 50 sistem osmosis berbalik air laut berkontena yang dihantar ke Timur Tengah. Sistem ini direka bentuk untuk mengendalikan kualiti air suapan yang berbeza-beza ke tapak-tapak yang berbeza.

 

Ketahui lebih lanjut tentang MCI WET@ https://wetpurewater.com/portfolio/ 

Negara-negara di seluruh dunia sedang menghadapi pengembangan penduduk. Pembangunan tanah memberi tekanan yang besar terhadap sumber dan infrastruktur kerajaan bagi menyediakan keperluan asas kepada rakyat mereka. Seringkali perkhidmatan infrastruktur perbandaran tidak akan mencapai kawasan-kawasan yang kurang maju selama bertahun-tahun.

Sistem Osmosis Berbalik Air Laut Termasuk:
Jurutera-jurutera di MCI Water Equipment Technologies membangunkan sistem Osmosis Berbalik Air Laut yang menggabungkan pam suapan apungan dan membran ultraturasan. Sistem ini akan dapat menghasilkan 300,000 GPD (1,136 m3/hari) air berkualiti tinggi. Setiap sistem akan diangkut dalam kontena tersuai yang direka bentuk dan dibina secara dalaman. Kontena berhawa dingin ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan bahan binaan. Ciri-ciri termaju akan mencapai kecekapan tertinggi dan keperluan operasi setiap sistem. Jurutera-jurutera MCI WET dapat menangani banyak cabaran untuk menyediakan sistem Osmosis Berbalik Air Laut yang sesuai untuk komuniti di seluruh dunia.

Kilang kami di Dallas, Texas menyediakan salah satu kemudahan pembikinan yang paling moden dalam industri hari ini. MCI Water Equipment Technologies berupaya untuk mengeluarkan dan menghantar 50 kontena dan peralatan sampingan dalam jangka masa yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat lain. Pengalaman kami dengan projek-projek berskala besar membolehkan MCI Water Equipment Technologies melaksanakan projek ini pada kadar yang mencatat rekod.

MCI Water Equipment Technologies, Raafat Ali, Pengurus Timur Tengah, berkata: "Tenaga kerja berbilang disiplin kami dan kemudahan pengeluaran canggih yang berkeluasan 240,000 kaki persegi dapat mereka bentuk dan merekayasa projek-projek dengan peralatan khusus yang memerlukan penyesuaian yang rumit."

MCI Water Equipment Technologies menetapkan penanda aras revolusioner untuk diikuti oleh pihak-pihak lain.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=Q2fjJPb5Xi8

 

Source: MCI Water Equipment Technologies
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Hispanic-oriented news